Salam w.b.t.
Alhamdulillah Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk terus menulis di sini. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah saya akan terus menyampaikan ilmu yang ada untuk pedoman semua lebih-lebih lagi diri sendiri yang menulisnya.
Suatu hari di wad bersalin, saya disapa oleh seorang penduduk tempatan ketika sedang membeli makanan di kantin. Sembang punya sembang, rupanya isteri beliau baru saja bersalin dan masih belum dibenarkan pulang. Mereka boleh balik ke rumah biasanya pada hari ke-3 atau ke-4 selepas bersalin. Bayi juga harus dipastikan sihat untuk dibenarkan pulang.
Beberapa hari selepas itu, dia datang bertanya saya lagi perihal keadaan bayinya itu. Katanya, bayinya terpaksa dipindahkan ke NICU untuk dipantau memandangkan bayi tersebut mempunyai
jaundice (kuning).
"
Pila hota hai.." (anak saya ada kuning)
Macam tu la lebih kurang apa yang disampaikannya kepada saya.
"
Koi bat nehi..doa zyada hai.." (jangan risau..doalah banyak2)
Kali ini, ingin saya kongsikan mengenai sakit kuning atau secara ringkasnya, kuning, yang selalu dihadapi oleh bayi yang baru lahir.
Kuning atau dalam bahasa mediknya,
jaundice merupakan satu masalah yang kerap berlaku pada bayi sewaktu minggu pertama kelahirannya. Ia berpunca apabila paras bilirubin dalam badan meningkat melebihi paras normal. Biasanya, bilirubin cuma sekitar 0-2 mg % sahaja. Apabila ia melebihi 2 mg%, bayi akan menunjukkan simptom jaundice. Keadaan ini dinamakan sebagai
hyperbilirubinemia (peningkatan aras bilirubin dalam darah).
Bilirubin tu mende?
Lupa pulak nak habaq. Bilirubin tu adalah salah satu pigmen yang terhasil apabila hemoglobin terurai. Hemoglobin inilah yang berfungsi menyerap oksigen untuk dibekalkan kepada tisu atau organ. Apabila hemoglobin terurai, maka bilirubin pun terhasil dan berwarna kuning ataupun jingga. Ia kemudiannya akan disingkirkan daripada badan dengan bergabung bersama jus hempedu dan seterusnya terus ke saluran usus dan dikeluarkan bersama tinja.
Sebab itulah, kulit bayi yang ber
jaundice akan kelihatan kuning sampaikan ibu-ibu akan menceritakan simptom kuning pada bayi mereka. Ini juga mungkin asal usul sebutan kuning.
Ada 2 kategori jaundice :
1.
Physiological jaundice.
* Ini merupakan kuning yang biasa berlaku. Normal. Ia tiada kaitan dengan sebarang penyakit yang berbahaya. Ia berlaku kerana organ hati masih lagi tidak berfungsi dengan normal untuk menyingkirkan bilirubin seterusnya menurunkan paras bilirubin.
* Ia biasanya berlaku 24-72 jam selepas kelahiran bayi tersebut.
2.
Pathological jaundice.
* Jaundice yang berkemungkinan disebabkan penyakit yang dihadapi oleh bayi. Tempoh masanya adalah pada 24 jam pertama selepas kelahiran dan selepas 6 hari kelahiran bayi. Sekiranya jaundice berlaku dalam tempoh masa ini, bayi tersebut ada masalah yang perlu dipantau segera.
Paras bilirubin dalam darah juga boleh diketahui dengan menggunakan sejenis alat iaitu bilirubinometer. Ia boleh mengesan berapa jumlah bilirubin dalam badan bayi. Inilah antara kaedah moden yang sedia ada. Tapi, harga seunit sangatlah mahal. Nak tau berapa?
Kalau ada RM 7,800 dalam tangan, boleh la pertimbangkan untuk beli alat ini. Kalau tak, tengok gambar ja la...huhu
Rawatan
Untuk mengurangkan kuning, ada banyak cara yang boleh dilakukan. Salah satu cara yang berkesan adalah dengan menyusukan bayi tersebut. Cara lain termasuklah melakukan
phototherapy, iaitu bayi diletakkan di bawah lampu biru (
ultraviolet) yang mempunyai panjang gelombang (
wavelength) tertentu. Ia akan menguraikan bilirubin kepada struktur kimia yang lain untuk disingkirkan keluar.
Selain itu,
blood transfusion juga boleh dilakukan kepada bayi untuk menggantikan darah supaya bekalan oksigen cukup.