Monday, February 11, 2013

Atas Talian Hayat


Salam w.b.t.

Segala Puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberikan banyak nikmat kepada kita. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah saya berpeluang untuk berkhidmat atas panggilan (on-call) pada minggu lepas. Macam-macam yang bermain di fikiran. Entah apa yang akan saya hadapi sepanjang malam itu. Tak cukup tidur tu biasalah. Dah nama pun on-call kan..

Malamnya saya pun ke NICU (Neonatal Intensive Care Unit) kerana di situ saya akan melakukan on-call. Setelah menukar pakaian yang sesuai, saya pun mula masuk untuk melihat keadaan bayi-bayi di situ. Kedengaran bunyi mesin sahut-menyahut menyambut kedatangan saya ke situ.

Bayi di situ, kebanyakannya bayi yang tak cukup bulan / pramatang (premature). Sangat2 kecil saiz mereka ni. Jadi mereka kenalah ditempatkan di sini dulu sampai berat badan mereka meningkat dan mereka menunjukkan perkembangan dan tumbesaran yang positif. Ada antaranya juga yang menghadapi masalah pernafasan (respiratory distress) dan kuning (jaundice).

Ada seorang bayi ni, saiznya besar luar biasa sebab ibunya menghidap kencing manis semasa mengandungkannya. Jadi, bayi ini berbadan besar macam dah berumur sebulan, padahal dia baru saja dilahirkan kira-kira 11 jam lepas. Misi (nurse) nie pun bagilah saya kendong bayi nie dalam wad, ketika dia sedang menangis. Saya dodoikanlah dia pelan2, sampai dia pun terlelap di pangkuan saya.. =) Bila tengok muka dia yang sedang tidur, perasaan tenang sangat.. sedih pun ada sebab kecil2 lagi dah kena masuk wad. Bayi ini kena monitor paras gula dalam badannya setiap hari. Bila dah stabil dan normal, barulah dia boleh dikeluarkan dari ICU.



Sempat juga saya baca sikit buku "Doktor, Saya Takut Jarum" tulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad (www.drzubaidi.com) mengenai kenapa bayi menangis di tengah malam. Rupanya, tangisan bayi merupakan cara mereka berkomunikasi dengan mak ayah. Salah satu sebab mereka menangis adalah nakkan perhatian ibu dan ayah mereka. Faktor cahaya pada waktu malam juga menyebabkan mereka menangis dan susah hendak tidur. Kalau nak tau lagi, dapatkanlah buku ini. Banyak isu menarik yang dibincangkan di dalamnya. Menarik dan berbaloi untuk dimiliki.

Ada juga bayi Sindrom Down. Kesian sebab sejak kecil lagi dah ditimpa ujian yang besar..huhu

Paginya, sebelum balik ke bilik, saya ditugaskan untuk menghantar sampel darah seorang bayi yang menghidap septicaemia. Apabila diberikan susu, kelihatannya dia 'menolaknya'. Perut pula nampak kembung (abdominal distension). Lalu sampel darah dihantar ke makmal untuk diuji dan plasma diberikan kepadanya (fresh frozen plasma). Sungguh daif tahap kesihatannya.

Semalam dapat berita dari seorang senior. The septicaemic baby passed away. Everything had been done but still no improvement. Itulah salah satu asam garam dalam kehidupan seorang doktor. Kematian pasti takkan dapat dielakkan kalau ia sudah tersurat.

Itu saja coretan kali ini. Maaf kalau bahasa yang digunakan agak ringkas. Agak penat juga hari nie sebab kena kerja. Asalkan maksud yang nak disampaikan tu jelas, jadilah ya...

Wassalam... (",)

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...