Saturday, February 16, 2013

Kanak-kanak Ribena

Salam w.b.t.

Mulanya rasa nak buat catatan medik di akudanstetoskop saja. Tapi memandangkan ada antaranya yang tak guna term2 medik sangat, jadi sebahagiannya akan saya tulis di sini.

Hari ini hari kedua saya di wad pediatrik, setelah hampir 10 hari berada di wad bersalin. Dan saya telah pun merindui suasana kerja di sana kerana setiap hari saya pasti akan ketemu dengan bayi-bayi yang comel lote. Dan saya juga hampir pasti mereka merindui sentuhan mesra kedua tangan saya ini yang cukup menenangkan perasaan mereka saban hari.. Hehe

Perasan gila!

Hari-hari yang dilalui di wad pediatrik taklah terlalu sibuk kalau nak dibandingkan keadaannya di wad bersalin. Kalau di sana, hari-hari mesti akan kedengaran, "Paediatrician, delivery!" oleh nurse yang bertugas supaya PG bersedia dengan tugasnya. Maka mereka pun bergegas ke bilik bersalin dan menantikan kelahiran bayi untuk diberikan bantuan pernafasan (resuscitation).

Di general paediatric ward lain pula ceritanya. Di sini kebanyakan masanya hanyalah diisi dengan apa yang kita rasa nak buat. Kalau nak study, silakan. Itu lagi baik. Kadang-kadang tu ada la kena isi borang-borang tertentu macam yang diarahkan oleh PG.

Cuma satu yang saya perhatikan. Kita boleh lihat macam-macam reaksi dan gelagat manusia di wad. Ibu bapa yang prihatin dengan keadaan anaknya. Telatah kanak-kanak yang menghiburkan. Semua tu ada di sini.

Walaupun kerja di wad nampak mudah, sangatlah rugi kalau tak ambil peluang untuk belajar sesuatu di sini.

Contohnya, kalau banyak masa, boleh tengok case paper pesakit ka. Tengok ubat apa yang digunakan. Trade name setiap ubat. Simptom yang ada pada pesakit. Dari situ banyak benda yang boleh dipelajari. Pendek kata, hendak seribu daya.

Seorang pensyarah saya ada mengatakan bahawa, pesakit merupakan tutor yang hebat. Lebih kurang macam tu la. Sebab apa? Sebab banyak maklumat yang boleh diambil daripada mereka, dan ia sangat berguna. Kalau baca buku pun belum tentu boleh ingat semua. Bila tengok kes, pemahaman dan ingatan turut meningkat.

Suasana di wad juga penting untuk memberi kesembuhan kepada pesakit. Ada juga saya dengar sesetengah orang itu suka bermalam di hospital walaupun sihat, sebab keadaan di wad lebih 'syurganya' berbanding rumah sendiri.

Itulah serba sedikit coretan kali ini. Jumpa lagi.

Salam...

P/s: Sedang oncall buat kali yang kedua di wad pediatrik. Tenang dan sunyi suasananya. Bolehlah cari ilham sikit.. (",)

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...