Monday, December 14, 2009

kesungguhan hari ini

Assalamualaikum w.b.t.

Keadaannya cukup-cukup sejuk di bumi Karad sekarang. Musimnya dah tiba. Musim yang mana pemanas air di bilik air sangat diperlukan buat masa ni. Kalau di tanah air, kita kan berdepan dengan musim hujan, pun sejuk juga. Banjir tu perkara biasa setiap kali musim hujan tiba.

Tapi yang peliknya, kat Jeddah, Arab Saudi pun banjir boleh berlaku, satu fenomena yang jarang-jarang terjadi. Kalau di tempat yang panas, yang kadar hujannya sedikit itu pun boleh juga dijadikan sebaliknya. Semuanya ini diluar bidang kuasa manusia. Hanya Allah s.w.t. yang berkuasa mengatur segala-galanya. Dia Maha Mengetahui.

Kelas di awal pagi ternyata satu ujian bagi kami. Masakan tidak, cuaca yang sejuk hampir saja menidakkan kehadiran ke kuliah. Apa yang diperlukan ialah keazaman. Harus ada kekuatan untuk melawan nafsu.

Namun, situasinya tidaklah sesibuk dahulu. Kalau dulu, lepas habis kuliah, akan ada posting di hospital sampai tengahari. Itu jadualnya.

Sekarang, jadual posting dah habis. Jadi, tiada lagi posting, cuma kuliah saja. Habis kuliah ada banyak masa untuk digunakan, study ka..

Exam pun dah nak dekat..

Masa nie cepat berlalu..

2 comments:

  1. yup2 masa memang berlalu cepat. hehe orang sana dok sejuk2 kat sini macam sauna dah.

    dunia dah tua.. baru2 ni ada dalam berita tasik glasier/iceberg apa ntah dah cair.

    global warming tu istilah manusia.
    Awal-awal lagi Allah dah warning dalam al-Quran..

    ReplyDelete
  2. setuju2..
    lagi satu pasal 2 gerhana yang jadi dalam januari baru2 nie..
    seolah-olah satu petunjuk dari-Nya..

    ReplyDelete

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...