Thursday, December 17, 2009

Menyingkap Tahun Lalu

Salam ma'al hijrah diucapkan buat semua...
Sedar tak sedar, sudah setahun kita lalui..
Tahun 1430 Hijrah bakal ditinggalkan, 1431 Hijrah pula mengambil tempatnya. Silih berganti.

Rasanya, macam baru semalam saya merayakan Ibadah Qurban di sini.
Itulah dia benda yang paling jauh daripada kita, "MASA YANG DITINGGALKAN"
Bukan ayah, bukan ibu, bukan saudara.

Jadi, cuba imbas balik, apa yang dah kita buat setahun ini..?

Adakah kita dah berhijrah ke arah yang lebih baik, berbanding tahun-tahun sebelumnya..?

Sudahkah kita menyempurnakan segalanya yang tertangguh..?

Bagaimanakah pencapaian kita, makin baik atau sebaiknya..?

Sama-samalah bermuhasabah..

Menyebut pasal peristiwa Hijrah, mungkin sudah kita pelajari di sekolah-sekolah.
Bila berlakunya. Sebab terjadinya hijrah.



Biasanya, bila sebut tahun baru 2010, ramai orang yang cukup alert. Hatta, bermacam-macam azam dibuat.

Kononnya, nak berubah dari tahun sebelumnya.

Namun, semakin hari semakin kita lupa. Sekejap saja azamnya.

Tahun baru Islam itulah yang sepatutnya kita ambil perhatian. Kita beratkan. Kita peduli.

Sebagai contoh, dalam peperiksaan SPM misalnya. Ramai yang sanggup ambil berpuluh-puluh subjek. Sejak ada rekod baru, makin ramai yang ingin memecahkan rekod yang ada.
Punyalah study sekuat mungkin. Yakin benar gayanya.
Keluar saja keputusan, memang cemerlang la orang kata. Contoh ikutan.
Tapi,
ada satu subjek pula yang gagal.. Pendidikan Islam.
Yang lain semuanya hebat-hebat..distinction..top marks..top grades..
Alih-alih, subjek yang wajib dapat elok, sebaliknya pula yang jadi.
Macam mana pula tu..?
Saya berpendapat, tak guna juga keputusan yang gempak. Tapi, tersangkut dalam selok-belok agama.



Memang tak patut.

Sepatutnya, kena seimbang. Baru hebat. Baru hidup berkat.

Macam tu juga dengan konsep sambutan tahun baru.

Seeloknya, kita lebihkan versi Islam. Kita harus bangga dengan peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W.

Ambil pengajaran, tampung mana kekurangan yang kita rasa masih ada.
Bukannya kita baca sejarah, sekadar sejarah saja.
Kita cuba hayati dan ambil pedoman.
Saya sendiri pun masih lagi perlukan peningkatan diri. Masih perlukan bimbingan.

Sementara kita masih punya kesempatan, gunalah ia dengan bijak.
Bila waktu telah berakhir, tak mungkin dapat kita betulkan balik.

~Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431 Hijrah~

Wassalam...

p/s : jom kita pakat-pakat nyanyi lagu 1 Muharram.. =)

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...