Friday, December 11, 2009

Sudah bersediakah wahai hamba...

Pengantin...
utk semua...
Pada suatu masa yang ditetapkan...

Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...

Itulah serba sedikit berkenaan 'pengembaraan' kita yang terakhir, yang mana sesiapa saja akan laluinya. Perjalanannya percuma. Simpanan kita langsung tak berguna. Harta, pangkat, anak, isteri, saudara apatah lagi. Giliran dan tempat juga dah ada, tak perlu risau. Yang penting, apa yang kita akan bawa ke sana, sebagai bekalan. Dan ia kan datang sebagaimana yang dijanjikan, takkan lewat barang sesaat pun.

Saat menulis artikel ini, telah berlaku satu tragedi yang cukup sedih. Salah seorang pekerja di bekas sekolah menengah saya dahulu, telah dijemput menghadap Allah S.W.T., dalam satu kecelakaan jalan raya. Boleh baca di sini
Arwah seorang yang tak lokek berkongsi ilmu. Pernah melatih saya dalam sukan takraw suatu masa dulu. Jadi, berita ini agak mengejutkan buat saya. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz.

Maut akan datang bila-bila masa saja, di mana-mana saja. Terkadang, orang yang baru saja kita jumpa, telah pergi dahulu daripada kita. Sungguh tak disangka. Esok lusa siapa pula yang pergi. Wallahua'alam..

Justeru, siapkanlah diri kita sebaik yang mungkin. Hari itu pasti tiba, pasti tepat pada masanya. Takkan dipercepat maupun ditunda.

Rasulullah S.A.W. ada bersabda :

" Orang yang paling bijak, ialah mereka yang selalu mengingati kematian. "

Apabila kita ingat mati, kita pasti takkan lupakan akhirat sana yang kekal abadi.
Mesti jenayah takkan berlaku, orang tak berani buat sebab gerun, nanti dipersoalkan di 'sana'.

Mesti dunia akan tenteram, harmoni, tanpa permusuhan dan sengketa yang sentiasa berlanjutan. Entah bila pengakhirannya.

Jadi, sama-samalah kita ingat-mengingati...

Al-Fatihah buat mereka sekeluarga...

1 comment:

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...