Hidup kita nie tak pernah sunyi dari ujian atau masalah. Bangun saja dari tidur, otak kita mula bekerja semula setelah semalaman berehat. Usai kita mencelikkan mata kita, seribu satu masalah mula menerpa masuk ke dalam fikiran. Bermula dari seremeh-remeh hal seperti apa yang nak dimakan ketika sarapan hingga ke perkara yang penting dalam hidup kita.
Apabila selesai satu masalah, masalah lain pula yang akan menggantikannya. Pendek kata, lepas satu pergi, yang lain pula datang.
Kalau hidup asyik senang saja, tak best juga. Tak ada cabaran. Masalah itulah yang akan membentuk diri kita supaya menjadi lebih tabah.
Apa yang penting, bagaimana kita menghadapi masalah tersebut. Apa tindakan @ reaksi kita untuk menyelesaikannya. Ramai orang yang berfikiran pendek lalu gagal menghadapi setiap masalah yang mendatang. Akibatnya, padah yang mereka dapat. Ada yang bertindak cuba membunuh diri lantaran tekanan hidup yang mereka lalui sehari-hari.
Sebaiknya, kita harus yakin bahawa ujian yang menimpa kita, sesusah mana pun ia, itu tanda Allah masih sayangkan kita. Dia tak mahu kita terus lalai, sebab itu Dia berikan kita peringatan berupa ujian. Kita kena la berbaik sangka dengan-Nya.
Saya sendiri pun tengah melalui masa-masa yang sukar sekarang ini. Allah sedang menegur saya barangkali, mungkin atas kelalaian saya yang tak saya sedari. Saya yakin ada hikmah di sebalik semua ujian yang mendatang. Perasaannya seolah-olah kehilangan ahli keluarga sendiri. Namun, siapa yang dapat menentang qada' dan qadar-Nya.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba-hamba-Nya yang sabar. Ingat, sabar itu pahit, natijahnya manis. Hanya mereka yang bersabar dengan ujian saja yang dapat bertahan lama. Jadi, kita patut rasa beruntung kerana Allah masih sayangkan kita apabila kita diberikan dugaan dalam hidup. Mudah-mudahan kita kan lebih cekal dalam menghadapi kehidupan yang sementara ini.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment