Friday, June 18, 2010

Pediatrik dah habis

Akhirnya, posting pediatrik menutup tirainya semalam. Cepat betul 2 minggu ni berlalu. Mungkin disebabkan tempoh posting yang singkat, ditambah dengan tiadanya kelas teori, maka masa dirasakan sangat pantas bergerak.

Dulu, waktu mula-mula sampai di Mumbai, cuacanya sangatlah panas. Bahangnya cukup kuat. Waktu tu panasnya boleh dikatakan maksimum. Bila sampai di Karad pun panasnya sama saja. Tapi sekarang musim monsun dah sampai. Hujannya tak henti-henti siang malam. Baru-baru ni hujan turun 4 hari tanpa henti. Terkadang renyai-renyai, terkadang lebat. Karad ni kelihatannya hampir banjir.

Dan musim ni juga, ramai yang sudah memiliki payung masing-masing. Ke hulu ke hilir tetap setia dengan payungnya. Kalau musim panas dulu, payung mesti ada. Musim hujan apatah lagi. Kadang-kadang tak ada hujan pun. Tapi tetap kena sediakan payung. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan." Hujan ni kalau dia nak turun, tak menentu langsung. Kita tengok cuacanya elok saja waktu pagi, tiba-tiba tengaharinya hujan. Jadi, lebih baik beringat sebelum kena.

Beralih ke posting yang baru saja selesai, banyak juga ilmu yang saya dapat. Sangat-sangat berguna masa yang diperuntukkan di wad pediatrik itu. Nak berdepan dengan kanak-kanak ni, kena ada kemahiran-kemahiran tambahan yang tertentu. Kalau tak, macam mana nak tau adik kecil itu sakit apa. Kalau kita kena check kanak-kanak yang masih belum bersekolah, kalau salah caranya sampai bila kita takkan dapat diagnose apa sakitnya. Orang dewasa dengan kanak-kanak lain perangainya. Kanak-kanak agak susah nak cakap apa yang dia rasa. Jadi, buat siapa-siapa yang nak jadi pediatrician tue, kenalah ada kemahiran dan kesabaran yang secukupnya. Dan yang penting sekali, ilmu kena mantap tak kira di bidang kepakaran apa pun. =)

No comments:

Post a Comment

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...