'Islam' dan 'islam'. Dua kalimah yang mempunyai ejaan yang sama, namun berbeza pengertiannya. Cuba kita fikir, apa beza Islam dan islam ? Ada yang menjawab, Islam adalah kata nama khas, sedangkan islam pula adalah kata nama am.
Kemudian disoal lagi, di mana dijumpai Islam dan islam. Kalimah Islam seperti yang kita sedia maklum, menggambarkan agama Islam yang kita anuti. Sebab itu ia dimulakan dengan huruf besar. Manakala perkataan islam jarang kita jumpa, melainkan di www.iluvislam.com. Sebenarnya, perbezaan Islam dan islam tidak terhad kepada perbezaan dari segi bahasa sahaja bahkan lebih dari itu.
Kalimah 'Islam' bersifat kata nama khas. Ya, seperti yang tercatat dalam kad pengenalan kita. Ia menunjukkan Islam sebagai agama yang kita anuti. Saya percaya semua Muslim memiliki Islam ini. Islam ini boleh digambarkan sebagai topeng atau identiti kita sebagai Muslim. Kita semua memiliki 'Islam' yang satu ini. Islam yang diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya, tanpa perlukan sebarang pengorbanan.
Manakala kalimah 'islam' pula, kita boleh kelaskan ia di bawah kata kerja, yakni salah satu bentuk perbuatan. Maknanya, ia perlukan imbuhan sebagai sokongan. Maka kita boleh kaitkan islam dengan mengislamkan, iaitu perbuatan menyeru manusia mengesakan Allah dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kalimah islam ini pula memerlukan pengorbanan, yakni kita perlu berkorban masa, tenaga dan banyak lagi untuk menyebarkan deen yang suci ini. Bagaimana caranya ? Dengan cara berdakwah kepada orang ramai supaya masyarakat mempunyai kefahaman yang tinggi dalam agama. Agama bukan sekadar ikut-ikutan tanpa hujah yang kukuh. Lebih penting lagi, supaya kefahaman mengenai Islam itu tidak sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tapi untuk keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.
Kita dapat lihat hari ini, berapa ramai yang mempunyai Islam, tapi tak memiliki islam. Kenapa ? Kerana cara hidupnya juga tak berlandaskan Islam dalam erti kata yang sebenar. Islam sebagai cara hidup tak diamalkan secara menyeluruh. Apabila agama tak dipraktikkan dengan sebaiknya, bagaimana nak sebarkan kepada orang ramai ? Kalau dalam hidupnya sehari-hari, solat pun jarang buat, membaca Al-Quran dirasakan membuang masa, bagaimana hendak memberitahu mayarakat akan keindahan Islam itu sendiri.
Mereka yang merasai kemanisan agama Islam itu sendiri sahaja yang mampu menceritakan kepada orang lain, betapa indahnya Islam. Ibaratnya, hanya mereka yang pernah merasai satay kajang sahaja yang mampu memberitahu sahabat-sahabatnya, betapa satay kajang adalah satay yang paling sedap di Malaysia. Diceritakan pula segala kelebihan satay kajang, sehingga mengundang minat sahabatnya untuk mencuba. Begitulah juga dengan peranan kita sebagai umat Islam yang harus berusaha untuk merasai nikmatnya Islam dan iman yang kita punya sekarang.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208 :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.”
Ayat ini memberitahu kita bahawa Islam itu harus diamalkan secara menyeluruh, bukan sedikit-sedikit. Dalam segala aspek kehidupan kita, jadikan Islam sebagai panduan yang harus kita ikut. Jangan kita gunakan agama untuk menghalalkan segala tindak tanduk kita yang bercanggah dengan agama. Kalau nak beramal, kita mestilah kenal dan faham agama kita sendiri. Barulah kita boleh beramal dengan ilmu yang kita ada, seterusnya menyampaikannya kepada orang lain.
Jadi, bagaimana dengan diri kita sekarang ? Adakah kita sekadar Islam sahaja tanpa islam, atau kita punya kedua-duanya sekali. Kalau kita masih kekurangan islam, marilah kita berusaha ke arah itu. Usahakan supaya ilmu-ilmu asas agama telah kita kuasai. Barulah kita punya keyakinan untuk menyampaikan dakwah kepada orang di sekeliling kita. Semoga apabila Allah menyoal kita akan tanggungjawab kita sebagai Muslim semasa dihisab nanti, kita sudah punya jawapan yang hendak diberikan tanpa ragu-ragu.Inagtlah, sekecil mana pun usaha kita, ia sangat dipandang tinggi di sisi Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment