Thursday, April 26, 2012

Sifat Anak Yang Soleh

Salam w.b.t.

Setiap dari kita mempunyai ibu dan bapa masing-masing. Mentaati mereka merupakan salah satu tuntutan dalam agama setelah taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Betapa banyak ayat Al-Quran yang menerangkan perihal berbuat baik kepada ibu dan ayah dan melayan mereka sebaik yang mungkin.

Kita disuruh untuk menggembirakan mereka dan meluangkan masa seboleh yang mungkin walau sesibuk mana pun seorang anak itu. Tambahan pula, dengan hanya melihat wajah ibu ayah pun sudah diberikan pahala oleh Allah. Betapa mulianya martabat mereka di sisi Allah.

Pernah tengok video saat-saat seorang ibu itu hendak melahirkan anaknya ?

Saat itu, sang ibu sedang bertarung nyawa antara hidup dan matinya demi kelahiran anak di dunia ini. Sakitnya tidak terperi, kemudian ibu terlantar keletihan seketika untuk mengumpul tenaga sebelum kembali bertarung dan berkorban untuk melahirkan anaknya itu. Kalau anak yang dikandung merupakan kembar, maka kesakitannya berganda, tenaga yang dikerah juga banyak. Sungguh besar ibu berkorban.

Itulah dia pengorbanan ibu. Demi anaknya, dia terus mencuba dan mencuba. Tidak berputus asa.

Allah ada merakamkan peristiwa bersalin ini dalam satu ayatnya daripada surah An-Nahl.

"Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur." (16:78)

Kita dilahirkan dari perut ibu dalam keadaan tidak tahu apa yang berlaku waktu itu. Masihkah ada antara kita yang ingat saat-saat dia dilahirkan...

"Aku ingat lagi macam mana doktor tu tarik keluar kepala aku. Kasar kot dia tarik.."
"Aku pulak sampai kena guna vacuum. Kalau tak lemas ar kat dalam tu.."

Mesti tak ada yang ingat apa yang terjadi semasa dia dilahirkan. Tup tup dah menangis bila ditibai (baca : dipukul/ditampar) oleh doktor.

Bayi yang selamat dilahirkan diberi penglihatan dan pendengaran supaya mereka boleh bertindak balas dengan orang di sekelilingnya. Bila mereka tengok wajah mak ayah, mereka senyum. Tengok pembaca blog nie terus menangis..hehe..gurau ya..

~Gembira rasa hati ini..lalala..~ (kredit)

Sedikit demi sedikit bayi itu semakin alert dengan bunyi-bunyian dan persekitaran barunya.

Ingatlah, kita yang sudah besar panjang ini asalnya bermula dari bayi yang sangat lemah. Apabila sudah meningkat dewasa, giliran kita pula yang harus menjaga ibu ayah sebaik penjagaan yang mereka berikan pada kita.

Sesungguhnya, redha Allah itu terletak pada redha ibu dan ayah. Maka sama-samalah berusaha mendapatkan keredhaan orang tua kita supaya redha Allah turut mengiringi hidup di dunia yang sementara ini.

1 comment:

  1. Sesungguhnya Kasih Antara Anak Dengan Ibu Bapanya Tidak Akan putus Sampai Bila-Bila...

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...