Salam w.b.t.
Pengaruh media ternyata memberikan impak yang cukup besar dan
menyeluruh. Sekiranya apa yang dipaparkan itu menggambarkan sesuatu yang
sensitif dan melanggar hak asasi sesuatu agama, kesan yang diterima cukup
menggerunkan.
Terbaru, filem Innocence of Muslim nampaknya cuba menyemarakkan
lagi api kemarahan masyarakat Muslim sedunia dengan memberi gambaran yang salah
terhadap peribadi Rasulullah S.A.W. khususnya dan terhadap agama Islam secara
amnya. Kita dapat lihat bagaimana reaksi global mengenai salah satu usaha untuk
menghina Rasulullah S.A.W. sehingga ada nyawa yang terkorban.
Ada maksud tersirat atau boleh kita katakan, muslihat yang ingin
dilihat oleh musuh-musuh Islam ini pasca terbitnya filem tersebut.
Pertama, reaksi masyarakat Muslim apabila Nabi yang mulia, seorang
Al-Amin dihina oleh masyarakat kafir. Memetik salah satu hukum Gerakan Newton, 'every action has an equal and
opposite reaction.' Jadi
benarlah kata-kata tersebut, setiap Muslim membantah tindakan penghinaan Rasulullah
S.A.W. sebagai bukti kasih dan cinta kepada Baginda. Persoalannya, adakah ia
perlu sehingga berlakunya rusuhan di mana-mana? Mungkin dari sudut pandang
bukan Muslim, mereka tertawa riang kerana kekecohan dan huru-hara berjaya
mereka cetuskan.
Yang pasti, penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. sudah pernah
berlaku sebelum ini. Yang pasti, ini bukan kali pertama Nabi Muhammad
dilemparkan tuduhan yang sungguh tidak mempunyai asas yang kukuh.
Persoalan lagi, apa tindakan yang boleh sama-sama kita lakukan
dalam usaha membetulkan salah faham masyarakat luar mengenai Islam. Walaupun
sudah ramai yang memeluk Islam, masih ada lagi golongan yang tidak mendapat
maklumat yang betul dan skeptik dengan penganut Islam.
Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan Islam yang sahih
dalam kehidupan seharian.
Wassalam...
No comments:
Post a Comment