Wednesday, September 19, 2012

Belajar Ilmu Sabar


Salam w. b. t.

Hari ini selesai juga aktiviti memperbaharui permit setelah hampir 2 minggu berstatus pendatang tidak halal. Agak leceh juga prosedur yang perlu kami ikut walaupun sebenarnya ia tidaklah sesukar mana pun.
Ditambah pula dengan ujian sabar sementara menunggu kedatangan pegawai polis untuk menurunkan tandatangan yang mahal itu.

Lega rasanya.

Ia seolah-olah selesai merenew lesen motor yang telah mati, di mana kita boleh bersiar-siar di kota dengan bergayanya tanpa bimbang diganggu oleh pakcik polis.

Oh ya, hari ini merupakan hari pertama sambutan perayaan Lord Ganesh di India. Ia merupakan salah satu tuhan yang dijelmakan dalam bentuk berkepala gajah dan berbadan manusia. Boleh baca di sini.

Semalam merupakan detik-detik terakhir bagi penganut agama Hindu untuk keluar membeli-belah sebagai persiapan menyambut perayaan ini. Sempat juga saya menangkap beberapa gambar untuk menunjukkan kemeriahan di sini ketika sesuatu perayaan tersebut.


Semuanya tak mahu melepaskan peluang.



Kalau hilang kasut kirim salam la..

Ini belum tengok lagi suasana sebelum Deepavali. Memang meriah la kata orang. Betapa setiap bangsa yang Tuhan ciptakan itu, adalah supaya kita dapat mengenal dan mengambil pengajaran daripadanya.

Dan secara rasminya hari ini merupakan cuti umum. =)

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi semasa ke balai polis, ianya sedikit terubat apabila kami tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan pegawai polis itu.

Setakat itu dulu untuk kali ini.

Wassalam...

p/s : Katanya, transplant kepala yang pertama dilakukan oleh Tuhan Ganesh...just kidding ok...

2 comments:

  1. kat sana ada holi x?

    kalau tengok cerita meriah sangat dengan warna-warna dia

    ReplyDelete
  2. Nadz > Meriah? Mesti, ditambah dengan muzik yang kuat. Ada jugak depa sambut holi. Kalau waktu holi, bukan takat manusia ja yang tukaq kaler rambut, binatang pun kena warna jugak. Habis jalan pun tukaq warna. Dah la pewarna tu susah nak luntur kot..huhu..bukan takat holi ja, waktu festival ganesh nie pun ada ja main kaler tu..

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...