Salam w.b.t.
Artis segera, popularitinya cepat naik, cepat juga ia turun. Ia suatu fenomena yang melanda negara suatu masa dahulu. Ramai yang bersemangat untuk menyertai program realiti untuk menjadi penghibur masyarakat. Sekarang pun masih ada cuma tidak sekerap dahulu.
Realiti program realiti hari ini banyak menjurus kepada program yang berunsurkan keagamaan. Tengoklah sendiri, kita ada program Imam Muda yang bermanfaat kepada golongan belia. Program ini ada pro dan kontranya, namun sedikit sebanyak ia berupaya menarik golongan remaja ke arah meningkatkan kefahaman diri terhadap pengetahuan agama.
Isu ustaz segera pun menjadi topik perbincangan utama di mana-mana sahaja. Apabila seseorang itu berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik, ia suatu langkah yang sangat digalakkan dan wajar dicontohi. Lalu, dia mula bercerita soal agama kepada hadirin, dia berkongsi pengalaman hidupnya sebelum dan selepas berhijrah itu. Saya kira ia suatu tindakan yang baik untuk mengajak masyarakat mengamalkan cara hidup Islam yang betul mengikut syariat. Selagi mana ia tidak terpesong dari ajaran Islam, berdakwahlah dan sampaikanlah ilmu secara umum. Kalau bukan ahli dalam sesuatu cabang ilmu itu, lebih baik tinggalkan atau bicarakan sekadar superficial sahaja.
Tujuan, atau halatuju masyarakat hari ini sudah berubah. Ramai yang gemar mendengar ceramah-ceramah agama, mengikuti kuliah dan pelbagai lagi yang boleh mendekatkan diri kepada sang Pencipta. Satu perubahan yang harus berterusan dan diharapkan tidak bermusim.
Persoalannya, cukupkah sekadar 'baik' ketika berkuliah namun hanyut apabila berada di 'lapangan sebenar'? Sama-sama kita fikirkan...
p/s : Akhirnya dapat juga ilham untuk mengapdet...
No comments:
Post a Comment