Salam..
Sebuah kisah untuk renungan bersama.
Suatu hari di kota Mekah, kelihatan seorang tabib(doktor) mundar mandir di hadapan kliniknya. Beliau nampaknya agak resah dan gelisah. Sesekali beliau melihat ke arah lautan manusia yang sedang khusyuk beribadah. Setelah beberapa ketika, tabib itu pun berjalan mengelilingi kota Mekah, dengan harapan beliau menjumpai sesuatu. Apa yang dicarinya itu ?
''Ke manalah semua orang sakit nie ? Takkan tak ada langsung yang nak gunakan khidmat aku...'' fikirnya sendirian. Itulah persoalan yang selalu bermain di benak fikirannya.
Dalam perjalanan, beliau terserempak dengan Baginda Rasulullah S.A.W. Lantas beliau menyuarakan rasa hatinya kepada Baginda Rasul.
Nabi pun berkata, ''Kami mengamalkan satu petua supaya sentiasa sihat dan tak mudah jatuh sakit. Kami makan apabila lapar. Kami berhenti sebelum kenyang.''
Nah, ringkas tapi padat jawapan yang Baginda berikan. Secara teorinya nampak mudah. Berapa ramai manusia yang tahu fakta ini, namun berapa kerat saja yang mengamalkannya.
Nafsu makan itu yang harus kita kawal supaya ia tak mengawal kita. Biar berkhasiat macam mana pun makanan itu, tapi kalau pengambilannya secara berlebihan pasti memudaratkan diri. Yang penting ia haruslah diambil dalam kadar yang optimum, yang bermanfaat dan dapat menjana tubuh badan yang sihat.
Sebagai contoh, pengambilan protein dalam diet kita. Ikan dan telur adalah sumber protein yang utama. Jadi kenalah ambil mengikut kadar yang sesuai. Andai kata terkurang makan protein, ia akan menyebabkan 'hypoproteinemia' dan penyakit yang berkaitan. Kalau protein diambil berlebihan pula, akan berlaku 'hyperproteinemia' dan penyakit yang berkaitannya. Faham ?
Maka, apabila sedang makan tu, beringat-ingatlah supaya jangan berlebihan. Teringat lagi pesan emak apabila kami sedang makan tapi masih ada ahli keluarga yang tak makan bersama.
Kata emak, ''Ingat kat orang belakang sama...'' Maknanya, makan berpada-pada, jangan lupa pada adik beradik yang tak makan lagi. Macam tu la lebih kurang maksudnya.
Walaupun kita makan sekeluarga, kena ingat juga pada orang susah, fakir miskin. Macam mana la mereka mengisi perut sehari-hari. Yang penting kenalah beradab sewaktu kita sedang makan.
Oh ya, lagi satu, kalau kita berkunjung ke rumah sesiapa saja khususnya saudara mara, dan kita diajak makan tengahari bersama mereka, waktu inilah nafsu kita akan diuji. Diuji macam mana ? Diuji dengan dialog sebegini,
''Selagi tak kenyang tak boleh balik no...''
''Makan kenyang-kenyang, banyak kami masak nie...''
''Ratahlah ikan-ikan tu...''
Dan apabila perut berkeroncong mahukan pengisian jasmani, kita pun menjustifikasikan dialog di atas, walaupun masih ada peluang untuk 'membangkang' atau 'membuat rayuan'. Tambah-tambah kalau lauk pauk yang dihidangkan itu sudah setahun lebih tak pernah dijamah, bukan main semangat la kita... (^_^)
Apa-apa pun, kita harus pandai mengawal diri ketika makan kerana Allah tidak menyukai golongan yang melampaui batas. Turutilah sunnah ketika makan yang Baginda ajarkan kepada kita agar kita beroleh pahala dan keberkatan dalam hidup ini.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment