Saturday, February 5, 2011

Dasvidaniya Ortho Posting



Hari ini merupakan hari terakhir untuk posting orthopedik. Sepatutnya akan ada ward ending keesokan harinya (Sabtu), namun ia telah ditunda ke hari Isnin. Syukurlah. Masih ada masa untuk study balik segala macam jenis test yang ada. (^^)

Orthopedik, salah satu bidang kepakaran khusus kepada penyakit berkaitan tulang dan kaedah rawatannya. Apabila ia ada kaitan dengan tulang, maka tentulah ia bersifat keras oleh kandungan kalsium yang tinggi dalam tulang. Jadi, alatan yang digunakan oleh pakar dalam bidang ini pun hendaklah bersifat mekanikal juga.

Maksudnya ?

Tulang yang patah atau retak, salah satu kaedah rawatannya adalah dengan mengurangkan jarak tulang yang terpisah tersebut. Ia dipanggil sebagai reduction of fracture. Reduction of fracture pula ada 2 jenis iaitu open reduction dan closed reduction.

Closed reduction adalah kaedah yang biasanya digunakan, manakala open reduction merupakan kaedah yang dilakukan melalui pembedahan dengan dimasukkan implant seperti skru, plate atau nail(bukan paku ya..=) Pembedahan ketika open reduction ini semestinya memerlukan alat-alat yang boleh menembusi tulang untuk dimasukkan skru atau plate tersebut bagi mengurangkan fracture.

Antaranya, gerudi elektronik untuk menggerudi bahagian tulang supaya skru boleh dimasukkan melaluinya. Mereka yang berada dalam bidang ini boleh digelar sebagai 'mekanik'. Banyaknya alat mekanikal yang ada menyebabkan kemahiran yang cekap sangat diperlukan semasa mengendalikan alatan tersebut di samping pengalaman yang secukupnya.

Jom kita tengok antara alat yang diguna pakai dalam bidang ala-ala kemahiran hidup ini.

Pelbagai Jenis Skru

Forceps

Prosthesis

Itu dia sebahagian alatan yang kalau kita lihat tak ubah macam alatan bengkel. Jangan ingat di bengkel saja yang ada apit G mahupun skru. Nasib baiklah spanar tak termasuk dalam bidang orthopedik.

Ketika posting, selalunya doktor yang bertugas mengajar kami akan datang lewat. Bukan lewat sebab lambat bangun ya, tapi disebabkan ramainya pesakit pada hari itu. Maka adalah banyak waktu senggang yang terbiar. Ada antara kami yang mengulangkaji apa yang sudah dipelajari. Ada yang bersembang sesama mereka. Dan ada juga yang merevise instrument-instrument yang tak terkira banyaknya itu.

Dan ketika itu suasananya tak ubah seperti suasana dalam bengkel kereta. =)
Bunyi alat-alat yang diambil dari bekas besi tersebut untuk diteliti seolah-olah menceriakan suasana pada hari itu. Kemudian alatan diletak kembali di dalam bekas. Diambil pula yang lain.

Letak hammer, diambil pulItalica forceps. Silih berganti alatan tersebut di tangan. Sambil berbincang, sambil itu berdebat.

Apa gunanya. Di mana nak guna. Apa kelebihan dan kekurangan sesuatu alat itu.

Semuanya dibincangkan sesama kami sementelah ada masa yang terluang. Bila kita ulangkaji dengan kawan-kawan, lagi mudah kita nak ingat. Petuanya, selalulah keluarkan apa yang dah dibaca dalam bentuk lisan. Maknanya praktis diri untuk bercakap tanpa melihat buku. Kalau selalu diamalkan, insyaAllah akan sentiasa ingat ilmu tersebut.

Secara keseluruhannya, bidang orthopedik salah satu bidang yang menarik untuk mereka yang sukakan kemahiran. Pendek kata, belajar bukan sekadar teori, praktikalnya pun kita kuasai juga. Barulah ada aplikasi ilmu yang dipelajari.

"Ilmu yang tidak diamalkan umpama pohon yang tak berbuah."


No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...