Karad keadaannya sangat panas sekarang. Walaupun paginya baru dalam pukul 11 lebih, tapi kepanasannya menyamai waktu tengahari. Hujan belum turun lagi. Langsung tiada hujan. Langit pula kelihatannya sangat cerah. Sangat sedikit awan yang kelihatan, menyebabkan pancaran matahari terus ke bumi.
Musim panas yang Tuhan bagi ini ada kelebihannya. Baju yang disidai di ampaian akan lebih cepat kering. Tidakkah ini suatu yang menguntungkan kita. Selain tu kita akan lebih cenderung untuk selalu meminum air kosong. Jadi badan kita akan dapat bekalan air yang mencukupi untuk menyegarkan kita. Makna kata, bukan bergantung pada air manis saja untuk bagi tenaga. Di situ kita sudah pun menjimatkan kos secara tak langsung.
Satu penyakit yang agak common semasa musim panas ialah pendarahan hidung (epistaxis). Ia lebih kepada tanda-tanda(signs) dan bukannya proper disease. Jadi kalau ada antara kita yang mengalaminya janganlah gabra pula sebaliknya bertenang saja.
Kalau waktu saya sekolah rendah dulu, kerap juga terdengar kes-kes macam nie melibatkan kawan-kawan. Tanpa sebab yang munasabah tiba-tiba hidung si A berdarah. Segera diambil kain dan disumbat di dalam hidungnya. Kami panggil fenomena ini pecah lindung. Mungkin lain negeri lain perkataan yang digunakan.
Banyak sebab terjadinya pendarahan dalam hidung ini. Trauma pada hidung dan jangkitan kuman antara sebab yang memungkinkan epistaxis berlaku. Selain itu, ia juga boleh berlaku dalam individu yang mempunyai darah tinggi. Jadi inilah sebabnya ia biasa menyerang semasa musim panas. Cuaca yang panas menyebabkan tekanan darah meningkat lalu menyebabkan berlakunya pendarahan dari hidung. Andai orang itu mempunyai darah tinggi maka peluangnya agak tinggi juga untuk mendapat epistaxis. Namun bukanlah bermaksud kanak-kanak yang mengalami pendarahan hidung itu semuanya ada darah tinggi.
Tisu-tisu yang terdapat di hidung mempunyai struktur yang longgar (loose tissue) dan tak mampu nak tahan tekanan darah yang tinggi. Tambahan pula ada satu kawasan di hidung yang mana banyak saluran darah bertemu, dan kawasan ini lebih cenderung terjadinya pendarahan (Little's area).
Antara rawatan yang boleh diambil adalah mengenakan tekanan pada hidung menggunakan jari untuk menghentikan pendarahan. Ini merupakan kaedah yang paling mudah. Selain itu, boleh juga ambil daun sireh lalu disumbat di dalam hidung. Ini merupakan salah satu kaedah tradisional yang pernah saya lihat. Sungguh hebat ciptaan Tuhan, sedangkan daun sireh pun boleh dibuat ubat.
Kedudukan kepala ketika rawatan.
Jadi, saya kira masalah ini tidaklah serumit yang disangkakan melainkan satu ketidakseimbangan yang berlaku dalam badan. Masalah ini boleh jadi suatu yang mudah untuk diuruskan andai kita tahu penyelesaiannya. Yang penting kita letakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Rabb. Bukanlah ubat itu yang menyembuhkan melainkan Dia yang berkuasa ke atas penyembuhan segala macam penyakit. Kita hanya boleh berusaha tapi yang menyembuhkan itu hanya Allah yang Esa.