Merupakan salah satu bidang kepakaran, ENT berbeza dengan Orthopaedic daripada segi bilangan test untuk menentukan jenis-jenis kecederaan. Kalau dalam Ortho, sangat banyak test yang digunakan untuk menilai tahap kecederaan yang dialami pesakit. Kalau nak tau, boleh cari sendiri ya.
ENT posting banyak mengajar kami erti kesabaran dan kesungguhan dalam hidup. Kenapa saya kata macam tu ? Sebabnya waktu posting nie kami harus menunggu dalam sela masa yang agak lama sebelum kelas bermula. Apabila kelas bermula ianya seolah-olah tak mahu habis pula. Namun posting ini juga seolah-olah satu kelas motivasi buat saya. Boleh latih sifat sabar, dalam masa yang sama motivasi pun saya dapat juga.
Motivasi macam mana tu ya. Motivasi ni bukan saja kita boleh dapat sewaktu kita hadir ke seminar-seminar mahupun kem motivasi. Bukan waktu ketika berada dalam bilik yang berdingin hawa saja. Ketika kita dalam keadaan yang susah pun boleh dapat motivasi diri.
Ketika kelas diambil oleh Ketua Jabatan a.k.a. HOD, beliau banyak memberikan kata-kata semangat kepada kami mengenai cara belajar yang betul yang patut diamalkan oleh pelajar-pelajar perubatan. Walaupun letih menunggu, tapi bila dengar 'syarahan' beliau, serta-merta semangat terus naik. Walaupun pada mulanya macam agak tertekan (tapi bukan depresi), perasaan itu hilang sebaik beliau memulakan sesinya bersama kami. Entah-entah beliau belajar psikologi jugak kot. hehe
Menurut cikgu HOD, kami patut banyakkan latihan dan perbincangan sesama rakan. Itu merupakan satu metod untuk mengingati apa yang dipelajari. Latihan macam mana ? Praktikkan kemahiran supaya kami lebih cekap ketika melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Perbincangan sesama rakan untuk memantapkan ilmu teori manakala praktis kemahiran untuk menjadikan kami lebih cekap ketika bekerja nanti.
Ketika pemeriksaan dilakukan kemahiran yang cukup amatlah diperlukan kerana pemeriksaan dilakukan terhadap rongga-rongga pada pesakit. Kalau rongga teling dan hidung tidaklah menjadi masalah namun rongga tekak agak mencabar melainkan seseorang itu cekap dan tepat ketika melakukan pemeriksaan tersebut. Jadi kenalah praktis selalu bak kata En. HOD.
Sebagai contoh, untuk melihat struktur di bahagian tekak, satu teknik yang dipanggil indirect laryngoscopy akan dilakukan. Pesakit harus membuka mulutnya untuk beberapa minit dan laryngeal mirror akan dimasukkan melalui rongga mulut. Prosedur ini harus dilakukan sebaiknya supaya imej di tekak seperti epiglottis dapat dilihat dengan jelas di samping pesakit juga perlu berasa selesa dan bekerjasama dengan baik. Kalau pesakit kurang selesa, atau teknik yang salah, hasilnya pasti tak memuaskan lalu mempengaruhi diagnosis penyakit. Kalau salah teknik, pesakit akan berasa kurang selesa. Iyalah, nak kena buka mulut luas-luas untuk beberapa minit memang agak memenatkan. Silap haribulan, tersentuh posterior pharyngeal wall dan berlakulah gag reflex. Terbatuk la kawan tu.
Kami juga dinasihatkan untuk selalu praktis menggunakan head mirror. Yang letak kat kepala dan ada cermin bulat yang 'berlubang kecil' di tengahnya. Cermin tu gunanya untuk memfokuskan cahaya pada pesakit supaya struktur yang kita nak tengok lebih jelas. Head mirror ni akan memantulkan cahaya dari sumbernya iaitu Bull's eye lamp untuk membentuk satu cahaya kecil yang ditujukan kepada struktur yang ingin diperhatikan, seperti epiglottis.
Head Mirror
+
Bull's eye lamp
Selain itu, Ketua Jabatan menasihatkan kami supaya menjadi lebih baik daripadanya atau sekurang-kurangnya sama tahap macam beliau. Adakah beliau bermaksud supaya kena jadi Ketua Jabatan jugak ? Hmmm... Maknanya kena usaha rajin-rajin la, jangan malas baca buku. Selalu buat latihan. Ada seorang pelajar nie, waktu HOD sebut satu penyakit nie, dia cakap tak tahu pasal penyakit tu. Jadi HOD pun kata,
"So, read about that topic by yourselves. Are you expecting me to tell everything ? Make good friendship with your book..."
Lebih kurang macam tu la. Takkan nak harap semua dari cikgu kan. Kena sendiri cari, sendiri baca. Tak faham baru tanya cikgu. Dan jadikan buku itu sahabat baik kita. Kalau tak, macam mana nak jadi macam En. HOD. Orang yang hebat, usahanya mesti mau hebat. Nasihat untuk yang menaip nie jugak ya.. =)
Ok la.. Rasanya takat tu dulu. Apa yang baik itu sama-sama kita ambil dan amalkan dalam hidup. (",)
No comments:
Post a Comment