Monday, March 21, 2011

Perihal Kewujudan Tuhan


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini ?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan ?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada tak ?
Murid-murid : Tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak ?
Murid-murid : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak ?
Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi, dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Siddiq lalu dia pun mengangkat tangan...

Siddiq : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu ?
Guru tadika : Boleh, mari ke depan.
Siddiq : Kawan-kawan nampak cikgu tak ?
Murid-murid : Nampak.
Siddiq : Cikgu ada kan ?
Murid-murid : Ada.
Siddiq : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak ?
Murid-murid : Tak nampak.
Siddiq : Cikgu ada otak tak ?
Murid-murid : Tak ada.

Cukup menarik kisah di atas. Pada mulanya, cikgu itu yakin bahawa beliau telah berjaya mempengaruhi anak muridnya dan mengatakan Tuhan tidak wujud dek tidak nampak dengan mata kasar. Akhirnya cikgu itu sendiri yang 'terkena' disebabkan faham logik yang cuba ditunjukkan pada anak muridnya.

Logik perlu dibalas dengan logik juga.

Tapi tak semua yang logik itu boleh difikirkan oleh akal kita yang terbatas ini.

Pernah dengar istilah freethinker ? Mereka ini merupakan satu golongan yang tidak percayakan kewujudan Tuhan. Bagi mereka, bukan Tuhan yang menentukan untung nasib mereka bahkan diri mereka sendiri. Pernah keluar isu ini dalam satu majalah kecil suatu masa dulu, bagaimana golongan ini ditemuramah berkenaan pendirian mereka. Dan mereka berhujah, segala kebaikan atau keburukan dalam hidup ini adalah ditentukan oleh mereka sendiri.

Mereka mengatakan, kalau mereka berusaha lebih, mereka akan dapat lebih dari orang lain. Kalau mereka gagal, bukan bermakna Tuhan yang tentukan kegagalan itu sebaliknya diri mereka sendiri yang kurang berusaha. Segala baik buruk dalam hidup sepenuhnya ditentukan dan 'dikuasai' mereka, bukan aturan Tuhan. Kalau kerja lebih, usaha lebih dapatlah banyak hasil. Kalau malas usaha maka kuranglah hasilnya. Mereka seolah-olah meletakkan diri sebagai penentu segala kesan yang berlaku hasil tindakan yang diambil.

Tiba-tiba saya teringat salah satu babak dalam satu novel yang dibaca iaitu "Syahadah : Dialog dengan Gadis Melayu Atheis." Gadis atheis itu mengatakan bahawa dia punya hak yang sepenuhnya terhadap dirinya sendiri. Kiranya macam segala kelakuannya, dia sendiri yang tentukan. Nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa. Macam tu la gayanya. Semacam ego juga la si gadis ini. Kemudian diajukan soalan padanya, kalau betul-betul berkuasa sepenuhnya pada diri sendiri, boleh tak cuba hentikan degupan jantung untuk beberapa saat ? Kalau betul-betul hebat la. Kalau boleh kawal diri sendiri tanpa bantuan dari-Nya. Terdiam si gadis memikirkan jawapannya.

Mereka kata hidup ini ditentukan oleh yang empunya diri. Kalau degupan jantung itu pun dia tak boleh hentikan, tak usahlah mendabik dada mengatakan hidup ini aku sendiri yang tentukan. Tuhan tak masuk campur langsung, sebab Tuhan itu tak ada. Tuhan tak wujud sebab tak nampak dengan pandangan mata. Alangkah ruginya kalau mereka berpendapat macam tu. Mereka ini, matanya saja yang celik tapi hatinya sedari awal lagi telah 'buta'.

Satu video berkenaan kewujudan Tuhan. Boleh klik kat sini untuk menontonnya.

Wallahu Subhaanahu wata'aala a'lam...

Janganlah kita jadi seperti cikgu tadika itu. Jadilah seperti Siddiq yang 'terang' hatinya.

1 comment:

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...