Salam...
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai jenis bencana sudah melanda dunia hari ini. Bumi nampaknya semakin tidak stabil dan sudah mula menunjukkan 'amarahnya'.
Kalau kita perasan, kejadian-kejadian nusibah ini seolah-olah datang berturutan dan sudah dirancang. Itulah yang dinamakan perancangan Tuhan itu lebih hebat dari perancangan manusia itu sendiri.
Cuba imbas balik, sebelum ini di rantau Timur Tengah berlakunya protes rakyat untuk menggulingkan pemimpin kuku besi bermula di Tunisia yang terletak di Afrika. Seterusnya ia berlanjutan ke Mesir, Yaman, Bahrain dan kini Libya pula. Iran pun ada juga berlaku protes untuk menggulingkan presiden mereka. Allah sudah berfirman dalam Al-Quran, bahawa Dia akan menghantar seorang pemimpin yang zalim sekiranya hukum-hukumNya tidak ditegakkan di muka bumi ini.
Itu bentuk musibah di sana yang dicetuskan oleh faktor manusia itu sendiri. Suasananya cukup genting sehingga negara berada dalam keadaan darurat. Sekarang keadaannya sudah semakin reda dan pelajar yang menuntut di Mesir sedah boleh pulang ke sana bagi menyambung pengajian mereka.
Selepas itu berlaku pula kejadian gempa bumi di Christchurch, New Zealand. Rasanya ia berlaku pada masa yang sama dengan gelombang kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Gempa bumi yang berukuran 6.3 pada skala Richter itu mengorbankan sekurang-kurangnya 75 orang. Gambar-gambar kejadian sudah menunjukkan betapa dahsyatnya kejadian di negara tersebut.
Semalam, kira-kira pukul 1.46 petang waktu Malaysia berlaku gempa bumi di Jepun. Kali ini ia berukuran 8.9 pada skala Richter sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter !
Semalam pula, kira-kira pukul 1.46 petang waktu Malaysia berlaku gempa bumi di Sendai, Jepun. Ya, pada hari Jumaat ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat. Kali ini ia berukuran 8.9 pada skala Richter sehingga mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter ! Bayangkan betapa tingginya ombak tersebut sehingga menyebabkan kawasan pertanian utama di Jepun itu musnah teruk. Dilaporkan beratus-ratus orang hilang nyawa semasa kejadian.
Terkini, sebuah gunung berapi di Indonesia meletus beberapa jam selepas kejadian gempa bumi di Jepun. Gunung berapi tersebut pernah meletus pada Ogos lepas dan kembali meletus semula. Semoga negara kita dilindungi daripada sebarang musibah. Tapi kalau sudah ketentuan Tuhan, sekuat mana pun tembok yang dibina pasti akan runtuh jua. Jadi kenalah sentiasa beringat dan berwaspada.
Dan diramalkan fenomena 'Supermoon' pula akan terjadi pada 19 Mac ini. Hmm, beberapa hari saja lagi...sama-samalah kita renungkan. Wallahua'lam.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment