Sesi makan malam diadakan di Hotel Taj Mahal, Mumbai. Sesuai dengan namanya, hotel di sini sangatlah mahal namun sesuai dengan layanan yang diterima. Ramai pelancong asing menginap di sini mungkin disebabkan ia berhadapan dengan Gateway of India.
Hotel Taj Mahal a.k.a. Taj Mahal Palace.
Apabila menjejakkan kaki di sini, terasa seperti orang kaya pula. Lobinya saja sudah menunjukkan betapa gahnya hotel ini bukan saja dari aspek luaran bahkan dari aspek dalamannya juga. Walaupun suatu ketika dulu ia menjadi sasaran pengganas sehingga mengorbankan banyak nyawa, ia masih menjadi tarikan para pelancong. Kelihatan ramai pelancong luar di hotel ini seolah-olah kita berada di Eropah dan bukannya di Asia.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli ucapan En. Wan Zaidi Wan Abdullah, Consul General of Malaysia di Mumbai. Seterusnya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang menyampaikan ucapan beliau di mana beliau menceritakan kerjasama dua hala antara Malaysia dan India dalam pelbagai bidang dan beberapa bidang baru. Memandangkan ekonomi India semakin meningkat naik, kerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia amatlah diperlukan. Terdapat juga pelabur-pelabur India yang berminat untuk melabur di negara kita dalam pelbagai sektor.
Setelah selesai berucap, sesi menjamu selera bermula. Berada bersama 'orang-orang besar' merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Semuanya kelihatan sopan-sopan belaka. Kena hati-hati dan cermat semasa menyuap makanan ke dalam mulut. Protokol la katakan. Serba salah pula rasanya semasa nak makan sebab tetamu yang lain belum lagi dihidangkan makanan mereka.
"Don't be nervous ok. We are all Malaysians here." kata salah seorang tetamu di sebelah saya.
Bertemu dengan mereka dapat meluaskan lagi pengetahuan di samping bertukar-tukar pendapat. Banyak projek di India yang diuruskan oleh syarikat di negara kita. Ada sesetengahnya yang baru saja berada di sini, ada yang sudah lama bekerja. Kalau dah berada di perantauan, perasaan nak balik ke tanahair mesti ada. Tak kiralah walau seronok macam mana pun di tempat orang, tak sama dengan tempat sendiri. Ini diakui sendiri oleh rakyat kita yang bekerja di sini.

Bak kata peribahasa, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri." Kepada mereka-mereka yang bercadang nak kerja dan menetap di luar negara tu, fikirlah masak-masak. Lebih baik kita sama-sama bangunkan negara kita sendiri, supaya ia setanding dengan negara-negara yang lain. Jangan disebabkan pulangan gaji yang lumayan kita terus melupakan tanahair ini yang dihuni sedari kita kecil.
Beberapa gambar untuk tatapan bersama sebagai halwa mata.
Dari kanan : Datuk Shaziman Abu Mansor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr. S. Subramaniam.
Hotel Taj di malam hari.
p/s : Ditakdirkan saya satu meja dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Berasa selesa dengan beliau disebabkan peribadinya yang sentiasa tersenyum ketika berbual dengan beliau. Beliau turut mengajak kami bercuti di Sabah. (",)
No comments:
Post a Comment