Friday, February 13, 2015

Zon kuning punya cerita

Salam w.b.t.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati. Cuma kita tak tau bila dan di mana nyawa kita akan diambil.

Malaysia dikejutkan dengan pemergian 2 orang figur yang hebat dalam bidang masing-masing.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka di alam sana.

.........................................................

Lokasi: Zon Kuning
Masa: Petang tadi

Kulihat seorang wanita dalam lingkungan umur 30an terlantar di atas sebuah katil. Lemah. Nasal prong dipasang untuk memberikan bantuan oksigen kepadanya. Di sisinya, seorang ibu setia menemani, memberi semangat kepada si anak.

Wujud rasa ingin tahu, lantas aku log masuk akaun di komputer untuk membaca rekod perubatannya.

'Problem: Advanced Midrectal Carcinoma, with liver, lung and bone metastasis.'

Aku: "............"

Aku bergerak mendekati mereka. Kulihat si ibu, matanya merah berair, sedih melihat anaknya sedemikian rupa. Sugul riak yang terpancar di wajah.

Aku meminta izin dari ibu untuk memeriksa keadaan anaknya. Perutnya nampak tegang dan kembung, seolah ada sesuatu yang besar saiznya. Hatinya sudah membengkak.

"Mengucap banyak-banyak.." pesan si ibu kepada anaknya. Air-air jernih mengalir keluar dari sepasang mata itu, yang menjadi saksi kepahitan hidup seorang anak.

"Sabar banyak-banyak ya mak cik. Ini semua ujian dari Tuhan.." aku cuba memujuknya.

Rasa sayu melihat keadaan mereka yang sedang diuji nie. Tapi apalah dayaku untuk melawan takdir Tuhan.

Doktor hanya perantara.
Yang menyembuhkan, hanya Allah Tuhan sekalian alam.

Sungguh kasih seorang ibu terhadap anaknya.

Itu nasib mereka.

Bagaimana pula dengan kita?

Setiap orang ada ujiannya di dunia ini. Sakit itu ujian, bahagia dan nikmat pun boleh jadi ujian juga, kalau diri semakin jauh dari-Nya.

Jadi sementara kita masih sihat, marilah kita ingat Tuhan banyak-banyak, sebab ibadah semasa sihat, lebih berkualiti dan lebih kita hayati berbanding semasa kita sakit dan tiada upaya.

Wassalam...

Monday, December 1, 2014

Neurosurgeri

Salam w.b.t

Semoga kalian sihat-sihat belaka. Maafkan saya sebab dah lama tak update cerita pengganti bicara di sini. Niat nak update tu selalu ada, tapi action tu yang tak berapa nak ada.

Alasannya tak cukup masa sebab kerja. Tapi bila cuti dan ada banyak masa, tak buat2 jugak kan.

Sekarang saya bekerja di jabatan pembedahan, unit neurosurgeri. Makanya, segala apa yang berkaitan dengan pembedahan kepala merupakan bidang tugas saya buat masa ini.

Antara yang common termasuklah SDH (subdural hemorrhage), SAH (subarachnoid hemorrhage) dan ketumbuhan dalam kepala. Neurosurgeri salah satu subkepakaran yang sangat mencabar sebab nak operate kepala orang, memang suatu yang berisiko.

Common prosedur yang selalu dilakukan termasuklah decompressive craniectomy (buang sebahagian tengkorak untuk mengurangkan tekanan dalam kepala), dan cranioplasty (membentuk semula tengkorak).

Selalunya kes2 yang ada di wad melibatkan kes kemalangan jalan raya yang mana kepala selalu menjadi 'mangsa' keadaan. Ia memberi kesan yang sangat besar kepada pesakit.

Bayangkan pesakit yang terlantar di atas katil dan tidak mampu menguruskan diri sendiri dengan baik dan perlu dibantu oleh orang lain. Melihatnya saja nampak suatu beban, apatah lagi bagi yang menanggung cubaan tersebut.

Setiap pesakit neuro perlu diperiksa tahap kesedaran mereka (conscious level), menggunakan Glasgow coma scale. Skala ini menentukan tahap kecederaan otak yang dialami oleh seseorang pesakit. Ia suatu yang wajib diperiksa kepada setiap pesakit di wad neuro.

Baiklah, setakat ini dulu perkongsian dari saya yang masih bertatih dalam dunia perubatan.

Wassalam..

Monday, October 13, 2014

Dah 4 Bulan?

Salam w.b.t.

Syukur alhamdulillah masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah. Sesuatu amal atau apa juga pekerjaan itu pasti dapat kita lakukan sebaik yang mungkin sekiranya kita tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi kualiti kerja.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, tamatlah sudah posting pertama di Jabatan Pediatrik. Sungguh tak terasa sangat masa yang cepat berlalu. Kalau tak ada masalah apa-apa, bakal meneruskan perjalanan ke Jabatan Pembedahan pula selepas ini.

Sewaktu mula-mula kerja dulu, macam-macam yang saya rasakan sampaikan pernah juga terfikir betulkah bidang kerja yang aku ambil ini. Mampukah aku bertahan sampai habis. Dan persoalan itu kerap berulang dalam pemikiran saya hampir setiap hari. Stress tu tak payah cakap la. Nasib baik tak kena jumpa psychiatrist.huhu

Apabila dah mula kerja nie, semuanya perlu dirancang dengan teliti. Contohnya, nak ambil cuti rehat perlulah dirancang dengan baik supaya cuti kita itu diluluskan. Terkadang tu, punyalah komited dengan kerja sampai boleh terlupa yang masih ada baki cuti yang tak digunakan. Sampai boleh terlupa nak ambik cuti habaq hang. Kerja pun, badan kena rehat juga. Itu hak yang kita kena jaga.

Sepanjang 4 bulan ini, terlalu banyak yang hendak saya ceritakan, yang mahu saya kongsikan. Tak tau la sempat ka tak nak cerita semuanya. Ada kalanya rasa down yang berpanjangan, ada kala rasa motivated, ada kala rasa dihargai dan macam-macam lagi lah. Itu semua asam garam dalam hidup dan bekerja.

Sepanjang saya bekerja ini, bermacam-macam jenis orang dan ragam yang telah saya jumpa. Ada antaranya yang sangat concern dengan anak/saudara mara mereka sampaikan kita pun rasa tak selesa nak menjawab soalan-soalan dari mereka. Ya, saya faham mereka kurang arif mengenai penyakit anak mereka tersebut dan mereka begitu risau melihatkan keadaan anak yang ditahan (baca:dimasukkan) di wad. Maka menjadi tugas kami untuk menerangkan kepada ibu2 dan bapak2 tersebut situasi semasa kesihatan pesakit. Kami juga perlu menenangkan ahli keluarga serta pesakit tersebut. Ini memang memerlukan skill dan latihan yang berterusan.

Bila masanya nak kena tenangkan pesakit tu bro? Haa, yang nie satu kemahiran yang wajib diamalkan di bilik rawatan semasa hendak melakukan prosedur, contohnya bila nak ambil darah pesakit. Kalau yang dah besaq panjang tu, insyaallah depa akan ikut cakap kita kalau kita pandai bagi penerangan kat depa. Kalau yang jenis melawan atau resistant tu, memang hang kena la mintak tolong nurse-nurse yang ada kat wad tu.

Itu budak yang dah besaq sikit dalam lingkungan umur sekolah rendah/menengah.

Kalau bayi atau budak2 setahun dua macam mana pulak? Yang nie mesti kena mintak tolong nurse atau kawan-kawan kita jugak. Sebabnya, depa nie dah mula ada stranger anxiety. Maksudnya, depa dah mula rasa cuak dengan orang yang depa tak kenai, so depa pun akan mula menunjukkan reaksi ketidakselesaan itu dengan menangis tahap gigahertz sampaikan kita rasa nak habiskan kerja tu cepat-cepat..hang teriak pun adik, kami tetap buat kering hati saja poke hampa tanpa belas kasihan..haha kejam bunyinya kan..nak buat camna, nak bagi sihat kena la sedekah darah sikit..

Memang kena sabaq saja la bila nak ambil darah/set line kat budak2 nie. Kita yang kena buat tu, jangan pulak gelabah. Kena relax dan buat dengan tenang sebab kita tak mau la cucuk (poke) budak tu sampai berkali-kali. Cucuk sekali sudah, pastu selesai la kerja kita. Dia pun tak la menanggung sengsara dek kesilapan kita. Tapi kadang2 tu pernah la juga saya poke lebih dari sekali..huhu..

Hendak jaga budak-budak nie bukan satu tugas yang mudah. Saya sendiri pernah ada plan nak jadi seorang paediatrician suatu hari nanti. Tapi bila dah kerja sendiri dalam jabatan ini, rasa macam tak jadi la pulak. Memang pediatrik salah satu bidang kepakaran yang mencabar bagi saya.

Ok la, saya rasa cukup dulu takat tu. Nanti ada masa saya kongsikan cerita lain pulak..

Wassalam...

Friday, August 15, 2014

Cantik sinar matahari di pagi hari

Salam w.b.t.

Hari nie saya bersyukur sebab Allah bagi saya peluang untuk tengok matahari terbit di ufuk timur (ayat nak sastera ja..haha). Sebabnya, hari nie saya off. Yeahh! Boleh la nak tune balik nafas saya jadi normal..

Sudah lebih sebulan saya di Jabatan Pediatrik. Memang tiap-tiap hari asyik tengok baby atau budak-budak kecil. Kalau kat NICU tu, memang kena tahan la dengar baby menangis. Kalau sorang dah mula, maka yang lain-lain pun akan menangis juga. Macam depa dah pakat pulak nak 'kenakan' kita..hehe

Kerja sebagai HO nie memang la letih dan selalu stress. Kadang-kadang terlupa nak ambik darah adik tu, kadang-kadang blur bila nak present case kat pakar/MO. Itu semua norma hidup seorang HO. Bila balik rumah, esok nak kena pi hospital lagi. The cycle is repeating again and again.

Salah satu cara nak kurangkan stress: sembang dengan rakan HO yang lain. Setiap orang ada pengalaman masing-masing. Bila kita dengar cerita orang lain yang nasibnya hampir sama dengan kita, pasti kita takkan kisah sangat dengan masalah kita tu.

Yang lebih penting, kita jangan give up dan usaha untuk improve diri kita.

Monday, July 14, 2014

Pahit manis kehidupan

Salam w.b.t.

Setiap daripada kita, kalau masih punya ibu ayah, sudah dikira sangat beruntung di dunia ini. Kalau kita masih sempat berjumpa dan kenal dengan mereka, itulah salah satu nikmat paling berharga dalam hidup.

Ada orang, tak sempat nak kenal dengan ibu dan ayah kandungnya. Apa yang lagi menyedihkan, ibu dan ayahnya sudah pun berpisah dan dia kini tinggal bersama ibu angkatnya yang sentiasa mengambil berat dan menyayanginya seperti anak sendiri.

Ada juga insan yang baru saja dilahirkan di dunia ini, namun kelahirannya bukan sesuatu yang dia pinta lantaran tiada ikatan yang sah antara ibu ayahnya. Adakah dia punya kesempatan untuk mengenali ibu dan ayahnya pada masa depan?

Hidup ini ada banyak ragam manusia. Apa yang baik, ambillah sebagai contoh dan panduan hidup. Mana yang buruk, jadikanlah sebagai pengajaran dan peringatan...

Posting pertamaku

Salam w.b.t.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Sudah lama kita tak bersua. Lama jugak la saya tak update apa-apa di sini.

Mungkin disebabkan kesibukan bekerja, masa yang ada memang cukup terbatas. Bila habis kerja, balik rumah rasa nak rehat dan tidur terus saja. Masa yang ada kena guna betul-betul sebab itu saja la masa yang ada untuk berehat di rumah.

Sekarang saya ditempatkan di Jabatan Pediatrik sebagai posting pertama. Lebih spesifik lagi, di bahagian NNJ (neonatal jaundice) & sepsis.

Di sini, kami harus menjaga bayi-bayi yang mengalami sakit kuning dan yang mempunyai jangkitan kuman.

Ia suatu kerja yang mencabar jugak la sebab kita kena tahu paras bilirubin dalam darah, dan bila kita nak mulakan rawatan fototerapi. Memang selalu la jugak kena ambil darah untuk diperiksa paras bilirubin yang menyebabkan jaundis.

Pediatrik salah satu bidang kepakaran yang saya minat. Namun apabila mula bekerja di sini, ia suatu tanggungjawab yang berat sebenarnya (semua posting pun sama ja susahnya).

Apa yang lagi penting, minat kita untuk belajar dan kita tak mudah give up walaupun selalu kena marah, kena tengking. Mula-mula kerja dulu pun saya selalu saja rasa tertekan, tapi lama-lama dah ok. All is well la orang kata..

Itu dulu la...lain kali saya update lagi..

Salam...

P/s : Rasa marah juga dengan tindakan rejim Zionis yang membabi-buta serang rakyat Palestin. Operasi perlindungan kononnya, padahal saja nak cari pasal dengan negara lain.. Semoga Allah hancurkan mereka sang penindas....

Thursday, June 12, 2014

Aku Seorang Bekas Pelajar

Salam w.b.t.

Alhamdulillah PTM dah nak habih pun. Esok last day kat Adamson Hotel nie. Minggu depan dah start kerja InsyaAllah..

Macam-macam ilmu yang dikongsi sepanjang berkursus di sini. Semuanya berkaitan dengan tugas seorang penjawat awam yang wajib kami semua ambil tahu. Kami sekarang telah pun dilantik untuk berkhidmat di tempat masing-masing. Gaji pun katanya dah jalan, so memang tak boleh skip la kursus induksi nie.

Alhamdulillah, dapat jugak hospital yang dipohon. Lepas nie kena la prepare mental betul-betul, be positive and enjoy the work. =)

Untuk pengetahuan semua, Adamson Hotel terletak berdekatan dengan Stesen Monorel Chow Kit. Jalan kaki pun bole kalau nak ke sana. Hotel nie pun berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur. So nak ke Kamal Book Store pun dekat la jugak kan..

Itu la serba sikit update kali nie. Need to sleep now after our sketsa performance..hehe..

Doakan saya dan kawan-kawan yang bakal bekerja nanti ya. Banyak benda nak kena setel balik rumah nanti..

Wassalam....

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...