Sunday, March 29, 2009

apa kabar orang kampung..??

Saat keseorangan di bilik, teringat pulak keluarga kat kampung sana..apa kabar orang kampung..? semoga hampa semua sihat2 no..pulak tu dengaq plak satu lagu nasyid nie, terus memori kat kampung di flashback kat fikiranku...

Apa tunggu lagi, jom kita hayati lirik lagu dendangan kumpulan HIJJAZ..MESRA DESA..nescaya anda takkan menyesal punya la..hehe..hayya ma'an.....

Mesra Desa
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku

Meriahnya suasana desa
Semuanya ramah dan mesra
Dimanakah teman-teman lama
Bertahun tidak bersua

Ketika kenduri kendara
Sekampung bagai berpesta
Bertolong Bantu jiran tetangga
Beramai makan bersama

Berzanji di surau lama
Tak sedar hari dah senja
Begini caranya kemesraan desa
Moga kekal selamanya

Sedang asyik bercerita
Melintas si gadis desa
Manis senyumannya bertudung kepala
Anak saudara sendiri rupanya

Bergurau teruna dara
Pastikan ada batasnya
Adat kesopanan dan budaya bangsa
Agar agama terpelihara

Lagu: Manis Helma
Hijjaz Records Sdn.Bhd.
Lirik: ITO Lara
Gurindam Entertainment

No comments:

Post a Comment

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...