Sunday, March 22, 2009

Memori cinta luka

Jangan salah anggap..post kali nie bukannya pasal lagu memori cinta luka, nyanyian nassier wahab..hehe..
Tapi, sedikit sebanyak berkenaan memori manusia.. Pertama sekali, apa itu memori..?? "Memory is defined as the ability to store knowledge, information, numbers, motor skills and recall them back when required " Dalam erti kata lain, kebolehan otak kita menyimpan maklumat yang diperolehi dan 'panggil' balik bila dikehendaki..secara kasarnya, memori boleh dikelaskan kepada 2 : a) 'explicit memory' berkaitan kebolehan menyimpan pengetahuan, nombor.. b) 'implicit memory' berkaitan kebolehan mengingati kemahiran, seperti memandu, menaip dsb.. Setiap individu memiliki potensi yang berbeza menyimpan memori, bergantung kepada berapa banyak kita 'melatih' otak kita supaya sentiasa berfikir.apabila kita mula berfikir, kita sebenarnya telah mengaktifkan neuron2 yang sentiasa berhubung antara satu sama lain..jadi, satu 'litar' telah tercipta dalam otak hasil proses 'synapse' antara neuron2 tersebut..inilah asas kepada penyimpanan memori..apabila kita cuba mengingati sesuatu ilmu @ peristiwa, 'litar lama' yang disimpan akan terhasil kembali dan otak akan cuba memungut semula memori lama yang tersimpan..jadi, semakin kerap kita menggunakan otak, semakin cekap otak kita berfungsi seterusnya kadar penyimpanan memori dalam otak kita akan terus meningkat..untuk pengetahuan semua, terdapat kira-kira 100 juta neuron dalam otak kita ! ( saya pun heran macamana manusia boleh menemukan angka yang sebegitu besar ini..hehe ) begitu kompleks sistem dalam otak manusia nie..sungguh hebat kuasa sang Pencipta.. Dan satu lagi, memori yang berkaitan keseronokan & kesakitan ( pain & pleasure ) lebih mudah dan sentiasa diingati oleh kita..fikir-fikirkanlah akan kebenarannya.. Insya-ALLAH pada edisi yang lain akan saya kupas hubungan antara tidur dan penyimpanan memori..apakah kaitan antara keduanya dalam kehidupan harian seseorang pelajar itu..
Jumpa lagi.. :-)

Wassalam..

"rajin berfikir, otakkan cair, ilmu yg ada mudah mengalir"

4 comments:

  1. really?wow..
    kna rjin brfikir lps ni..hehe

    ReplyDelete
  2. wah rajinkan usaha letak nota kat sini. senag keja aku nak wat revision pasni.

    ReplyDelete
  3. akmal, aku mentagged anda dalam post cari publisiti. sila kutip tag dan jawab ya.

    ReplyDelete
  4. To kynah ~ pikiaq jgn x pikiaq no..sementara msh muda..hehe..

    To lilacfia ~ no problem..akan menyusul lg artikel2 menarik..tunggu..hEe..psl tag 2, ada ms nanti ak wat ye.. ('',)

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...