Tuesday, March 10, 2009

Asam garam

Salam..
Tanggal 6 Mac lepas, genaplah 6 bulan saya di bumi India nie..rasa cepat plak masa b'lalu..umur pn dh makin meningkat..
Baiklah, saya nak berkongsi sikit pengalaman kami student2 M'sia di sini, di Krishna Institute of Medical Sciences University..untuk pengetahuan suma, baru ada 8 org saja dak2 Msia..senang crita, kamilah 1st batch kt cni..nanti ktorg jadi senior la plak..hehe..wkt mula2 smpai dulu, punya lah gawat..mcm2 problem ada..masalah komunikasi tu dah tentu la..lain yang ditanya, lain yang dijawab..pening2..nasib baik la ada gak yang boleh speaking..cukup2 lega la..haa, antara kami semua nie ada la sorang dak private yang fly skali..dak india..dia lah yang jadi perantara untuk kitorang..kira 'kewujudannya' banyak membantu urusan2 kat sini..cam urusan pendaftaran, bank suma jadi agak senang jugak la..sebabnya, kebanyakan penduduk tempatan kat sini ramai yang tak tau cakap bi..
Masalah komunikasi dah agak2 selesai la..tup2, ada plak satu lagi masalah yang menghantui kami semua..huhu..problemnya, AKTIVITI MENUNGGU YANG TERLALU LAMA..apa saja urusan kat sini memang menguji kesabaran kita, walhal benda tue bagi kita nampak remeh saja..bayangkan, nak dapatkan tandatangan pegawai polis pun ambil masa sampai 2 hari..kalau sapa2 yang x sabar tue, batalkanlah hasrat anda nak datang sini..hEe..
Apa2 pun, semua tue adalah asam garam kehidupan..ada yg baik, ada yg buruk..pandai2 lah kita menilai..bak kata orang, jauh perjalanan luas pengalaman..lain tempat lain budayanya..walaupun begitu, saya cukup kagum dengan persekitaran di universiti nie..berada di sini sungguh menenangkan jiwa yang lara..dikelilingi pepohon kelapa..saujana mata memandang..kehijauan flora di sini begitu mengasyikkan..di mana2 saja, pasti ada pokok-pokok bunga yang menyerikan pemandangan..agaknya, orang2 kat sini suka berkebun kot..hehe..
Ok la..takat nie dulu ya..
Akhiru kalam..

AKU PERANTAU

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...