Wednesday, March 11, 2009

Mampukah aku..?

Assalamualaikum w.b.t.

Diharapkan sahabat2 semua sihat belaka..

"MEDIC ?? Apa yang best sangat..? Selalu nak kena mengadap buku..mana ada masa nak rilek..bole bisa tensen jadinya.."

Mungkin ada sesetengah dari kita yang bertanggapan begitu..hari-hari nak kena belek buku..ditambah pulak dengan saiz yang cukup2 tebal..memang mengundang masalah bagi mereka yang tak da minat membaca..kata orang, bidang perubatan merupakan antara bidang yang memerlukan golongan yang bersedia dari segala aspek, fizikal, mental dan spiritual..pendek kata, memang nak kena jadi sesempurna yang boleh..semuanya kena tau secara detail..tambahan pula, ia melibatkan nyawa manusia, yang tak da tukar gantinya..

Sebelum fly nie pun, saya cukup2 teruja untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan nie..macam2 persoalan yang bermain-main di fikiran..bagaimanakah cara atau metode pembelajaran nanti..adakah saya mampu memikul amanah yang diberi untuk menghabiskan pengajian di sini, tanpa sebarang masalah..
Bila dah hadapinya sendiri di sini, barulah dapat dinilai kembali segala persoalan tersebut..KEIKHLASAN dan KERAJINAN - dua elemen yang sangat penting dan mesti dipraktikkan dalam kamus kehidupan kita..inilah faktor yang memangkin kejayaan kita walau macam mana susah sekalipun kita belajar...

Apa yang dapat disimpulkan, bidang perubatan dapat mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Esa..betapa dalam setiap makhluk ciptaan-Nya ada banyak rahsia dan hikmah yang tersembunyi..tak usah renung jauh2..pada diri kita sendiri ada bermcm2 tanda kekuasaan dan kehebatan-Nya..

Jadi, marilah kita bermuhasabah apakah sepanjang hidup ini, kita telah bersyukur dengan nikmat kurniaan dari-Nya..

Wallahua'alam..

2 comments:

  1. huhu kadang2 terlupa nikmat yang ada perlu disyukuri

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk komen anda.Betul tu cik lilacfia..sesungguhnya manusia adalah sebaik2 kejadian..('',)

    ReplyDelete

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...