Thursday, March 18, 2010

Air dan pengaruhnya

Karad sekarang tengah mengalami musim panas. Penduduknya mulai terasa bahang dan keperitan pada musim nie. Saya sendiri pun dapat melihat pelbagai reaksi dan perubahan yang berlaku di sini dek musim yang satu ini.

Kalau dulu, waktu musim sejuk, pakaiannya tebal-tebal belaka. Suasananya begitu dingin dan nyaman. Kalau nak tau lebih lanjut, kena la datang sini. Tapi, keadaannya bawah sikit dari Kashmir.

Sambil kita berbual-bual, kelihatan wap-wap kecil keluar dari mulut. Seolah-olah berada di negara mat saleh la pula. hehe.. Paginya tersangat la sejuk. Sampaikan air paip tu macam baru keluar dari peti ais. Menggigil bila nak ambil wudhuk solat Subuh..

Tapi, itu dulu. Semuanya dah jadi kenangan.

Sekarang pusingan musim panas pula. Giliran dia la kali ni.

Paling mencabar bila nak pergi kelas petang. Cukup menguji diri. Kuliah paginya ok lagi. Boleh 'tolerate' lagi.

Petangnya membahang. Kenalah banyak minum air kosong. Ganti air yang hilang dari badan. 'Dehydration' akan berlaku kalau kita tak banyak minum air. 'Water output' akan melebihi 'water intake'. Keseimbangan proses dalam badan akan terganggu. Banyak air yang keluar. Sebab itu seseorang akan mudah pengsan kalau kurang air disebabkan aktiviti-aktiviti dalam badan tak berfungsi seoptimum yang mungkin.

Kalau di kelas, masing-masing bawa sebotol air mineral. Satu perubahan yang baik saya kira. Memang untung kalau berniaga air mineral waktu-waktu macam nie.

Yang tak bawa air tue, dia pakat-pakat kongsi dengan kawan.

"Pani chahiye..."

Maka terjadilah babak 'pass-mengepass' botol air yang kawan nie bawa. Mereka minum dengan seronoknya. Lepas sorang, sorang minum. Itulah dia penangan musim panas kat sini.

Sampaikan ada pensyarah yang bagi amaran jangan minum air waktu dia mengajar. Mungkin dek kekerapan para pelajarnya minum air. Boleh jadi.

Kalau masing-masing buat bising bila cikgu tak masuk lagi, makanya makin 'panas' la jadinya kelas yang dah sedia panas itu.

Itu baru situasi dalam kelas.

Bila kita keluar sikit, maka semakin banyak kedai yang menjual jus-jus buah di tepi jalan. Mereka nie pandai mengaplikasikan bakat-bakat yang ada.

Siapa yang sanggup menolak, bila mata melirik pada mesin-mesin pengisar a.k.a. blender pelbagai warna, yang melambangkan jenis buah yang dijadikan jus. Dah dapat satu rangsangan melalui warna.

Kalau kuning pekat, itulah jus nanas.

Kalau coklat-coklat sikit, cikulah tu.

Kalau kuning kejinggaan, itulah dia jus mangga.

Fuh..beraneka pilihan..siapa yang boleh tahan. Mesti kena cuba jugak.
Panas meremang, peluh bercerau, tekak yang kering perlulah dibasahkan.

Ada lagi satu pilihan.

Nimbu Pani..atau dikenali dalam kalangan pelajar Malaysia sebagai jus limau nipis.
Sekali rasa, mesti nak lagi. Betul. Saya dah mencubanya.
Cara pembuatannya pun agak ringkas.

Dia potong limau nipis menjadi separuh-separuh. Kemudian perah satu bahagian dalam satu gelas. Ambil ais kisar, ais yang kita buat ABC tu, atau dikenali di utara tanahair dengan ais sagat. Masukkan ais kisar tadi dalam perahan limau, kemudian masukkan gula secukupnya. Penuhkan gelas dengan air kosong. Akhir sekali, dia masukkan barli. Memang penyejuk tekak kalau minum air nie.

Itulah keunikan Nimbu Pani. Kehadiran barli seakan pemangkin untuk kami terus mencuba pada masa-masa akan datang.

Jadi, tak kiralah musim apa pun kita lalui, masing-masing ada manfaatnya. Cuma kita sedar atau tak saja. Kita fikir atau tak. Yang penting, kita terima dan lalui tanpa rungutan. Sebab sesuatu yang Allah tetapkan ada hikmahnya. Terpulang pada manusia itu sendiri untuk memikirkannya, kerana kita semua dikurniakan akal fikiran. Maka, fikirlah sebaiknya... =)



Kena bekal sekurang-kurangnya 3 botol air mineral macam nie.

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...