Saturday, March 20, 2010

Serangga yang kecil itu, jangan kau pandang sebelah mata

Bumi yang terbentang luas ini bukan dihuni oleh golongan manusia saja. Bahkkan, segala jenis tumbuhan dan haiwan yang beraneka rupa, bentuk, warna dan sifat juga tak terkecuali. Itu yang kita nampak. Yang kita sedar akan kehadiran mereka.

Entiti yang kita tak nampak, pun ramai juga. Kalau dihimpunkan pasti tersangatlah ramai semua penghuni dunia.

Kali ini, saya nak kongsikan penglihatan saya, dengan semua berkenaan hebatnya kuasa Allah sebagai Pencipta.

Sama-sama kita lihat gambar-gambar ini...




Macam mana ?
Apa yang kalian nampak ?

Sekali pandang, ia seolah-olah sehelai daun, yang terdapat di atas lantai. Kalau dipandang dari jauh.

Kalau dari dekat, inilah 'wajah' sebenar apa yang diperhatikan tadi.



Menarik bukan ?

Cuba lihat pada corak yang ada di badan serangga ini. Nampak macam urat daun. Subhanallah...

Sungguh hebat segala ciptaan-Nya. Tak ada cacat dan celanya langsung.

Sesungguhnya, Allah tidak menciptakan segala sesuatu itu dengan sia-sia. Ada rahsia di sebaliknya. Kalau yang ini, Allah nak kita berfikir, bahawa sehebat mana pun kita, tak terlawan dengan kekuasaan-Nya. Mampukah kita mencipta ciptaan setanding dengan ciptaan-Nya. Sedangkan apa yang manusia cipta, walau secanggih mana pun masih punya kekurangan.

Kita jangan pandang mudah pada serangga kecil itu, seperti yang di atas.

Pernah Nabi Daud A.S. ditegur oleh seekor ulat lantaran dia mempersoalkan penciptaan ulat tersebut.

Sekecil mana pun sesuatu ciptaan, seremeh mana pun struktur badannya, siapalah kita untuk mempersoalkan kenapa ia dicipta.

Firman Allah dalam Surah As-Sajadah, ayat 7 :

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah."

Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Jaatsiyah, ayat 4 :

"Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini."

Kita kena akui Allah sebaik-baik Pencipta. Tiada siapa yang setara dengan-Nya. Pada ciptaan-Nya itu, ada bukti kekuasaan, bagi mereka yang berfikir, mereka yang yakin dengan-Nya. Keyakinan antara faktor untuk menjadi hamba-Nya yang diredhai. Bukti sudah ada, apa lagi yang dicari. Kita kena selalu berfikir mengenai apa yang ada di sekeliling kita, agar ia memberi pengajaran buat kita dalam mengharungi hidup.

Semoga kita sentiasa menggunakan akal yang diberi dengan sebaik mungkin, dengan memikirkan perkara yang bermanfaat untuk diambil pelajaran darinya.

2 comments:

  1. kesian pulak nak bela..
    kita pun tak tahu apa dia makan..hehe
    silap jaga lain pulak jadinya...

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...