Wednesday, March 17, 2010

DIA..

Akhirnya, aku berjaya menyiapkan nota kuliah siang tadi.
Aku menghela nafas lega. Terasa beban yang ada semakin berkurangan.
Banyak juga nota yang perlu disalin. Kalau tak disiapkan malam ni, alamatnya makin bertambahlah nota yang perlu aku siapkan.
Aku terus menghempaskan badan di atas katil.
Kulihat jam di tangan. Sudah 10.30 malam.
Selalunya pada waktu begini, aku sudah mengantuk.
Namun malam ini lain pula jadinya.
Entah-entah penangan Nescafe susu buatan sendiri yang buatkan aku terus berjaga.
Itu memang antara kegemaranku waktu malam. Seakan kena dengan masanya menghirup Nescafe pada malam hari. Cubalah kalau tak percaya.

Siangnya aku sibuk menghadiri kuliah, manakala malamnya aku isi dengan mengulangkaji apa yang telah diajar, atau kalau rajin sedikit, aku akan siapkan nota atau apa-apa saja kerja yang masih tertangguh. Tulis nota ni bukannya apa, mudah sikit untuk aku rujuk sebab buku teks itu terlalu tebal untuk dibaca.
Ingatkan boleh la tidur awal sikit.
Tapi sangkaanku meleset.
Aku pejamkan mata, mana tahu kalau-kalau boleh membantu.
Kutarik nafas dalam-dalam, dan kulepaskan.
Tenang sekali rasanya.
Aman...

*********************************************************************************

Tak semena-mena, kenangan itu datang kembali, menerjah fikiranku yang cuba untuk ‘dikosongkan’ buat sementara.
Kenangan lampau yang susah untuk dilupakan, mengundang senyum bila difikirkan.

Aku masih kecil ketika itu. Baharu memulakan alam persekolahan.
Semuanya kelihatan baru.
Pakaian baru, kasut baru. Aku sangat gembira dan tak sabar untuk ke sekolah.
Rasa gementar menyelubungi diri melihatkan wajah-wajah yang juga baru bagi diriku, langsung tak kukenali.
Di sini, aku mula mengenal erti persahabatan.

Dia menyapaku, lalu menghulurkan tangan tanda pengenalan.
Aku terkesima, berdebar rasanya ditegur sedemikian rupa.
Dia antara yang terawal kukenal.
Kuhadiahkan senyuman kepadanya bagi menenangkan diri ini.
Ditakdirkan kami sekelas rupanya.
Aku senang berkawan dengannya. Orangnya periang, terhibur juga diri ini.
Melihatnya saja, aku rasakan semua masalahku hilang begitu saja.

*********************************************************************************

Sudah seminggu kelibatnya tak kulihat.
Ke mana dia menghilang ?
Dia sakitkah ?
Aneh...
Rasa ingin tahu kian menebal.
Aku ternanti-nanti kedatangannya.

Beberapa hari kemudian, dia datang ke sekolah.
Kali ini, kulihat ada sedikit perubahan pada wajahnya.
Kelihatan bintik-bintik kecil, seakan-akan parut.
Kalau tak salah, itulah campak namanya.
Patutlah lama tak nampak.
Memandangkan kulitnya yang agak cerah, parut yang ditinggalkan cukup jelas kelihatan.
Aku menegurnya dan bertanyakan khabar.
Dia menguntumkan senyuman, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..

“Sekali ni je kot. Lepas nie badan dah kebal. Susah nak kena pulak..” aku cuba memberi ‘nasihat’ sebagai kawan.
“Terima kasih...” dia membalas sambil tersenyum.

10 tahun sudah berlalu.
Di mana dia sekarang ?
Ingin sekali aku berjumpa dengannya.
Mesti dia sudah banyak berubah.
Aku harap dia berjaya capai apa yang dia nak dalam hidup.
Banyak benda yang nak aku kongsikan dengannya andai aku bertemu dengannya.
Sesungguhnya, kenangan lama itu takkan pernah luput dari ingatanku.
Aku tersenyum sendirian mengenangkan zaman yang indah itu.
Kalaulah diberi peluang, ingin sekali aku balik ke zaman itu.

Pintu bilik dibuka.
Aku terus tersedar dari lamunan. Faris, teman sebilikku baru saja pulang dari perpustakaan.
Jam menunjukkan hampir pukul 11.
“Kena tidur dah nie. Esok dah la kelas pukul 8..” aku bermonolog sendirian.
Mataku berpinar-pinar, tanda-tanda mengantuk sudah datang.
Pantas aku tarik selimut membaluti tubuh.
Kuiringkan badan ke kanan.
Doa tidur dibaca, lantas kupejamkan mata...
Mudah-mudahan aku diberi nafas kembali untuk berjumpa hari esok...

2 comments:

  1. Alhamdullah, i study among my 'old' and new sahabat. The more i look into them , the more i valued myself as mere - worthless human on earth.

    btw sapa Faris?

    ReplyDelete
  2. Betul..
    Sahabat cermin kepada diri kita sendiri..
    Faris tue hanyalah watak rekaan..tak da kena mengena dengan si penukil.. =)

    ReplyDelete

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...