Friday, March 5, 2010

Kisah Pemuda dan Kanak-kanak

Kehidupan kita takkan pernah sunyi daripada masalah. Buka saja mata dari tidur, 1001 persoalan menanti. Jadi, jom kita hayati kisah kat bawah nie sat. Buat renungan bersama.. :-)

Pada suatu masa dahulu, di waktu kemuncak British Empire dan sebelum kebangkitan kuasa baru Jepun, ada seorang pelajar perubatan. Dia akan menghadapi peperiksaan klinikal ke atas kanak-kanak, jadi dia pun mengulangkaji dan berlatih untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Pada hari peperiksaan, dia telah diminta untuk merawat seorang kanak-kanak kecil yang berumur 4 tahun. Setelah 30 minit, dia akan diminta menceritakan hasil rawatannya kepada sang doktor besar.

Semasa merawat kanak-kanak tersebut, si pelajar sangat risau dan takut. Jadi untuk mengatasi kerisauannya, dia senantiasa menghabiskan ayatnya dengan perkataan ''fabulous''... Lalu dia pun terus merawat kanak-kanak sambil bercakap-cakap & mendengar peristiwa yang berlaku kepada kanak-kanak itu daripada ibunya yang berda di sisi, tanpa melupakan menyebut perkataan ''fabulous'' pada sela-sela waktu tertentu...



Setelah sesi rawatan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk si pelajar membentangkan kes kanak-kanak kepada si doktor besar. Si pelajar terus membentang, namun si doktor sekadar membuat muka 20 pence, tidak menunjukkan riak wajah suka, benci mahupun duka.

Setelah mendengar cerita si pelajar, si doktor mengambil keputusan untuk bertanya sendiri kepada pasangan anak dan ibu sendiri sebelum memberikan markah teakhir kepada si pelajar. Doktor pun bertanya kepada si ibu;

''how was this student just now?''

Dengan tidak semena-mena, si kanak-kanak berteriak;

''Fabulous!! ''

Si ibu hanya sekadar tersenyum mendengar kepetahan anaknya bercakap, lalu diikuti oleh senyuman sang doktor.

Namun yang pastinya, senyuman si pelajarlah yang paling panjang sekali =)

Macam mana ?

Terhibur ?

Selalulah hiasi diri kita dengan kata-kata yang positif, kata-kata yang membina diri. Barulah semua kerja atau masalah jadi senang. Kita boleh hadapi dengan tenang, tak perlu bersungut.

Macam situasi kat atas tu, kita dapat lihat perubahan si pelajar apabila dia sentiasa berfikiran positif. Keyakinannya bertambah. Tutur katanya lancar mungkin. Sekaligus ia mempengaruhi mereka yang di sekelilingnya.

Buktinya, adik kecil itu pun sudah pandai mengajuk apa yang dituturkan berulang kali. Kaedah pengulangan yang cukup berkesan. Kerana apa..? Sebab yang mendengar adalah si kecil. Mereka mudah mengikut apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Kalau nak ajar sesuatu, mulakan dari kecil, lantaran sifat si kecil itu yang begitu cepat menangkap sesuatu ilmu yang diajarkan kepada mereka. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya."

Ya. Kita dapat lihat yang pelajar dan si kecil itu masing-masing dapat manfaat. Si kecil terbukti petah berbicara, sehingga tersenyum si ibu dan sang doktor akan telatahnya yang mencuit hati itu. Manakala si pelajar tersangatlah lebar senyumannya membayangkan dia telah berjaya melaksanakan tugasnya.

Lagi satu, dengan mengucapkan kata-kata positif, apa yang saya nampak, secara tak langsung ia seolah-olah satu 'penawar' buat adik kecil itu. Ia menjadi satu perangsang buatnya supaya cepat sembuh. Maknanya, si pelajar secara tak langsung telah memberikan 'ubat' buat adik itu, yang ternyata tiada kesan sampingan seperti ubat-ubatan yang ada di pasaran sekarang.

Kita sedia maklum, mereka yang terlantar sakit itu, bukan hanya fizikal bahkan spiritual mereka juga terganggu. Maka, menjadi tugas yang sihat melawat mereka, dan mendoakan kesihatan mereka pulih seperti sediakala. Rasulullah S.A.W. juga berpesan supaya kita menjaga adab dengan pesakit. Baginda sentiasa memberi perangsang kepada mereka, sekalipun ajal mereka sudah menanti.

Jadi, sentiasalah berfikiran positif, agar apa yang ada di sekeliling kita memandang kita dengan positif juga. Salurkan segala tekanan pada tempat yang betul. Semoga kita dapat memandu diri sendiri mengikut jalan yang diredhai Allah S.W.T.

p/s : mungkin boleh dipraktikkan apa yang dilakukan pelajar perubatan tersebut. Barulah wujud komunikasi 2 hala. Setuju ? ('',)

p/s 1 : kisah di atas diculik dari www.iluvislam.com..

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...