Thursday, March 25, 2010

Suatu hari di N2

Mengajar bukanlah satu tugas yang mudah.

Ia perlu disertakan dengan niat yang betul, dan tindakannya perlu konsisten.

Cikgu, pensyarah dan sesiapa saja yang bertanggungjawab mendidik mesti mempunyai kemahiran untuk menarik minat anak-anak didik mereka.

Sikap putus asa seharusnya tiada dalam jiwa mereka.

Nak memahamkan orang, kita sendiri kenalah faham dahulu. Baru kita bagi tunjuk ajar kepada yang memerlukan.

***************************************************************
Suatu petang, ketika kelas Pharmacology, kehadiran boleh dikatakan agak memuaskan berbanding subjek-subjek lain. Samada cikgunya yang pandai mengajar atau pelajarnya punya kesedaran untuk datang, bukan semata-mata nak penuhkan kehadiran.

Cikgu pun mula mengajar.

Dan menerangkan..

Kami menyalin apa yang dicakapkan ke dalam buku nota masing-masing.

Kelas Pharmac bukan setakat petang. Seawal 9 pagi pun sudah ada, mahu tak mahu kena pergi sebab ketidakhadiran ke kelas ini adalah satu kerugian yang sangat besar, walaupun cuma sekali..(sekadar peringatan)

Dan pada kelas jam 9 itu, otak masih segar. Freshly available to absorb anything.

Namun, gangguan tidur tetap ada dalam kalangan pelajarnya.

Sesekali ada yang menguap dek tak tertahan dengan kurangnya oksigen ke otak. Maka feedback mechanism pun berlaku untuk menambah kuantiti oksigen.

Kalau cikgu tak nampak, selamat...

Kalau kantoi, maka siapkan dirimu untuk menerima nasihat yang berbunyi :

"Doktor, baru pukul 9 ye. Mengantuk ke ? Pukul berapa tidur semalam ?"

Maka, serta-merta sang pelajar berkenaan segar kembali. Mudah-mudahan.

Kita kembali ke sesi petang pula.

Petangnya lagi hebat dugaannya. Sudahlah baru lepas makan tengahari, maka kecenderungan untuk terlelap tetap ada.

Sedang mendengar dengan khusyuknya, tiba-tiba cikgu berhenti mengajar, seraya memandang kami semua. Pelik.

"Macam-macam ekspresi muka pelajar-pelajar saya dari depan ni."
"Ada yang serius..."
"Ada yang senyum bila tengok saya..."
"Ada juga yang macam tak ada perasaan langsung...(expressionless) "
"Kalau tak percaya, cuba datang ke depan.."

Kata cikgu itu seraya tersenyum, gelihati barangkali melihat anak-anak didiknya.
Kami semua pun turut tertawa, dengan 'laporan' yang diberikan. Sekuran-kurangnya kelas yang tadinya kelihatan seakan tegang, kembali ceria.

Menjadi cikgu di universiti, jauh bezanya dari sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Namun, semuanya punya tujuan yang sama untuk mendidik. Dan, mereka pasti punya pengalaman yang menarik sepanjang mengajar, lantaran 1001 kerenah manusia yang ditemukan. =)

Jadi, menjadi tugas kita para pelajar memberi kerjasama dengan sebaiknya kepada mereka. Mereka sudah pun berkorban untuk memberi ilmu kepada kita. Tunjukkan minat yang mendalam supaya usaha mereka berbaloi. Semoga ilmu yang kita dapat diberkati untuk digunakan pada masa-masa mendatang...

p/s : Kelas-kelas lain pun best juga. Bergantung pada bagaimana kita nak pupuk minat terhadap sesuatu subjek itu...

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...