Semalam tamat sudah posting Ophthalmology saya, setelah hampir sebulan belajar pasal mata. ( kalau kehadirannya penuh la )
Secara ringkasnya, ophthalmology adalah salah satu bidang yang berkaitan dengan mata sahaja. Segala-galanya berkisar pancaindera yang sangat bernilai ini. Sekecil-kecil mata itu janganlah dipandang remeh, kerana besar manfaatnya buat kita insan.
Dengan mata kita mampu menerokai dunia ini. Kita mampu menikmati nikmat yang disediakan untuk kita. Kita tahu betapa luasnya bumi dan betapa hebatnya kekuasaan Allah dengan adanya nikmat melihat. Manusia akan menghargai sesuatu itu apabila mereka kehilangannya. Jadi, selagi kita masih punya deria melihat, gunakan ia ke jalan yang diredhai-Nya.
Mata merupakan salah satu deria istimewa ( special senses ) dalam diri manusia. Begitu juga dengan hidung dan telinga. Persamaan ketiga-tiga organ ini ialah :
- Ia mempunyai rongga.
- Ia menerima rangsangan dari luar sebelum memberi respons.
- Ia tidak terkecuali untuk mengeluarkan hasil kumuh. ( tahi mata, hidung dan telinga )
Mata sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Untuk pengetahuan, setiap entiti yang membentuk mata itu ada risiko penyakitnya tersendiri.
Contohnya, cornea, sclera, iris, conjunctiva dan retina berisiko terdedah kepada jangkitan dan apa saja, yang boleh mengganggu fungsi mata tersebut.
Unsur-unsur luar sentiasa berusaha menceroboh sistem pertahanan badan kita, kalau kita tak berjaga-jaga. Sudah diberi nikmat, maka menjadi tugas kita menjaga dan menggunakan nikmat itu sebaik mungkin. Sesungguhnya, mata yang kecil itu memberi sumbangan yang besar buat kita, andai kita selalu berfikir.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Ghaasyiyah, ayat 17-20 :
"Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit, bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan ?"
Jadi, jagalah kesihatan mata dengan baik agar kita berpeluang melihat keindahan alam yang terbentang luas ini sambil berfikir akan kebesaran-Nya. Dia tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semuanya mempunyai hikmah yang hanya dirasai oleh mereka-mereka yang celik dalam erti kata yang sebenar.
Pterygium - berlaku apabila conjunctiva, lapisan yang melindungi bahagian putih mata mengalami pertumbuhan abnormal ke arah kornea. Bentuknya seakan-akan sayap (wing-shaped).
No comments:
Post a Comment