Wednesday, March 31, 2010

Keluar Masuk Kampung

Dan posting Preventive & Social Medicine a.k.a. PSM pun bermula. Dapatlah kami keluar dari universiti untuk menjelajah segenap bumi Karad ini.Kira-kira pukul 10 pagi, kami mula bergerak ke tempat posting masing-masing. Kelihatannya bas berwarna jingga telah sedia menanti untuk membawa kami keluar. Semuanya mempercepat langkahan kaki, nak dapat tempat duduk punya pasal. Tapi, bas kali ini agak panjang dan selesa, cukup-cukup
rasanya untuk semua.

Bas pun mula bergerak. Akhirnya, dapat juga kami keluar dari hiruk-pikuk universiti, tinggalkan sekejap dunia formal untuk lihat sendiri masyarakat di sini. Kiranya macam turun padang juga la.hehe.. Kita nie kalau tak keluar tinjau cara hidup masyarakat, macam mana nak tambah pengalaman diri. Kematangan diri dicapai melalui pengalaman hidup.

Dapat kami rasakan angin menerobos masuk melalui tingkap bas. Lapang fikiran. Tenang jiwa ini dapat lihat muka bumi yang sangat luas. Bas bergerak dengan lancar. Tempat yang kami tuju merupakan tempat yang baru, tak pernah sampai lagi sebelum ini.

Perjalanannya memakan masa kira-kira 20 minit. Agak jauh juga. Apabila sampai, kami disambut seorang penduduk tempatan lalu membawa kami ke destinasi yang ditetapkan : sebuah tadika yang menempatkan kanak-kanak seusia lingkungan 2-6 tahun.
Sebaik melangkah masuk, dapat saya lihat betapa ramainya kanak-kanak di sini. Semuanya memandang kami dengan hairan dan penuh 'minat'.
"Siapa pula gerangan yang berkot putih nie..? antara persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran mereka.
Kami ditugaskan mengambil butiran lengkap kanak-kanak tersebut dengan mengisi satu borang yang diberikan. Contohnya, nama, umur, alamat, nama ibu ayah dan pekerjaan. Kena juga tanya berkenaan imunisasi kanak-kanak itu, amalan pemakanannya, dan banyak lagi.Seorang kanak-kanak dipanggil lalu dia 'disoal siasat' oleh kami. Bahasa yang digunakan kenalah bahasa tempatan. Maka, marathi yang harus digunakan. Saya masih lagi cetek ilmu mengenai bahasa ini. Untuk memudahkan tugas, saya berkongsi maklumat dengan kawan. Apa yang dia salin, saya salin juga. Apa yang dicatat, samalah catatannya di borang saya.
Inilah masalahnya kalau kita tak kuasai bahasa tempatan. Hanya mendengar mereka bertanya, saya cuma memerhatikan dan cuba belajar secara tak langsung. Seorang demi seorang disoal sehingga cukup 4 orang. Adik-adik itu menjawab tanpa ragu-ragu, tapi masih menampakkan sedikit ketakutan dari raut wajah mereka.

Apabila terpandang adik-adik kecil itu, teringatkan pula adik-adik di rumah. Seronok rasanya melihat mereka, terhibur juga diri.

Saya cuba mempraktikkan bahasa marathi. Seorang adik dicari. Terus saya soal,

" Naw kay ? " (siapa nama ?)
Dia hanya mendiamkan diri. Memandang saya tanpa ada sebarang ekspresi di wajahnya. Saya pun hairan.
Fahamkah dia soalan saya ? Betulkah sebutan saya tu ? hu3..

Saya tinggalkan dia dengan dunianya..Bila semua dah selesaikan tugasan, tak sabar pula nak balik. Rasa lapar pula. Dahaga pun ada memandangkan cuacanya yang sangat terik. Kami melalui kawasan perumahan sebelum menaiki bas. Rumah-rumahnya serba kekurangan. Tadika tadi pula tak punya kipas langsung. Mungkin kekurangan sumber elektrik. Insaf kerana kami yang dikurniakan nikmat yang bermacam-macam ini seharusnya bersyukur. Insan-insan lain di luar sana hidup serba kekurangan. Sedarkah kita ?

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 :
" Dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah."

Hari pertamanya pun sudah menjanjikan pengalaman yang cukup berharga. Ke mana pula agaknya destinasi kami selepas ini.
Saya kongsikan serba sedikit gambar yang sempat diambil. Mudah-mudahan kita semua dapat buka minda dan mensyukuri segala nikmat yang kita ada.


Tempat kami 'bertugas'


Masing-masing kelihatan tekun menjalankan tugas.



"Apalah yang abang-abang nie tengah buat.."

Kawasan perumahan.


Melihatnya saja sudah dapat diteka tahap kepanasannya.


Dinasihatkan membawa payung.

2 comments:

  1. salam..
    wah..pengalaman yang menarik ya..
    cam sbjek community..
    bagi rawatan dan ambk taw history tentg thp kesihtan masyrkt..

    ReplyDelete
  2. Salam..
    subjek nie pun dipanggil community medicine..
    memang best la, sebab dapat tau cara hidup mereka..macam mana tahap kesihatan dan adakah mereka titikberatkan cara hidup yg sihat.. walau serba kekurangan, pelajaran tetap diutamakan..peace

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...