Membaca, menulis dan mengira - 3 kemahiran asas yang kita belajar sewaktu di sekolah dulu. Kita belajar mengira dalam subjek matematik yang sangat penting dalam kehidupan. Matematik yang juga disebut ilmu hisab begitu diminati ramai, walaupun ada yang kurang senang dengan subjek ini.
Saya sangat sukakan matematik. Bagi saya, nombor-nombor itu sesuatu yang unik dan setiap permasalahannya melatih kita berfikir out of the box, tanpa menjumudkan fikiran. Setiap satunya ada banyak cabang pengiraan, yang menjurus kepada jawapan yang satu.
Saya dapati, matematik ini seolah-olah mencerminkan kehidupan masyarakat Islam itu sendiri. Banyak cara atau method, satu pengakhiran atau jawapan akhir yang sama. Bagaimana ia berkait dengan agama ? Baik. Kita lihat sekarang wujud 4 mazhab yang diasaskan oleh 4 figura yang hebat-hebat. Setiap satunya punya fatwa tersendiri, yang mungkin berbeza antara satu sama lain. Wujud pula kelompok sunnah, dan tak kurang juga kumpulan tabligh. Tarikatnya juga banyak.
Walaupun wujud perselisihan pendapat sesama mereka, tujuan atau matlamat akhir tak lain tak bukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Kita lihat dan sedar bahawa terkadang kita mempersoalkan kenapa dan mengapa sesuatu hukum itu berubah-ubah. Namun, semuanya ada alasan dan hujah yang tersendiri. Semuanya menjurus kepada pengabdian diri kepada Yang Esa. Matlamat akhirnya sama. Sebab itulah saya kata matematik itu cerminan kepada hidup masyarakat Muslim itu sendiri.
Jadi, walaupun berbeza fahaman, perpaduan ummah itu sesuatu yang tak mustahil untuk direalisasikan. Kuncinya, masing-masing menurunkan ego dan bersedia untuk bersatu. Andai kita saling memaafkan, sudah pasti keamanan dunia dapat dicapai seterusnya Islam dapat dijadikan sebagai Ustaziyatul Alam.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
No comments:
Post a Comment