Manusia sememangnya perlukan agama dalam kehidupan. Ia merupakan salah satu fitrah, yang mesti wujud dalam diri. Manusia yang beragama akan mempunyai tujuan hidupnya dan tahu kenapa mereka diciptakan. Kehidupan beragama menjamin hidup yang harmoni. Bagi yang mempertikaikan kewujudan Tuhan, hidup mereka seolah-olah terumbang ambing, tanpa haluan hidup.
Kewujudan Tuhan boleh dirasai bila adanya sifat percaya. Kita percaya wujudnya sang Pencipta alam dan yakin segala tindak tanduk kita sentiasa diperhatikan.
Namun, bila Tuhan sudah mula hilang kepercayaan pada manusia, Dia menghantar sekumpulan malaikat untuk 'menghilangkan' manusia dari muka bumi ini. Inilah tema yang cuba dipaparkan dalam filem Legion. Pada mulanya, Tuhan yakin dengan penciptaan manusia, sifat kasih sayang dapat disemai dan diamalkan antara satu sama lain. Para malaikat sujud dengan ciptaan yang bernama manusia.
Namun, segalanya terus berubah disebabkan tujuan penciptaan itu tak seperti yang diharapkan. Pembunuhan, sikap berpuak-puak, tamak telah menyebabkan Tuhan kecewa, lalu bertindak mengarahkan para malaikat membunuh semua manusia di bumi, apa yang kita boleh katakan sebagai Apocalypse.
Tapi, ada seorang malaikat yang tak mahu ikut arahan yang diberikan, Michael. Dia percaya masih wujud manusia yang berkasih sayang, dan berharap golongan ini diberi peluang untuk hidup. Wujud perselisihan antara Michael dengan seorang lagi malaikat, iaitu Gabriel, yang terus-terusan mendesak Michael supaya taat dengan perintah yang diberikan. Digambarkan satu babak di mana Michael mengatakan manusia telah sesat, dan menjadi tugas malaikat untuk membimbing mereka. Sebaliknya, Gabriel tetap dengan pendiriannya untuk mematuhi perintah dari Tuhan itu.
Peluang untuk menyelamatkan legasi manusia masih ada. Dan ia terletak di tangan sekumpulan manusia di sebuah bar di tengah padang pasir.
Bagaimanakah caranya mereka meneruskan survival manusia di bumi ?
Berjayakah mereka ?
Kalau nak tahu, kenalah tengok cerita nie sampai habis. Nak cerita panjang sangat. Biarlah kalian tengok dan komen sendiri.
**************************************************************
Pertama sekali, hendak saya ingatkan bahawa cerita ini adalah salah satu kisah dalam versi agama Kristian. Kisah ini dimulakan dengan petikan salah satu ayat dari Bible, menggambarkan kemurkaan Tuhan.
Cerita ini juga menunjukkan bahawa golongan malaikat seolah-olah kumpulan yang kejam. Mereka merasuk manusia untuk melakukan kekejaman terhadap manusia yang lain. Sedangkan, dalam Islam, kita yakin bahawa malaikat yang diciptakan dari cahaya ( nur ) mempunyai tugas-tugas tersendiri dan tidak bernafsu, apatah lagi nafsu membunuh.
Ada juga digambarkan malaikat Gabriel dan Michael, menyerupai malaikat Jibrail dan Mikail dalam pemahaman agama kita. Siap bersayap lagi tu. Sememangnya, kita sudah sedia maklum akan trend mereka membuat filem yang berunsur ketuhanan ini. Tengok sajalah filem-filem terdahulu mereka seperti Bruce Almighty, di mana Tuhan digambarkan seperti manusia biasa.
Apa yang saya boleh simpulkan, tak salah kalau menonton cerita ini. Namun, jangan kita percaya dengan apa yang cuba disampaikan. Perlu diingat, jalan cerita dan watak malaikat yang ditunjukkan hanyalah imaginasi mereka sendiri, yakni golongan Kristian. Jangan terus percaya bulat-bulat tanpa kita selidik dahulu kebenarannya.
Saya kira, ada mesej penting dari filem ini. Kasih sayang sesama makhluk sangatlah perlu dititikberatkan dan diamalkan. Nilai bertolak ansur, hormat-menghormati perlu kita amalkan dalam masyarakat. Barulah keamanan dapat kita wujudkan. Sebaliknya, peperangan dan pertumpahan darah semakin berleluasa zaman ini. Nilai-nilai kemanusiaan semakin terhakis. Perpaduan sudah tak kelihatan.
Dengan adanya filem ini, sekurang-kurangnya kita boleh muhasabah diri kita, bagaimana kalau Allah murka dengan umat manusia lalu menghantar tenteranya untuk menghancurkan kita ? Belum tiba hari akhirat, Allah dah pun menghantar azabnya. Na'udzubillahi min dzalik...
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat nanti...insyaAllah..
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
oooo... like it
ReplyDeletebagus2..pakat2 tengok dan fikir ye...
ReplyDelete