Akhirnya autopsi selesai juga. Terasa lega la sikit. Setelah hampir 2 minggu kami 'didera' untuk tengok bagaimana para pakcik itu melakukan autopsi, giliran batch lain pula yang sambung legasi perjuangan ini. Semoga kalian berjaya laluinya dengan baik.
Autopsi akan dilakukan terhadap sesetengah kes sahaja. Contohnya kes bunuh diri, kes dibunuh dan kes kemalangan yang mana sebab kematiannya diragui. Autopsi dibuat untuk merungkai keraguan ini dan mengelakkan tanggapan buruk masyarakat. Semasa autopsi, akan ada seorang doktor yang akan memantau perjalanannya dan bertugas memberitahu sebab kematian mangsa. Kalau kematiannya adalah natural disebabkan penyakit contohnya, autopsi takkan dilakukan kerana sebab kematian sudah pun jelas.
Sebelum autopsi dilakukan, kenalah ada mayatnya. Beberapa persiapan harus dibuat. Sebelum tu, perlu ada penyaksian bertulis dari saksi yang melihat sesuatu kejadian itu. Kita panggil ia sebagai Panchanama. Kalau tak ada Panchanama, autopsi takkan dilakukan. Nak dapatkan Panchanama sangatlah memakan masa. Terkadang mayat sudah ada di bilik autopsi, sedia untuk 'dibedah'. Malangnya Pachanama belum ada, terpaksalah menunggu selama beberapa jam lagi. Ditambah pula dengan suasana panas, ia sangat menguji daya ketahanan dan kesabaran seseorang itu.
Yang uniknya di sini, bukan doktor yang lakukan autopsi, tapi pakcik-pakcik yang sudah berpengalaman luas dalam ilmu 'potong-memotong' mayat. Bertahun-tahun juga la pengalamannya. Tak terlawan dengan kami yang pengalamannya tak sampai setahun pun.
Maka, bermulalah sesi memotong. 3 cavity yang harus didedahkan.
1. Thoracic cavity.
2. Abdominal cavity.
3. Cranial cavity.
Pakcik itu melakukan kerjanya dengan begitu cekap sekali. Pantas pergerakan tangannya. Bagi sesetengah kes seperti kes mati terbakar, thoracic dan abdominal cavity pun dah memadai. Tak perlu melihat otaknya. Kalau kes kemalangan, perlu dilihat cranial cavity, kalau-kalau ada pembentukan darah beku di situ.
Kebanyakannya kes mati terbakar, samada bunuh diri atau dibunuh. Ada juga kes lemas dan kes keracunan alkohol. Kes kemalangan yang paling teruk keadaan mayatnya. Sangat menyedihkan. Bagi kes seperti keracunan alokohol, organ seperti perut dan kandungannya, hati, buah pinggang akan diambil dan diawet untuk dilakukan ujian di makmal.
Sebenarnya, bilik autopsi itu tak sebesar mana pun. Agak berhimpit di dalamnya, menambah lagi suasana panas yang sudah sedia ada. Ada antaranya yang cuma sekejap saja berada di dalamnya, pening mungkin. Kalau kurang tahan, boleh keluar mengambil angin di luar sana.
Sesungguhnya, kita manusia nie tak la hebat sangat pun. Sewaktu hidup mungkin kita boleh berbangga dengan apa yang kita ada. Namun ingatlah, saat nyawa sudah terpisah dari badan, jasad yang satu ini tiada gunanya lagi. Sehebat mana pun kita, selama mana pun kita hidup, kalau amalannya sedikit tiada gunanya. Adakah kita sudah sediakan bekalan yang secukupnya untuk menghadapi mahkamah Allah nanti ?
"Dan bawalah bekal, kerana sebaik-baik bekal adalah takwa."
- Al Baqarah : 197
Jangan ingat kita yang masih muda nie, umur masih panjang. Lambat lagi nak mati. Salah tu. Kematian tak mengira usia, muda atau tua. Sentiasalah kita ingat akan kematian supaya kita tahu dan sedar, dunia sekadar persinggahan. Kita hanya diberi pinjaman tubuh badan dan nikmat pancaindera untuk digunakan ke jalan yang diredhai-Nya.
Semasa autopsi, terdetik betapa lemahnya insan ini. Bila nyawa sudah tiada, manusia ibarat 'patung'. Apa saja boleh dilakukan terhadap jasad yang sudah tak bermaya. Ditarik, ditolak seolah-olah sudah tak berharga. Apabila dipahat tengkorak untuk dibuka ruang otak, rasa kesian dan sangat tersiksa mayat itu. Itulah kita manusia yang sangat kerdil di dunia ini.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
" Orang yang paling bijak ialah mereka yang selalu ingat akan kematian. "
Semoga hidup kita di dunia ini tak dilalaikan dengan segala macam kesenangan yang bersifat sementara. Ingatlah mati dengan menyiapkan bekalan amal yang secukupnya. Mudah-mudahan, kubur itu menjadi salah satu taman dari taman-taman syurga untuk kita.
Ilmu ibarat haiwan buruan. Andai kita tak mengikatnya, ia kan terlepas. Kita rugi. Namun, kalau kita bawa tali, kita ikat, ia takkan terlepas. Kita untung. Jadi, dalam menuntut ilmu, sediakan qalam(pena) supaya ilmu itu dapat 'diikat kemas' pada lembaran kertas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?
Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...
-
A true story. A lesson. A role model in our life. It never occurred in the imaginations of one of the Algerian mothers that when she contact...
-
Salam w.b.t. Apa khabar semua? Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Buat masa ini, saya s...
-
Salam w.b.t. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah walaupun ada ketikanya diri ini futur atau leka dengan ni...
salam.
ReplyDeletepost ini sgt menarik.seronok baca n ambil pengajaran.
best la kerja doctor ni.hari2 boleh muhasabah diri.
wslm...
ReplyDeleteterima kasih..sekadar berkongsi ilmu yang sikit nie..
sebenarnya, benda2 kat sekeliling kita pun banyak yang kita boleh ambil iktibar..cuma, samada kita nak fikir @ tak saja,,jadi, gunakanlah apa yang ada dalam kepala kita, yang dipanggil otak..