Salam w.b.t.
Salah seorang 'ulama yang saya suka untuk
mengikuti kuliahnya ialah Ustaz Zainul Asri Bin Hj. Romli. Beliau merupakan
Mudir Darul Hadis Alor Setar yang begitu gigih memberikan pemahaman mengenai hadis-hadis Rasulullah s.a.w. melalui kuliah dan ceramah serta berusaha menghidupkan kembali sunnah
yang Baginda tinggalkan kepada kita umatnya.
Tutur katanya yang lembut dan berhikmah
saat berbicara, menarik minat sesiapa sahaja untuk mendengar kuliahnya serta
menghadam segala isi yang cuba disampaikan. Terkadang diselitkan dengan situasi yang berunsur jenaka, yang mungkin pelik bagi masyarakat kita kerana ia tidak pernah dilakukan namun sah dari segi syarak.
Beliau sudah saya anggap seperti guru
saya, walaupun saya bukan anak muridnya yang formal. Namun cukuplah segala ilmu
yang dicurahkan sama ada melalui kuliah yang dihadiri oleh saya atau yang
dimuat turun daripada internet menjadi bukti beliau salah seorang pendidik dalam
kehidupan saya.
Kali ini ingin saya kongsikan salah satu kuliah Ustaz
Zainul Asri mengenai perwatakan Nabi kita dalam kehidupan seharian Baginda.
Apa yang Nabi suka pakai? Bagaimana
perlakuan Baginda bersama para sahabat ketika berurusan dengan mereka sehingga menjadi teladan kepada masyarakat ketika itu.
Memandangkan internet yang super slow, maka saya cuma letakkan link di sini supaya kita sama-sama dapat menghayati kesempurnaan akhlak cerminan Al-Quran yang ditunjukkan oleh Baginda.
Alangkah indahnya jika kita juga
mencontohi segala yang Baginda ajarkan kepada kita kerana di sana ada hikmah
dan ganjaran yang menanti sesiapa yang memelihara sunnah-sunnah tersebut.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment