Kata seorang ulama, mencuci hati itu perlu dilakukan sepanjang masa dan perlu berterusan. Ia bukannya seperti mencuci pakaian yang kotor, yang jika dilakukan pada waktu pagi, ia tidak diulang pada waktu petang dan begitu sebaliknya.
'Hati' yang bersih akan menzahirkan perbuatan yang baik dan dipandang mulia. Hati itu ibarat raja, manakala anggota badan umpama hulubalang istana yang setia menurut perintah sang raja.
Terkadang diri ini juga pernah hanyut dalam keseronokan duniawi yang sementara. Melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ada dalam diari hidup seorang Muslim yang beriman dengan Hari Pembalasan.
Mengaku Allah Maha Melihat, namun terus-terusan bergelumang dalam maksiat yang menjanjikan keseronokan yang palsu semata-mata.
Menyalahgunakan nikmat pancaindera yang Dia berikan secara percuma. Mata masih melihat perkara-perkara yang haram dilihat, telinga masih mendengar sesuatu yang melalaikan, lidah petah mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati manusia lainnya.
Mungkinkah hati ini sudah terlalu pekat dengan dosa? Sehingga ia berubah warna, dan menjadi hijab kepada memori jangka masa panjang (long-term memory).
Ahh, di manakah silapnya?
Semoga aku masih sempat bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kerana esok belum tentu aku akan dapat menghirup nikmat udara di dunia ini seperti yang sedang dinikmati hari ini.
Wahai yang membolak-balikkan hati, tunjukkan 'hati' yang satu ini kebenaran yang hakiki untuk menggapai keredhaan sebagai hamba-Mu...
p/s : aku sekarang, jadilah seperti aku yang dahulu...
Assalamua'laikum wrt wbt...
ReplyDeleteAdakah harus sentiasa bermusafir, berkelana, merantau & dihinggap mehnah & ujian baru diri sentiasa beringat & beramal? Bila senang & duduk dalma zon selesa selalu alpa. Bagaimanakah ubatnya? Mohon pandangan.
Waalaikumussalam w.b.t.
ReplyDeleteSetiap orang ujiannya berbeza-beza. Ujian ini bukan setakat perkara yang buruk saja, kadang-kadang nikmat itu pun ujian..dapat apa yang kita idamkan pun boleh jadi salah satu bentuk ujian. Kalau selalu duduk dalam zon selesa, mungkin kena keluar dari zon itu supaya kita sentiasa beringat, sebabnya, hidup ini sesuatu yang susah untuk diramalkan. Kalau bermusafir atau hidup bersederhana itu mengeluarkan kita dari zon selesa, maka mungkin itu salah satu solusinya..
wallahua'laam..sekadar pendapat yang masih ada kekurangannya..