Salam w.b.t.
Sejak 3,4 hari lepas, bumi Karad sudah mula dilanda musim sejuk yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan warganya. Mungkin. Namun ianya tidak boleh dibandingkan dengan musim salju di Rusia yang sangat-sangat menguji kemampuan mental dan fizikal mahupun spiritual.
Berada di koridor hostel sahaja sudah terasa kesejukan yang amat, inikan pula apabila keluar dari hostel untuk membeli barang. Senang cerita, kalau tak ada baju sejuk, jalanan yang luas di luar sana jangan berani untuk diduga.
Sesejuk mana pun negeri, kawasan atau tempat itu, ujian itu hanyalah sedikit berbanding insan-insan lain. Terkini, tahun baru Islam dikejutkan dengan siri serangan yang dilancarkan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin. Jumlah yang terkorban bukan sedikit dan turut melibatkan kanak-kanak dan wanita.
Kenapakah mereka tiba-tiba melancarkan serangan tersebut?
Saya harap ramai antara kita yang sedar mengenai isu Palestin yang sudah wujud sejak tanah Palestin dirampas pada tahun 1948. Kalau ada yang masih samar-samar, sila buka minda anda dan baca rentetan peristiwa yang berlaku di sana. Ingat, mereka juga saudara seagama kita.
Kalau anda perasan, salah seorang pemimpin Islam yang terkenal juga pernah dihukum gantung oleh tentera Amerika setelah mereka menemui di mana beliau bersembunyi. Bila ia berlaku? Pada ketika umat Islam sedang merayakan hari raya korban atau Hari Raya Aidiladha.
Kali ini, mereka melakukannya pada permulaan tahun baru Hijrah. Kebetulan, atau memang ia dalam perancangan sejak awal lagi. Mengenai pemimpin yang terkorban itu, kesahihan berita agak diragui kerana faham-fahamlah bagaimana peranan media itu sangat mudah untuk diperalatkan bagi kepentingan sendiri.
Menurut seorang jurucakap tentera Israel, mereka menyerang Gaza sebagai tindakbalas untuk melindungi penduduk Israel. Mereka menyalahkan Hamas atas serangan balas tersebut yang dikatakan memulakan serangan terhadap Israel terlebih dahulu. Katanya lagi, serangan dilakukan untuk melumpuhkan aktiviti keganasan oleh Hamas.
Sila klik di sini untuk melihat video tersebut, dan buatlah penilaian anda sendiri.
Dalam isu Palestin ini, saya begitu kagum dengan reaksi oleh Perdana Menteri Palestin apabila beliau terang-terangan mengatakan Israel sebagai negara pengganas. Dalam video di bawah, anda boleh saksikan bagaimana beliau mengutuk serangan oleh tentera Israel ketika Forum Ekonomi Dunia sebelum ini.
Action speaks louder than words. Kalau hendak mengutuk sahaja, tidak berguna kalau tiada tindakan yang boleh dilihat. Mengutuk ini, semua orang boleh buat. Hatta dalam kehidupan kita pun, ia seperti isi dengan kuku.
Jadi, kita semua, pelajar, pekerja atau sesiapa pun, perlu ada suatu tindakan atau perbuatan untuk menunjukkan sikap prihatin terhadap rakyat Palestin. Sekecil manapun ia, pasti akan dipandang oleh Allah S.W.T.
Semoga saudara kita di sana diberikan ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan hidup mereka. Ingat sekali lagi, mereka juga saudara kita!
No comments:
Post a Comment