Dalam dunia belajar, kena jadi seorang yang proaktif bukannya propasif.
Proaktif?? Bendalah apa tu ha??
Proaktif tu maksudnya, buat sesuatu sebelum disuruh cikgu @ pensyarah. Orang tak suruh buat lagi, kita dah start buat.
Contohnya, cikgu suruh baca bab 1 kitab sejarah. Mereka yang proaktif akan ambil inisiatif sendiri untuk baca 4 ke 5 bab tanpa perlu tunggu arahan dari cikgu. Silap-silap habis satu buku dibacanya dari kulit ke kulit. Bila cikgu ajar bab 2 dan seterusnya, mereka lebih cepat ingat sebab dah pernah baca sebelum tu.
Macam mana? Menarik tak idea nie?
Masa tu ada sebenarnya, cuma kenalah pandai organize baik-baik.
Selamat mencuba!
Assalamua'laikum...
ReplyDeleteDr. Stephen R. Covey dalam buku best sellernya, "7 Habits of Highly Effective People" meletakkan proaktif sebagai habit nombor 1.
Ada seorang ustaz pernah menyebut, orang Islam sewajarnya memiliki sikap proaktif. Beliau mengaitkannya dengan kerja dakwah. Ada 2 pandangan yang beliau sebutkan tentang dakwah (tak ingat ulama' mana yang nyatakan):
1. Fardhu A'in bagi negara yang belum tertegak Islam dan fardhu Kifayah bagi negara yang sudah menzahirkan Islam.
2. Fardhu A'in bagi setiap muslim.
Nak kaitkan dengan proaktif, seorang Muslim sewajarnya proaktif untuk menyebarkan dakwah di mana saja dia berada. Amar ma'ruf nahi mungkar BUKAN PILIHAN BAHKAN TUNTUTAN. Perlu ada sikap proaktif untuk tegar dan istiqamah dalam kerja dakwah dan meletakkan agama Allah di tempat yang tertinggi.
Sekadar perkongsian. Wallahua'lam.
p/s: Suka wajah baru blog ini. Penukilnya juga istiqamah dan prolifik menulis tinta-tinta Islami. Alhamdulillah. Syabas dan teruskan menulis! ^_^
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteTerima kasih. Harap dengan muka baru nie kurang sikit la ke muka buku..hehe
Apa yang Dr. Stephen tulis tu memang patut setiap dari kita amalkan. Usaha nak didik masyarakat nie satu proses yang berterusan. Satu tuntutan macam yg akak kata tu. Biarlah usahanya sikit namun istiqamah. Itu lebih baik.