Salam w.b.t.
Waktu petang merupakan masa yang agak susah untuk study subjek yang perlukan pembacaan, terutamanya sejarah. Saya rasa anda tau sebabnya kenapa. Kalau yang study kat kolej, mesti akan ada secawan kopi atau nescafe atau apa saja sebagai peneman di kala ketensenan waktu study.
Bagi yang tinggal kat asrama, selalunya makcik @ pakcik dewan makan akan sediakan minum petang atau dalam bahasa mat salehnya, TEA. Biasanya budak-budak asrama nie dapat merasa setakat teh 'O' saja. Kalau order di kedai mungkin bole dapat teh tarik yang special siap dengan buih seinci setengah lagi.
Suatu masa dahulu teh tarik pernah melalui masa-masa duka apabila ia dikatakan sebagai punca kepada terjadinya kanser. Para peminat tegar teh tarik seakan tersentak dengan berita tersebut (termasuk saya). Namun episod duka teh tarik telah berlalu dan kini ia kembali menjadi pilihan masyarakat. Perlu diingatkan, tabiat suka minum teh tarik ini kena kawal sebab risiko untuk mendapat kencing manis tetap ada.
Kalau di sini, di Karad ini, Tea tidak merujuk kepada minum petang sahaja bahkan ia tiada had masa. Bila-bila masa dan di mana saja pasti akan ditemukan teh panas. Kalau anda inginkan secawan teh, anda kena cakap, "Chay chahiye..." Chay merujuk kepada teh dalam bahasa Hindi.
Teh di sini sememangnya agak sedap berbanding di tempat kita. Mereka menggunakan susu lembu asli untuk membuatnya berbanding penggunaan susu tin di tempat kita. Semestinya susu itu perlu dipasteur terlebih dahulu untuk mengelakkan keracunan. Oleh sebab sumbernya asli, rasanya sedap juga dan tidak terlalu manis. Paling penting ia lebih selamat untuk diminum.
Susu-susu lembu di sini dijual dalam bentuk pek-pek plastik kecil. Ia boleh digunakan terus setelah dibeli. Ada juga yang dijual dalam kotak dan ditambah pengawet di dalamnya.
Bilangan lembu yang banyak memungkinkan bekalan susu lembu asli sentiasa ada. Memang ada beza dari segi rasa antara teh yang dibancuh dengan susu dalam tin dan teh yang dibuat dengan susu lembu asli.
Itulah salah satu keunikan yang ada di sini. Teh atau chay sudah begitu sinonim dengan bumi India ini. Pergi mana-mana pun tak sah kalau tak ada chay. Kalau berpeluang datang ke sini, jangan lupa cuba segelas chay mereka. Pasti anda akan teringat sampai bila-bila. (",)
manis je~~~lagi tinggi risiko diabetes~
ReplyDeleteada sesetengah tempat manis, yang kurang manis pun ada ja..kalau dah manis tu kena la kurangkan minum..
ReplyDeletemanis yg sumbernya asli, dengan manis yg guna bahan kimia, mana satu ya rasanya yang nak pilih?
Xnk dua2..
ReplyDeleteXnk dua2..
ReplyDeleteLagi selamat kalau macam tu..cegah sebelum berubat.. =)
ReplyDelete