Saturday, February 18, 2012

Dunia Ana Yang Punya La....


Salam w.b.t.

"Dunia dan akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadukan. Apabila engkau senang dengan salah satu daripadanya, akan marahlah yang lagi satu."

- Saidina Ali bin Abi Talib -

video


Kejar dunia, belum tentu dapat akhirat. Kalau kejar akhirat, insyaAllah dunia pun akan dapat juga.

Seorang Muslim yang berpangkat profesor, kalau baca Al-Quran pun masih merangkak lagi, apalah gunanya.

Seorang Muslim yang skor straight A dalam PMR, tapi bacaannya masih di takuk Iqra' 2, sia-sia.

Tapi,

Seorang peniaga pasar malam yang sentiasa istiqamah solat jemaahnya, alangkah beruntungnya dia.

Seorang pekebun yang sentiasa berusaha mendalami ilmu agama, alangkah tenang hidupnya meskipun kehidupannya sederhana.

2 comments:

  1. "alangkah tenang hidupnya meskipun kehidupannya sederhana."


    tersentuh dgn post ini.

    ReplyDelete
  2. Post ini, 'tulang belakangnya' adalah daripada video Ustaz Don tu sendiri.

    Pertama kali dengar video nie, rasa sebak juga. Pilihan ada di tangan kita. Buatlah pilihan yang betul.

    ReplyDelete

Jururawat, oncall & postcall

Salam w.b.t. Selamat Hari Jururawat saya ucapkan buat semua akak-akak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menolong doktor da...