Salam w.b.t.
Syukur Alhamdulillah, dengan izin dari Allah, tamatlah sudah fasa praktikal (internship) pada Isnin yang lepas. Tempoh masa setahun itu dirasakan begitu cepat berlalu meninggalkan kita semua. Banyak kenangan pahit manis sepanjang tempoh itu yang telah saya lalui.
Saya sendiri selalu berfikir mengenai apa yang telah saya lakukan sepanjang tempoh setahun ini. Banyak kerjanya, atau banyak masa rehatnya.
Adakah saya telah memanfaatkan setiap ruang masa yang ada untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini?
Adakah semangat untuk bekerja dan berbakti itu sentiasa bertambah sepanjang tahun, atau ia kekal flat ibarat garisan lurus ECG pesakit yang sudah meninggal dunia.
Adakah semangat yang berkobar-kobar semasa posting pertama dahulu, masih saya rasakan sehingga posting yang terakhir?
Adakah selepas ini, saya boleh berdikari apabila datang seorang pesakit diabetes atau pesakit darah tinggi yang inginkan nasihat daripada saya?
Itulah yang kembali bermain di fikiran setelah habisnya internship di sini.
Pernah suatu ketika, seorang senior kami di Jabatan Obstetrik & Ginekologi mengatakan bahawa "it's a shame for u guys if u don't know how to give injections. The internship is almost over for u all.." huhu
Kata-katanya masih saya ingat sampai sekarang. Ya benar, apabila sudah habis belajar, kita merasakan nikmatnya hidup dan ingin rehat seketika mungkin. Namun, apabila kita mula menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang kerjanya deal dengan nyawa orang lain, maka kita perlu ambil serius mengenainya. Setiap kerjaya yang berbeza ada responsibilitinya masing-masing.
Setelah kita bekerja, kita kena pastikan kita betul-betul bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan itu. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, bak kata orang kita.
Sewaktu saya masih seorang interns dahulu (dan masih lagi belajar sampai sekarang), saya selalu berdoa supaya Allah pelihara kesihatan saya supaya dapat saya berikan khidmat yang terbaik kepada pesakit di sini. Kadang-kadang tu, ada la juga perasaan malas bertandang dalam diri yang serba kurang ini. Namun saya sentiasa harap saya dapat tolong para pesakit meringankan beban yang mereka sedang tanggung.
Salah satu cara, adalah dengan berkomunikasi dengan mereka sendiri. Biarlah cakap broken sekali pun, sembang-sembang yang sedikit itu walau sekadar bertanya khabar, mungkin dapat meringankan beban mereka yang sedang diuji. Selalunya pesakit pasti tidak akan melupakan doktor yang merawat mereka andai mereka terserempak dengan kita di mana-mana.
Suatu masa dulu, semasa saya bertugas di Jabatan Perubatan, ada seorang pesakit lelaki ini dalam 20-an umurnya kalau tak silap saya, menghidap kencing manis. Paras gula dalam darahnya agak tinggi juga, dan dia mempunyai masalah pundi kencing di mana ia tidak dapat berfungsi untuk mengeluarkan urine (atonic bladder).
Untuk
mengatasi masalah tersebut, satu tiub kencing (Foley's catheter) harus
dimasukkan untuk mengeluarkan urine yang berkumpul dalam pundi
kencingnya. Itu merupakan hari pertama saya di jabatan tersebut dan saya diajar
bagaimana untuk memasukkan tiub tersebut. Itulah prosedur ringkas pertama yang
saya belajar. Walaupun ia nampak mudah, ia tetap perlukan latihan dan keyakinan
untuk melakukannya.
Beberapa
hari selepas itu, saya lihat pesakit yang sama sedang berkemas untuk keluar
dari wad. Mungkin keadaannya sudah semakin stabil. Dia pun memanggil saya,
“Doktor,
doktor. Nak nombor telefon..”
Pintanya dengan penuh harapan, sambil menghulurkan sebuah buku nota kecil kepada saya.
Saya ambil dan tuliskan nombor sebagaimana yang diminta olehnya. Saya juga
menasihatkannya supaya mengambil ubat mengikut waktunya. Dia cuma mengangguk
dan tersenyum lebar, tidak menampakkan sebarang riak kesakitan yang pernah
ditanggungnya sebelum ini.
Terdetik
dalam diri, bagaimanakah nasibnya sekarang. Apakah dia sudah semakin sihat atau
sebaliknya. Hanya Tuhan yang tahu. Semoga dia semakin sembuh seperti biasa...
Banyak
lagi cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Setiap satu daripadanya, manis
mahu pun pahit akan menjadi bekal untuk saya pada masa hadapan.
Daripada
perasaan yang berdebar-debar ketika mengambil darah bayi sampai berpeluh tangan
(hahaha), sampailah sedikit konfiden untuk mengambil darah orang dewasa,
pengalaman itu semua akan saya kenang sampai bila-bila.
Sekurang-kurangnya,
kalau orang tanya, saya boleh la katakan yang saya pernah buat beberapa
prosedur yang mudah. Paling tidak pun, saya boleh katakan yang saya pernah
tengok beberapa kali sampai berpinar-pinar kepala jadinya. (ini hiperbola..)
Salah
seorang pensyarah subjek FMT (Forensic Medicine & Toxicology) saya, Dr.
Usgaonkar pernah memberikan nasihat kepada saya sebelum saya mula berpraktikal
di sini. Katanya,
“Mal,
hang ambik peluang waktu internship nie belajaq macam2. Apa2 kerja atau
prosedur yang ada, hang buat ja. Bagi biasa n cekap... Baru la ada pengalaman
bro..”
Ok,
lebih kurang macam tu la, kecuali part bro tu...hehe
Waktu tu punya la semangat nak belajar
macam-macam. Bukan apa, kawan-kawan semua dah mula praktikal lagi awal dari
saya. Mana boleh kalah kan..haha
“What
do you want to learn here?” Tanya seorang senior kepada saya sewaktu hari
pertama di Jabatan Perubatan.
“I
want to learn about the procedures...”
Itulah
serba sedikit apa yang saya dapat setelah habis kontrak kerja di sini. Semoga
ia boleh menjadi pengajaran kepada kita semua. Semoga adik-adik junior KIMS
yang baca celotehku ini (kalau ada la), dapat jadi lebih baik daripada saya.
Ok
la, setakat ini dulu. Terima kasih sebab sudi baca sampai habis..
Ciao!
Wassalam.... (",)