Thursday, July 19, 2012

Nasihat Habib Ali


Salam w.b.t.

Allah itu Maha Pengampun dan sedia mengampunkan dosa hamba-hambaNya sekalipun manusia kerap ingkar dengan suruhannya.

Nafsu itu, sentiasa mengajak manusia melakukan pelbagai perkara jahiliah yang nampak seronok dan melekakan sehingga ibadah kepadaNya dipandang ringan dan membebankan.

Salah satu cara untuk ke syurga adalah dengan tidak melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu, melawan kehendak nafsu yang meronta-ronta inginkan kebebasan dan keseronokan semata-mata.

Sungguh, syaitan yang terhijab dari pandangan itu begitu gigih berusaha menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan ke jurang neraka. Maka kita harus melipatgandakan usaha untuk berusaha melorongkan diri ke jalan yang benar, yang membawa kita ke syurgaNya yang cukup indah.

Caranya, bermujahadah meninggalkan maksiat dan meningkatkan ibadah.

Menulis, mengucapkannya kelihatan sungguh mudah. Namun untuk melaksanakannya memerlukan komitmen yang tinggi dan usaha yang berterusan. Niat perlu diluruskan semata-mata keranaNya, bukan sebab orang-orang tertentu, bukan sebab hendakkan perhatian. Ia harus terbit secara ikhlas dari lubuk hati supaya perbuatan yang terhasil juga ikhlas dengan mengharapkan keredhaanNya.

Ingin saya kongsikan satu video buat tatapan semua, terutamanya kita remaja yang berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya nikmat berada dalam zon penuh keselesaan dan kesenangan dunia.

Dengarkan mutiara nasihat oleh Habib Ali Al-Jufri kepada remaja yang sangat berguna.


ps : video ini merupakan perkongsian dari seorang sahabat.
pss : Ramadan semakin menghampiri. Sungguh rindu diri ini untuk bertemu dengannya...

No comments:

Post a Comment

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...