Saturday, July 14, 2012

Shalom!


Salam w.b.t.

Mengikut Concise English Dictionary & Thesaurus :


Hebrew bermaksud The Semitic language of the Hebrews, in its ancient or modern form. 
Semitic pula merujuk kepada Afro-Asiatic subfamily of languages that includes Hebrew, Arabic and Aramaic and certain ancient languages such as Phoenician and Akkadian.

Jadi wujud persamaan antara bahasa Hebrew dan bahasa Arab dari 3 segi disebabkan ia berada dalam kelompok yang sama.

1. Sebutan huruf.
Sebutan huruf dalam bahasa Arab dan bahasa Hebrew hampir serupa. Cuma simbolnya yang mempunyai perbezaan. Contoh :

Hebrew                                                                          Arab
Aleph                                                                              Alif
Beyt                                                                                 Ba
Mem                                                                               Mim
Lamed                                                                            Lam
Ayin                                                                                'Ain

2. Bunyi huruf.
Untuk membunyikan huruf dalam Hebrew, ia memerlukan titik (.), sempang (-) atau huruf T kecil (T). Simbol-simbol ini diletakkan sama ada di atas atau di bawah huruf. Misalnya :

שׂ (left dot) - dibaca sebagai 'sin'.
שׁ (right dot) - dibaca sebagai 'shin'

Bahasa Arab pula memerlukan baris supaya maksud yang ingin disampaikan difahami oleh pembaca. (kitab-kitab Arab lama kebanyakannya tidak mempunyai baris)

3. Cara bacaan.
Bahasa Hebrew dan Arab dibaca dari kanan ke kiri, tidak seperti bahasa Melayu, Inggeris, Hindi dan sebagainya.

Contoh perkataan Hebrew :

1. Shalom - hello.
2. Mah shlomkha? - apa khabar?
3. Ani beseder, todah. - Saya sihat, terima kasih.
4. Ve at(L)/atta(P)? - dan kamu?
5.  Slikha - maafkan saya. (excuse me)
6. Boker tov - Selamat pagi.
7. Erev tov - Selamat petang.

p/s : Sentimen Anti-Semitik seperti yang dilaungkan oleh golongan Zionis sepatutnya bukanlah melambangkan anti-Yahudi semata-mata. Buktinya, lihat sendiri apa maksud semitik.


2 comments:

  1. Assalamua'laikum,

    Perkongsian yang menarik! Rumpun Semitik ini pernah beberapa kali dibincangkan dengan seorang pensyarah bahasa Arab di pusat pengajian saya. Menurutnya, bahasa Semitik ini mempunyai persamaan dari segi cara penulisan - ditulis dari kanan ke kiri. Dalam banyak2 bahasa dalam rumpun ini, bahasa Arab dan Ibrani (Hebrew)paling bertahan mengharung zaman manakala kebanyakannya sudah mati - dipercayai kerana kedua2 bahasa ini berkait rapat dengan agama (msg2 Islam & Judaism) & menjadi bhsa pengantar kpd kitab agama berkenaan. Semasa mengendalikan tutorial dulu, ada seorang pelajar membentangkan isu kepupusan bahasa. Jika agama menjadi punca utama kelestarian sesuatu bahasa, berbeza pula hal yang berlaku kepada bahasa Latin & Sanskrit (yg dulunya sinonim sbg bahasa purba bagi agama Kristian & Hindu). Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  2. Kak jawahir > Wa'alaikumussalam.. ya bahasa ibrani dan arab, masih digunakan disebabkan kaitannya dgn agama, macam yang dinyatakan tu..agak kesian juga dgn nasib bahasa latin dan sanskrit, yang rasanya usia bahasa tu menjangkau ribuan tahun juga..ia tak digunakan secara meluas, tapi masih ada sesetengah perkataannya yang masih digunapakai..

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...