Sunday, July 22, 2012

Sejemput Janggut Setalam Senyuman



Salam w.b.t.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, saya berselisih dengan Dr. Usgaonkar, pensyarah subjek Forensic Medicine & Toxicology (FMT) sewaktu Tahun 2 dahulu. Sejurus melihat kelibat saya, beliau lantas bertanyakan sesuatu,

"Mohammad, what's this??" tanya beliau sambil tangannya memegang bahagian dagunya berulang-ulang kali. Tahulah saya apa maksud pertanyaannya itu setelah gaya itu ditunjukkan oleh beliau sambil tesenyum.

"How are you sir?" tanya saya tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan itu.

"I'm fine. That's nice. Keep it..keep it..", katanya seraya berlalu meninggalkan saya dengan senyuman yang menyenangkan jiwa ini.

"Thank you sir!"

Rupanya ada juga orang bukan Islam yang memandang sunnah Nabi ini sesuatu yang baik untuk diamalkan. Saya tidak pasti apa sebabnya beliau berkata demikian. Mungkin beliau sedikit terkejut dengan penampilan tersebut kerana jarang juga kami bertemu disebabkan tahun ini kebanyakan masa berada di wad sahaja. Kadang-kadang sahaja ke bangunan kolej sekiranya ada lecture yang boleh dibilang dengan jari dalam seminggu.

Dr. Usgaonkar sudah saya anggap seperti ayah sendiri, mungkin disebabkan faktor umurnya yang sebaya dengan ayah dan sikap ambil berat beliau terhadap kami.

Kebanyakan penduduk Muslim di sini merupakan golongan tabligh yang begitu komited dengan cara dakwah mereka. Sekalipun ada yang kurang menyenangi usaha mereka, kesungguhan mereka itu sudah tentu ada ganjaran dari Allah. Dari segi zahirnya, mereka berjambang lebat dan ada juga yang sekadar menyimpan janggut sebagai usaha mengikuti sunnah yang telah Baginda Rasul tinggalkan kepada kita.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai amalan sunnah ini, apa kata kita sama-sama tonton video di bawah ini supaya kelak tiada alasan yang diberi untuk kita tidak memelihara sunnah yang satu ini. =)




2 comments:

  1. Selamat berkenalan, student dari India eh? Saya pelajar Medic dari Egypt ^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan..yup kat India..
    Syukran jazilan sebab sudi melawat blog nie..
    Selamat berkenalan dan semoga kita sama-sama boleh menyumbang sesuatu di alam maya ini.. (",)

    ReplyDelete

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...