Friday, December 17, 2010

Can you promise of the evening ?

If you can't promise of the evening, how can you promise of tomorrow ?

How can you promise of the day, the month or the year ?

Can you promise of living till the day of 'Asyura (10 Muharram) this year, during 1st Muharram before this ?

God is the only one who can make the promise, and He never break His promise...

What about you yourselves ? Have you all think about it ?

Thursday, December 16, 2010

'Hypothermia' di pagi hari

Dan sekarang musimnya musim sejuk. Musim yang dinantikan setelah sekian lama oleh kami.

Awal paginya sangat sejuk dek angin yang bertiup. Kalau ke kelas pagi kenalah pakai kemeja lengan panjang.

Disebabkan exam waktu pagi seawal 8.30 pagi, kami terpaksa meredah kesejukan pagi itu untuk ke makmal praktikal. Walaupun persekitarannya sejuk, homeostasis dalam badan berjaya mengekalkan suhu badan pada paras yang normal. Mungkin berlaku pengecutan salur darah untuk mengelakkan haba keluar dari badan dan berdirinya bulu roma yang bertindak sebagai penebat haba.

Dan waktu-waktu macam ini memang masyuk kalau 'pekena' kopi panas atau teh panas. Ditambah dengan cekodok yang bisa menaikkan semangat pada pagi hari yang sejuk itu.

Perjuangan harus diteruskan. Jangan biarkan persekitaran mempengaruhi kita, sebaliknya kita ubah persekitaran supaya ia bermanfaat bagi kita.

Itulah peranan kita dalam usaha memilih mana yang baik untuk diamalkan. Kerana kitalah nakhoda kepada perjalanan hidup ini. Jadi, ilmu itu mesti ada sebagai panduan hidup.

P/s : Tapi kat sini tak boleh lawan yang kat Europe ngan Russia. Musim sejuk di sana lagilah extreme. Overproduction of the snow...

Sunday, November 28, 2010

Kala Ujian Datang

Salam 'alaik...

Exam...peperiksaan...ujian...

Sesuatu yang mesti ada dalam kamus hidup seorang pelajar. Menjelangnya musim peperiksaan, segalanya berubah. Yang tak pernah baca buku pun kena selak buku. Perpustakaan seolah-olah rumah kedua mereka. Semuanya risau dengan fenomena exam ini.

Bak kata pengetua saya, exam ibarat medan perang. Kenalah buat persiapan yang rapi. Persediaan kena cukup untuk melawan 'musuh-musuh di atas kertas'.

Dan pelajar SPM sedang berjuang pada ketika ini. Baru seminggu SPM bermula.

Minggu ini juga akan saya hadapi final exam 2nd Year MBBS, Pharmacology subjek pertama. Pada hari yang sama, sahabat saya di Rusia, Wan Ezzrul akan hadapi ujian juga, iaitu pembedahan tulang. Semoga Tuhan mudahkan urusannya.

Semoga Allah melapangkan hati kita yang sedang dan akan mengambil peperiksaan, dan semoga kita boleh menjawab dengan tenang. InsyaAllah...

Allaahumma yassir walaa tu'assir...

Friday, November 19, 2010

Dua Gergasi Besar Asia Bakal Berentap..Mantap.

2 kuasa besar dalam arena sepaktakraw bakal bertemu di final....

Separuh akhir pertama menyaksikan Thailand mengalahkan Jepun dengan mudahnya dalam masa kurang daripada 2 jam. Mata yang dipungut agak jauh berbeza.

Malaysia pun tak kurang hebatnya. Setelah berhempas pulas, Korea berjaya ditumbangkan walaupun terpaksa bermain sehingga tie-break. Tahniah team Malaysia.

Sekali lagi Malaysia bertemu Thailand di final, ulangan final Sukan Asia Doha 2006. Mungkinkah kali ini regu Malaysia berjaya mencatat kejayaan dan menambah pungutan pingat emas ? Siapa tahu sejarah baru bakal tercipta.

Dan semoga regu Malaysia berjaya dalam misi memburu kemenangan pada perlawanan hari ini (20 Nov 2010).

Saya yakin kita masih ada peluang untuk menebus kekalahan lalu.

p/s : kalau balik rumah, boleh tengok live ngan adik-adik..mesti lagi best...hu3



Kiri : Suebsak Phunsueb (tekong), Kanan : Pornchai Kaokaew (apit kanan/killer)


VS



Regu emas Sukan Sea 2005.
Dari kiri : Zulkarnain Arif, Normanizam Ahmad dan Futra Ghani.

Akhirnya...

Friday, November 12, 2010

Where's Your Hijab My Sis ?

A very nice song, performed by a group of cute singers. (",)

Such a good performance.

Let's hear it first, and I'm sure you'll enjoy it.


Hisab Diri

Kita masih lagi bernyawa

Sedang diri banyak berdosa

Amal ibadah semakin berkurangan

Kita leka dengan dunia

Kita sangka, esok masih ada

Sungguh kita sudah tertipu

Berapa banyak kemungkaran yang dilakukan

Tetapi Dia masih memberi kita nyawa

Dia masih memberi kita peluang

Sungguh Dia Maha Pemurah

Jadi sahabatku

Marilah kita muhasabah diri

Sebelum kita lena dibuai mimpi

Apakah hari ini sudah banyak ma'ruf yang dibuat

Atau sebaliknya yang berlaku

Siapa tahu

Tidur hari ini adalah yang selama-lamanya

Tiada lagi nyawa keesokan hari

Tiada lagi esok untuk kita


Tuesday, November 9, 2010

Bulan Islam Terakhir

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Tiada sesuatu hari yang mana oraang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupoun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).


Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.

Marilah kita melakukan ibadah puasa demi mendapat keredhaan-Nya...


Sunday, November 7, 2010

Langit Semakin Kelam

Bajet 2011 telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri kita. Salah satu perancangan yang nak dilaksanakan adalah pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat. Ianya membabitkan kos RM5 bilion dan dijadualkan siap pada tahun 2020.

Satu lagi bangunan yang bakal menjadi mercu tanda bagi Malaysia selain Menara Berkembar Petronas. Boleh juga kita katakan ia sebagai bangunan pencakar langit yang bakal membawa imej baru negara kepada pelancong luar. Mungkin juga.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Maulana 'Imran Hosein dalam salah satu syarahannya, ketika First International Islamic Retreat,

"One of the Signs of The Last Hours is, when you'll find people competing in the construction of tall and large building. You'll be blinded by those construction, you'll not recognize it. "

Kita sedia maklum akan tanda-tanda akhir zaman yang kian banyak dalam kehidupan ini. Salah satunya, pembinaan bangunan pencakar langit. Masing-masing berlumba untuk membangunkan bangunan yang tinggi dan tersergam indah semata-mata untuk menunjukkan kemajuan negara. Yang kaya akan semakin kaya dengan perancangan untuk menggunakan hartanya ke jalan yang tidak sepatutnya.

Kata beliau lagi,

"They measure progress on the basis of height, not based on the character, integrity or faith or beauty of personality."

Kemajuan itu diukur dengan sifat fizikal semata. Bukannya ia dilihat berdasarkan keimanan dan kecantikan budi pekerti. Padahal, sifat lahiriah itu tak semestinya mencerminkan kehebatan seseorang melainkan akhlak yang terpuji harus diambil sebagai sandaran.

Bukannya aku membangkang projek mega tersebut. Namun, pada pandangan peribadiku, peruntukan yang banyak itu lagi berfaedah kalau ia digunakan untuk membiayai keluarga-keluarga miskin yang semakin bertambah dek keadaan ekonomi yang tidak menentu. Salurkan ia kepada mereka yang lebih berhak untuk menerimanya. Itulah salah satu cara pengurusan wang yang berkesan demi amanah yang dipertanggungjawabkan.

Kalau nak harapkan wang zakat, kenapa timbul persoalan lebihan wang zakat ? Adakah ianya telah diagihkan secara adil dan saksama ? Kalau betul ia sudah dibahagikan, kenapa masih ada yang hidup merempat ?

Sifat amanah mesti kita tanamkan dalam diri. Apabila ada rasa amanah, baru kita berasa lebih bertanggungjawab. Kita akan manfaatkan segala apa yang kita ada untuk kebaikan orang lain. Boleh jadi wang yang kita ada, sebahagiannya adalah milik orang lain. Tak bolehlah kita gunakan amanah itu sewenang-wenangnya.

Mungkin mereka punya alasan tersendiri untuk membina bangunan tersebut. Mungkin ia banyak bawa keuntungan kepada negara apabila ia siap nanti. Apa yang lagi penting, prioriti kita terhadap sesuatu tindakan yang kita nak buat. Yang mana patut dilakukan, dan yang mana mesti dielakkan agar kita tak menyesal di kemudian hari.

p/s : Macam mana pula dengan amanah belajar ? Aku takut amanah menuntut ilmu yang aku sedang pikul ini tak dijalankan dengan baik. Semoga aku dapat jaga amanah ini dengan baik. Bukan aku seorang bahkan mereka yang masih bergelar pelajar mesti sedar amanah ini suatu yang harus dimanfaatkan sebaiknya.

Saturday, November 6, 2010

Banjir oh Banjir

Salam..

Banjir nampaknya makin kritikal di Kedah, sebaliknya di Perlis ia mula surut. Bilangan mangsa banjir juga makin meningkat di 3 daerah iaitu daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang. Dan dikatakan banjir kali ini antara yang terburuk. Ada benarnya.

Daerah Kota Setar, daerah di mana kampung halamanku berada pun terjejas teruk. Usai perbualanku dengan abah mengiakan keadaan banjir yang semakin buruk. Kalau sebelum ini, air sungai hanya 'bermain-main' di kawasan parit luar rumah saja. Tapi kali ini, bukan saja parit, bahkan halaman luar pun sudah pada paras lutut. Kawasan dalam rumah tak payah cerita la, hampir sama saja. Ibaratnya, hampir menyamai aras air sungai di depan rumah.

Mujur ada rumah atas (tingkat atas). Maka kenalah berpindah ke atas yang lebih tinggi setelah sekian lama rumah atas ditinggalkan tanpa ada sesiapa tinggal. Syukur mereka masih ada tempat untuk didiami. Mulanya paras air cuma rendah, tanpa siapa sangka ia akan meningkat naik. Itu semua perancangan Allah, siapakah yang lebih baik perancangannya selain Dia.

Jalan-jalan pun terpaksa ditutup. Jalan utama ke Alor Setar pun dah tak boleh nak lalu. Jadi, semua orang dah tak boleh nak bergerak bebas ke mana-mana. Duduk saja rehat di rumah.

Ada satu kawasan kampung, rendah tanahnya. Habis ditenggelami air. Dah tak nampak rumah. Mungkin bumbung saja yang kelihatan. Sekolah-sekolah pun habis ditutup dan dijadikan pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir. Cuti sekolah pun dah nak mula. Bagi yang tengah ambil exam, mungkin terpaksa ditangguhkan sekejap.

Di Bangkok sana pun sama naik. Ada yang kata, banjir yang teruk kali ini disebabkan Thailand membuka empangan mereka untuk melepaskan air, seterusnya ia mengakibatkan sungai-sungai di utara Semenanjung pun turut terkena tempiasnya.

Aku teringat kata-kata Ustaz Zainul Asri berkenaan isu banjir ini.

Kata beliau,
"Tuhan atur sesuatu tu bukan biasa-biasa, melainkan sebagai satu peringatan bagi kita. Kalau kita berdosa, kita harap musibah yang Tuhan timpakan kat kita adalah untuk mengampunkan dosa kita. Kalau kita tak buat salah dengan Tuhan, kita harap musibah nie untuk mengangkat darjat kita. Tapi, pernahkah kita tak buat salah dengan Tuhan..."

Bersyukurlah sebab kita tak diuji dengan letusan gunung berapi macam yang berlaku di Indonesia sana.

Setiap sesuatu yang berlaku itu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui rahsia di sebaliknya...

Does God Exist ?




Albert Einstein proves it to all of us, that God do exist.

Wednesday, October 6, 2010

Saudara kita di Darfur

Darfur letaknya di Sudan. Konflik di Darfur bermula pada Februari 2003, dan sampai kini masih tak jumpa jalan penyeselaiannya.

Pada Februari 2010, satu perjanjian gencatan senjata telah pun dipersetujui antara kerajaan Sudan dan kumpulan pemberontak. Namun, perjanjian tersebut dipercayai gagal apabila pemberontak mendakwa kerajaan Sudan menyerang sebuah kampung dan secara tak langsung melanggar perjanjian Februari tersebut.

Darfur keadaannya lagi miskin dari Palestin, sampaikan ayat-ayat Al-Quran pun ditulis atas papan ! Tiada langsung kitab Al-Quran...








Jadi, selagi kita masih punya kitab yang sempurna, manfaatkanlah sebaik-baiknya. Selagi kita memiliki naskhah yang lengkap, rajin-rajinkanlah baca dan tadabbur ayat-ayatNya. Kita sungguh beruntung kerana masih diberi peluang mempunyai kitab Al-Quran. Alangkah sedihnya keadaan mereka di Darfur...

Tuesday, October 5, 2010

Tenaga nuklear

Salam 'alaik...

Nampaknya Amerika memang tak senang duduk kalau ada negara yang cuba nak lawan dia. Pantang ada yang nak naik sikit, dia keluarkan macam-macam perintah nak jatuhkan moral negara itu. Dan gerangan negara manakah yang sudah 'menarik perhatian' Amerika ? Mana lagi kalau bukan negara pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad, Iran.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Iran merupakan satu-satunya negara Islam yang begitu komited dengan program nuklear yang sedang giat dijalankan. Para saintis nuklearnya sedang bekerja untuk merealisasikan program nuklear mereka. Presiden Mahmoud sendiri mengakui mereka punya nuklear dan sedang bergerak ke arah itu, dan cakapnya bukan omongan kosong saja tahu. Ada gambar satelit yang berjaya dirakamkan, dan menjadi bukti bahawa Ahmadinejad serius. Beliau juga begitu lantang mengutuk Israel atas siri serangan yang dilakukan ke atas rakyat Palestin. Beliau bukan hanya 'cakap tak serupa bikin', bahkan mengiakan kata-katanya dengan tindakan sesuai apa yang diucapkan.

Terbaru, beberapa syarikat asing telah menarik diri untuk meneruskan pelaburan mereka di Iran, berikutan tekanan yang dikenakan oleh Amerika sendiri terhadap program nuklear Iran. Boleh jadi negara-negara luar tersebut takut hubungan mereka dengan Amerika akan terjejas oleh sebarang aktiviti dengan Iran, lantaran kebergantungan merek terhadap Amerika. Mujur syarikat Petronas masih berusaha mengekalkan hubungan yang sedia terjalin dengan Iran.

Itulah, kalau ada negara yang tak ikut telunjuk Amerika, habis negara itu akan diperangi habis-habisan. Macam-macam taktik halus yang mereka gunakan untuk mencapai matlamat menghancurkan ekonomi dan politik negara terbabit. Sekatan itulah, tuduhan inilah. Komplot pembunuhan dan rampasan tampuk pemerintahan segalanya dirancang untuk mencetuskan huru hara segala.

Dan sesungguhnya, mereka takkan pernah berdiam diri selagi status mereka yang kononnya 'polis dunia' tak diakui oleh semua negara khususnya negara Islam.

Saturday, October 2, 2010

Siapa Mangalitsa ?

Siapa itu Mangalitsa ?

Nama orang ka ?

Nama makanan ?

Atau nama jenama terkenal ?

Mari saya tunjukkan, gerangan Mangalitsa yang sebenarnya supaya kekeliruan sahabat dapat dijernihkan.

Inilah dia Mangalitsa.



Dah kenal ?

Ok. Mangalitsa nie adalah spesies babi kacukan, yang zahirnya sangat menyerupai biri-biri. Mangalitsa atau babi biri-biri nie, dihasilkan di Hungary.

Mangalitsa diternak bukan setakat sebagai sumber makanan, bahkan ia diternak untuk mendapatkan bulunya yang dikatakan sesuai dijadikan pakaian seperti sweater. Tengoklah fizikalnya persis biri-biri. Boleh jadi bulu biri-biri itu berasal dari bulu babi biri-biri. Siapa tahu ? Jadi, kita kenalah ambil tahu.

Dagingnya juga dikatakan sangat sedap. Yalah. Dah kalau kacukan tu, generasi yang terhasil memang akan berkualiti.

Kalau dulu, timbul isu berkenaan sosej babi. Memang sosej salah satu produk makanan dari makhluk tak berleher ini.

Mungkin perlu diberi garis panduan, macam mana nak kenal antara bulu biri-biri asli dan bulu Mangalitsa ?

Zaman sekarang, Islam itu bukanlah ditentang secara berdepan atau secara kasar. Bahkan ia datang secara halus dan perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Makanan kita. Pakaian kita.

Segala-galanya perlu kita teliti dan halusi.

Kerana benda remeh-temeh ini terkadang manusia selalu abaikan.

Dan kerana remeh-temeh itulah yang mengundang sebesar-besar murka Allah...


*kredit pada Dr. Haji Mohd Faizal Musa.

Keputusannya...

Salam...

Isu perebutan tapak Masjid Babri sudah diputuskan 30 September baru-baru ini. Mahkamah Tinggi Allahabad telah membahagikan tapak masjid kepada 3 bahagian.

Satu bahagian diberikan kepada Muslim, satu kepada Hindu dan satu bahagian lagi kepada minoriti Hindu. Maknanya, komuniti Hindu mendapat 2 bahagian berbanding Muslim 1 bahagian saja.

Semoga kes yang berlanjutan selama 60 tahun ini tidak akan berpanjangan lagi, dan tiada lagi konflik antara komuniti Muslim dan Hindu.

Waktu kelas Forensic Khamis lepas (30 Sept), Cikgu Z bertanyakan kami mengenai situasi tegang tersebut. Dan pada slide terakhir, beliau ada menunjukkan gambar suasana jemaah di masjid. Habis kelas, saya terus ke farmasi di hadapan universiti. Kelihatan beberapa orang pengawal sedang berkawal di luar universiti, kalau-kalau berlakunya rusuhan. Bukannya mengharapkan ia berlaku, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Hari ini, dengarnya keadaan di Karad terkawal. Syukur la.

Esok, 3 Oktober, bakal bermulanya Sukan Komanwel di New Delhi. Mudah-mudahan keadaan di sana pun terkawal. Tentunya ramai polis dikerah untuk menjaga keselamatan atlit-atlit yang bertanding. Semoga temasya sukan berjalan dengan lancar.

Friday, September 3, 2010

Menghadapi Pengakhiran

Sedar tak sedar, kita sudah pun berada di penghujung Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam kita memulakan hari pertama ibadah puasa. Tengok-tengok, dah nak habis pun.

Sungguh, tak terasa sangat Ramadan ini.

Boleh jadi, kita 'disibukkan' dengan pelbagai aktiviti sehari-hari sampaikan waktu dirasakan begitu pantas berlalu.

Bagaimana dengan amal ibadah kita ?

Ada peningkatan ?

Tercapaikah objektif berpuasa untuk membentuk diri menjadi seorang yang bertakwa, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 itu.

Sebetulnya, kita perlu lebih bersemangat pada hari-hari terakhir Ramadan yang bakal meninggalkan kita. Sekurang-kurangnya, kita lakukan pecutan terakhir untuk merebut peluang yang masih tersisa ini.

Umpama dalam satu perlawanan lumba lari, ada peringkat saringan. Pesertanya masih tiada pengalaman. Namun, dalam pusingan akhir, semuanya nampak begitu hebat. Masing-masing kelihatan lebih bertenaga lantaran pengalaman sewaktu saringan yang memungkinkan mereka punya strategi masing-masing.

Begitu juga dengan keadaan kita sekarang. Seharusnya kita menggandakan usaha kita demi meraih 'kemenangan' pada saat-saat terakhir ini. Kita sudah punya pengalaman berpuasa dan beribadah pada awal Ramadan. Jadi, kita boleh rancang, macam mana kita nak manfaatkan sebaiknya pengakhiran Ramadan ini.

Tambahan pula, Allah telah menghadiahkan kita malam Lailatul Qadar, yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan. Tinggal kita yang harus berusaha untuk mendapatkannya. Sungguh prihatin sang Khaliq terhadap kita.

Selagi kesempatan masih terbuka luas, marilah kita rebut ia. Masa yang ada, kita gunakan ke arah perkara yang diredhai-Nya. Mudah-mudahan, ramai insan yang bertakwa dapat dilahirkan seusai tamatnya bulan yang penuh barakah ini, untuk menghadapi 11 bulan yang penuh cabaran.

Thursday, August 26, 2010

At The Tip of The Tongue

A good memory is very beneficial in our learning process. It helps you a lot and keeps you in the right path of what courses you are dealing with.

During pathology practical yesterday, our skill of memorising was being tested by the lecturer. That was not the first time we were questioned by them, as those revised question had been asked previously.
"What is normal serum urea level ?"

"................................................" (Silent)


"Serum creatinine level ?"

"..............................................." (once again)


"Normal CSF protein level ?"

"............................................"
"How are you going to diagnose, if you don't know the normal level at least ??" said the lecturer.

Everybody blurred, neither dares to answer nor to try an error. Those question comes from the portion of first year subject. Being second year student, the last year knowledge seems to be ignored by most students.

Sometimes, the skill or ability of mugging up or menghafal is needed, though you have to apply it in certain situation only. For remembering the numbers or quantity of something, it is advisable to train our memory perfectly with numbers, so that everything is at the tip of your tongue.

Yes, at the tip of the tongue, not inside the larynx.

When someone asks you something, you are ready enough to give the answer. As if the reply is already there before he or she asks you.

Practise makes perfect. So, we have to start revising, and practise to think faster.

Nowadays, everything is at the tip of your finger. Just by clicking, you can travel all around the world, and see what's happening globally in a fraction of a second. The entire world is on your hands.

If at the tip of the finger is already a success, then why not at the tip of the tongue ?


Tuesday, August 24, 2010

Kubur Berkata-Kata

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

How children receive Ramadhaan

Laying down the book I looked up at Tessniem. "OK, so what are we going to do this Ramadhaan?" Her cheerful face lit up. "Paint the windows." Looking at my pretty white sheers I forced my head to nod. "OK, what else do we do during Ramadhaan?" Omar jumped off the couch… "Not eat, ah, I mean fast." "That's right, we fast for a whole month," said Tessniem, gently wrapping her arms around her chest and hugging her self. "I love Ramadhaan, it's fun." Omar said, "Yea, it's great, we get to choose whatever we want to break our fast with."

I could tell by his eyes that he was remembering steaming corn dogs out of the oven dipped in ketchup with a glass of chocolate milk. "And what makes that food taste so especially good?" I asked sitting upon the couch. Omar raised his hand high into the air like he was in class. "I know, I know," he screamed." Omar you can put your hand down, we aren't in class now." Omar lowered his arm and smiled "because we are doing it for Allaah and when we eat we remember Allaah."

Tessniem jumped in, "and the poor people who don't have any food like the ones in Somailia and Ba…" Omar turned to her, "you mean Bosnia." Tessniem looked up at Omar "yea Bas, that place Omar said." Omar's head lowered and his mouth's edges dipped down. Taking his hand. "What's wrong Omar?" "I just remembered the stories about the Bosnians eating grass because there was nothing to eat during the war." Breathing deep, "yea, there is a lot to be thankful for." Tessniem walked up to me with her shoulder raised close to her ears. "Remember that picture of the Somali baby on the ground and the vulture waiting for him to die?" I did not even have to think back, the picture is forever seared in my memory.

Placing my arms around Tessniem, I brought her close to me on the couch. Omar scooted over to me and hugged my other arm. Looking at the floor, he leaned his cheek against my arm. "Mama?" he whispered. I made a soft hmm to let him know I was listening. "Can we send them some money so they can buy food?" Sitting up I smiled, "Yes, every year we give them Zakaat."

Rubbing his eyes I could see his wheels spinning in his brain, got up and ran to his bedroom. I thought for a minute he was going off to cry. I could hear the closet door open and the sound of jingling down the hallway. He quickly turned the corner and stopped abruptly in front of me holding out a plastic spice container filled with paper riyals and change. With his face solemn he moved it closer to me so I could take it from him. "Omar, what do you want me to do with it?" With puzzled expression he looked at me like I was seriously confused. "Mom… It's for the poor people, who don't have any food."

Taking the plastic container, I started slowly unscrewing the red lid. "And how much do you want to give to them?" Omar scrunched up his face and held out his right hand upward as if to say 'you still don't get it?' He sighed heavily and took the container and dumped it onto my lap. "All of it Mom!" I thought I should get into the concept of percentages for Zakaat, but it just didn't seem appropriate.

Looking down on my lap, I knew he had been saving his money for a Spiderman at Wonder World. I was getting ready to tell him about the reward from Allaah when Tessniem appeared in the living room with her spice container bank. Smiling she untwisted the red lid and dumped the money on my lap too. Too touched for words, I hugged them. Looking at the money, Tessniem laid her hand on her cheek thinking. Softly she whispered, "maybe it will buy enough food for that little boy so he can get up and the vulture won't eat him."

Of course the most logical thing to tell her is that the picture was taken over two years ago and most probably the child never got up and was never buried. But only Allaah knows what happened, and this little girl needed to know that by the mercy she receives from Allaah there was still hope.

Ramadan in Iraq

Sihaam Azeez longs for her beloved Baghdad in Ramadhaan, where she used to be awakened by the sound of a man walking the streets, shouting "Suhoor, Suhoor!" in effort to wake up his fellow believers to have the pre-dawn meal. Neighborhood children also come knocking on doors with their Faanoos (lantern)—a personal wake-up call in exchange for some sweets.

"Just before Iftaar time, after a long day of fasting, all the kids gather to wait for the traditional cannon to sound. This signals that it is Maghrib time (sunset) and we can break our fast," says Mrs. Azeez.

In the minutes leading up to Athaan, the smell of barbecue wafts through the city, as most people cook their kebabs out on the grill. Those who are breaking their fast eat some dates and yogurt first, then after offering the prayer in the mosque, return for soup, kebabs, etc. Residents send whatever food they have made to their neighbors to share, so no one goes hungry in Ramadhaan. The leftovers are kept for the next suhoor.

Source

Thursday, August 19, 2010

Hebatnya Peribadimu Wahai Kekasih Allah

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT.

Sekadar peringatan buat diri dan para sahabat, marilah kita contohi peribadi mulia yang ditunjukkan junjungan besar Baginda. Mudah-mudahan kita dapat bentuk peribadi yang lebih baik di bulan yang penuh barakah ini...

Wednesday, August 18, 2010

Hijrahkan Dirimu

Semalam bumi Karad disirami hujan rahmat. Seawal Subuh, hujan renyai-renyai turun, membasahkan buminya yang kekeringan.

Bila ke kelas petang pun, suasananya agak nyaman gitu. Tak terlalu panas. Redup-redup saja. Langit kelihatannya mendung. Syukur. Sekurang-kurangnya ibadah puasa dapat dilalui dengan bertenaga. =)

Selesai saja kelas petang, ada lagi satu kelas menanti, kelas orthopaedic. Habis kelas petang tu agak awal, dan masih banyak masa sebelum kelas ortho bermula. Rasa malas pulak nak balik hostel. Memandangkan masjid agak dekat, jadi masa yang berbaki diluangkan saja di masjid. Nak tengok juga macam mana suasana di masjid pada bulan Ramadan.

Di masjid, tak ramai jemaah sangat. Ada seorang dua di dalam masjid. Seorang daripadanya sedang membaca Al-Quran. Mungkin jemaah yang lain sedang bekerja di luar.

Pada musim bulan puasa nie, jemaah tabligh akan menetap di masjid-masjid. Kebanyakan mereka terdiri daripada hafiz Al-Quran, yang mana mereka akan mengimamkan solat terawih.

Selain itu, mereka juga terlibat sewaktu iftar di masjid. Kelihatan beberapa orang sedang memasak di luar masjid. Saya memasang niat, suatu hari nanti ingin saya sertai aktiviti iftar di masjid. InsyaAllah...

Sememangnya, saya lihat bulan Ramadan merupakan salah satu medan untuk kita mengimarahkan masjid. Siangnya, kita bekerja. Malamnya pula, solat terawih berjemaah di masjid yang padanya mendapat pahala berlipat kali ganda di sisi Allah.

Bukan setakat 10 awal Ramadan saja berterawih di masjid, bahkan sampai ke penghujung Ramadan kita amalkan keberadaan diri di masjid. Bi'ah (suasana) di masjid itu begitu kondusif untuk merangsang kita supaya membanyakkan ibadat-ibadat sunat dalam usaha menjadi hamba-Nya yang diredhai.

Sekurang-kurangnya, marilah sama melakukan pembaharuan dalam diri. Kalau Ramadan tahun lalu ada kekurangan di mana-mana, ada peluang yang tak sempat kita ambil, Ramadan kali ini kita tampung balik kekurangan itu.

Kalau baju yang koyak itu nak digunakan balik, kenalah tampung kekurangan yang ada padanya agar boleh dipakai semula.

Macam tu lah dengan amal ibadat. Andai ada cacat celanya, kali ni kita usaha sungguh-sungguh, biar lebih baik dari masa-masa lalu.

Selagi kita masih bernafas, di bulan yang mulia pula tu, jangan disia-siakan peluang yang terhidang. Kita tak boleh jamin, kita mampu hidup sampai akhir Ramadan. Atau kita berkesempatan bertemu dengan Ramadan tahun hadapan. Siapa yang boleh jamin ?

Diri sendiri pun tak boleh menjamin adakah ajal datang menjemput dahulu sebelum Ramadan sempat dihabiskan.

Jadi, marilah kita niatkan, Ramadan kali ini akan kita manfaatkan sebaik-baiknya. Semoga kita terus beristiqamah dalam beribadat, bukan saja dalam bulan Ramadan bahkan berterusan pada bulan-bulan Islam yang seterusnya.

"Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...
Agar dapat kulalui dengan sempurna..."

p/s : Orthopaedic =cabang perubatan yang berkaitan dengan tulang.

JEJAK RASUL 16

Salam..

Bila tiba Ramadan, maka bulan yang penuh barakah ini sangat sinonim dengan rancangan Jejak Rasul..

Jejak Rasul, sebuah rancangan yang menceritakan sejarah Islam zaman dahulu, yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya. Walaupun zaman kegemilangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah berlalu beratus-ratus tahun dahulu, kita masih berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut, apa yang berlaku pada zaman kerajaan Islam suatu masa dulu.

Sejarah Rasul dan para sahabat itu, padanya terdapat banyak hikmah dan teladan yang boleh kita contohi. Seterusnya, dapat kita amalkan pada zaman sekarang yang mana pengamalan Islamnya masih terlalu kurang.

Kita patut berbangga, setiap kali Ramadan, kita ada peluang tambahan untuk kenal dengan lebih dekat lagi, siapa Rasulullah s.a.w., siapa Hamzah, siapa Asma' binti Abu Bakar dan ramai lagi tokoh yang begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam.

Jadi, selamat menonton Jejak Rasul Srikandi 2010.. =)

JEJAK RASUL 16: Ep 5

Saturday, August 7, 2010

Si Kecil Itu

Salam w.b.t.

Bukan semua yang kita rancang, kita akan dapat.

Ada orang, dia sangat rajin usaha, dan dia dapat apa yang dia nak capai.

Ada orang, pun banyak berkorban, tapi hasilnya tak kunjung-kunjung tiba.

Tapi, amat jarang mereka yang kurang usaha, hasilnya sangat membanggakan.

Sememangnya, Allah ingin menguji hamba-hambaNya dengan seribu satu dugaan. Mereka yang bersabar akan berjaya melaluinya.

Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran, ayat 139 :

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "

Ya. Imanlah yang menjadi seolah-olah satu 'penawar' buat mereka yang diberi ujian hidup. Sesungguhnya bersabar itu sangat banyak pahalanya.

Tiba-tiba teringat salah satu lagu nasyid kumpulan Hijjaz...

SUNNAH ORANG BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga...

Berjuang memang pahit. Apalah erti perjuangan kalau semuanya manis-manis belaka. Tiada susah payah dan rintangan. Sememangnya pengorbanan itu sangat-sangat diperlukan.

Petang tadi saya berpeluang melawat anak salah seorang pemandu auto di sini. Dalam perjalanan pulang ke asrama, berselisih pula dengan seorang pemandu Muslim ini, Mr Amar. Katanya, anak lelakinya dimasukkan ke wad, akibat
pneumonia ( paru-paru berair ). Dia mengajak saya masuk melawat anaknya di wad pediatrik memandangkan dia ingin ke sana.

Di dalam wad itu, pesakit kelihatannya ramai juga. Wad anaknya terletak di bahagian rawatan rapi. Sangka saya, anaknya dalam lingkungan 1-2 tahun. Namun usianya baru menjangkau
8 bulan (infant). Sewaktu kami sampai, kelihatan seorang doktor PG sedang memasukkan IV fluid ke dalam badan si kecil itu. Kedengaran suaranya merengek menahan kesakitan. Hiba rasanya. Kita yang melihatnya pun rasa kasihan.

Kemudian, datang pula seorang doktor PG, doktor yang sama ketika saya posting pediatrik sebelum ini. Dia lantas mencari
vein (salur darah) itu di bahagian tangan, dan menyuntik jarum khas ke dalamnya untuk mengambil sampel darah. Bayi itu menangis menahan kesakitan. Merah padam mukanya. Dia keluarkan kembali jarum itu perlahan-lahan. Lalu dia menggenggam jari bayi tersebut. Kali ini, kelihatan dengan jelas beberapa vein. Dia masukkan sekali lagi jarum tersebut, dan darah mula mengalir keluar sedikit demi sedikit. Darah itu dikumpulkan dalam satu bekas khas. Ibunya kelihatan menjauhkan diri, mungkin tak sampai hati melihat anaknya. Iyalah, sudah 2 kali bayi itu disuntik, ibu manalah yang sanggup melihat anaknya menderita.

Mujur doktor PG itu sangat cekap, sudah banyak pengalaman mengambil darah bayi agaknya. Kata orang, kenalah berhati kering. Kena buang rasa kesian. Walaupun perbuatan itu kelihatannya agak 'kejam'.

Beberapa minit kemudian, bayi itu kelihatan tenang kembali. Rengekannya beransur-ansur perlahan. Sudah keletihan barangkali. Si ayah memanggil-manggil nama anaknya...

Hari sudah semakin lewat. Saya maklumkan pada Mr. Amar yang saya harus pulang ke asrama. Selepas salam diucapkan, lantas saya bergegas keluar wad menuju asrama.

Sesungguhnya, peluang melawat anak beliau pada petang itu sangat bermakna buat saya. Seakan-akan ada penyuntik semangat yang baru untuk meningkatkan ilmu dalam bidang perubatan. Ya. Saya harus lengkapkan diri dengan ilmu yang mantap untuk berhadapan dengan dunia praktikal yang mencabar pada masa depan. Melihat bayi itu, terasa ingin berdamping bersamanya sampai dia sembuh. Namun, ilmu di dada masih belum mencukupi.

Saya doakan kesembuhan bayi tersebut. Semoga keluarganya tabah mengahadapi ujian ini. InsyaAllah...

p/s : PG = postgraduate.
vein = vena, salur darah dalam badan.
IV fluid = intravenous fluid, cecair yang dimasukkan ke dalam vena.


Monday, July 19, 2010

Yang Mana Satu Betul

Jom kita pakat-pakat selesaikan masalah matematik nie..

Depa dok bertelagah siapa yang betul..ish3 =)


Saturday, July 17, 2010

Oh Tanahairku

Kita sayangkan negara kita.
Kita cintakan negara kita.
Andai satu hari nanti, negara diserang oleh Amerika dan Israel, sanggupkah kita berjuang demi negara ?
Adakah kita boleh tepati janji kita, dan berkorban demi negara.
Dan yang paling penting berkorban demi agama kita.

Pernah satu hari saya bermimpi, negara kita diserang oleh Israel laknatullah. Keadaannya sangatlah menguji ketahanan diri. Begitu teruk kemusnahan yang berlaku. Masing-masing cuba melarikan diri. Semuanya dalam ketakutan yang teramat sangat.
Tak dapat digambarkan perasaan waktu tu.

Dan saya terjumpa satu video, berkenaan semangat cintakan negara.
Lagu kebangsaan 'Iraq bertajuk MAWTINI. Saya pernah tulis dalam post sebelum nie.
Versi kali nie agak sedih dan sayu, pasca peperangan barangkali. Sama-samalah kita dengar dan hayati. Mudah-mudahan kita dapat menyelami perasaan saudara-saudara kita di sana.




Versi kali nie agak sedih dan sayu, pasca peperangan barangkali. Sama-samalah kita dengar dan hayati.

Lirik dalam Bahasa Arab:

مَــوطِــنِــي مَــوطِــنِــي

الجـلالُ والجـمالُ والسَّــنَاءُ والبَهَاءُ

فـــي رُبَــاكْ فــي رُبَـــاكْ


والحـياةُ والنـجاةُ والهـناءُ والرجـاءُ

فــي هـــواكْ فــي هـــواكْ

هـــــلْ أراكْ هـــــلْ أراكْ

سـالِماً مُـنَـعَّـماً و غانما مكرما سالما منعما و غانما مكرما

هـــــلْ أراكْ فـي عُـــلاكْ

تبـلُـغُ السِّـمَـاكْ تبـلـغُ السِّـمَاك

مَــوطِــنِــي مَــوطِــنِــي


مَــوطِــنِــي مَــوطِــنِــي

الشبابُ لنْ يكِلَّ هَمُّهُ أنْ تستَقِـلَّ أو يَبيدْ

نَستقي منَ الـرَّدَى ولنْ نكونَ للعِــدَى

كالعَـبـيـــــدْ كالعَـبـيـــــدْ


لا نُريــــــدْ لا نُريــــــدْ

ذُلَّـنَـا المُـؤَبَّـدا وعَيشَـنَا المُنَكَّـدا

ذُلَّـنَـا المُـؤَبَّـدا وعَيشَـنَا المُنَكَّـدا

لا نُريــــــدْ بـلْ نُعيــــدْ

مَـجـدَنا التّـليـدْ مَـجـدَنا التّليـدْ

مَــوطِــنــي مَــوطِــنِــي


مَــوطِــنِــي مَــوطِــنِــي

الحُسَامُ و اليَـرَاعُ لا الكـلامُ والنزاعُ

رَمْــــــزُنا رَمْــــــزُنا

مَـجدُنا و عـهدُنا وواجـبٌ منَ الوَفا

يهُــــــزُّنا يهُــــــزُّنا


عِـــــــزُّنا عِـــــــزُّنا

غايةٌ تُـشَــرِّفُ و رايـةٌ ترَفـرِفُ

يا هَـــنَــاكْ فـي عُـــلاكْ

قاهِراً عِـــداكْ قاهِـراً عِــداكْ

مَــوطِــنِــي مَــوطِــنِــي

Wednesday, July 7, 2010

Mahabbah Pasangan Burung


Foto burung ikhtiar menyelamat dan meratapi kematian pasangannya.

Here the swallow’s the other half (wife) is injured and the condition is fatal.

She was hit by a car as she swooped low across the road.


He brought her food and attended to her with love and compassion.

He brought her food again but was shocked to find her dead.
He tried to move her……a rarely-seen effort for swallows!


Aware that his sweetheart is dead and will never be with him again, sadness filled his eyes and sorrow felt in his spirit.

He stood beside her as his heart weeps for his only love.


Finally aware that she would never return to him, he
stood beside her body with untold pain and despair.


Many people cried after watching this picture. It is said that the
photographer sold these pictures for a nominal fee to the most famous newspaper in France .All copies of that
newspaper were sold out on the day these pictures were published.


Sedangkan haiwan sendiri sudah menunjukkan contoh kasih sayang, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran.

Sumber : www.inijalanku.wordpress.com

Sedekah Tanpa Wang

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia dapat melakukan sedekah, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkendaraan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraannya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”

Sudah jelas terdapat banyak cara yang kita boleh lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.

Setiap langkah menuju solat itu sedekah.

Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan.

Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ?

Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita.

Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya. Seremeh-remeh kita memakai kasut itu pun ada caranya yang boleh memberikan pahala kepada kita. Sangat praktikal Islam, yang menjadi cara hidup kita ini.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu.

Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan.

Sunday, July 4, 2010

Dewan peperiksaan di Afganistan.


Jadi, bersyukurlah kita dengan nikmat yang kita dapat...

Kalau kita di tempat mereka, macam mana la agaknya ?

Mampukah kita menjadi setabah dan sesabar mereka ?

~MAWTINI~

Salam...

Sesungguhnya bola itu bulat. Dan disebabkan bulatnya bola tu maka macam-macam boleh terjadi dalam perlawanan bola sepak. Keputusannya terkadang di luar jangkaan kita. Jadi, jangan terkejut kalau pasukan pilihan tak menonjol macam yang dijangkakan.

Baiklah. Kita tinggalkan arena bola kejap.

Ada terjumpa satu video ni dalam iluvislam.com.

Tajuknya, "Mawtini" yang bermaksud "Tanah Airku". Lagu ni ialah lagu kebangsaan Iraq yang turut digunakan di Palestin. Syria dan Algeria juga mengiktiraf lagu ni sebagai sokongan kepada saudara di Palestin.

Pertama kali dengar lagu ni, rasa sedih dan sayu. Liriknya sendiri dah menceritakan semangat perjuangan penduduknya untuk membebaskan negara. Untuk menyelamatkan maruah negara yang dicintai. Hayati liriknya dan kita akan dapat rasai apa yang dicita-citakan oleh mereka.

Sungguh sayu rasanya.

Lagu ini saya rasakan lain dari yang lain.

Bagi yang suka dengar lagu Arab, Mawtini salah satu lagu yang menarik untuk dijadikan halwa telinga. Terkadang, kita perlukan lagu yang dapat menyuntik semangat dalam diri, selain lagu-lagu versi jiwang yang sangat banyak.

Semoga kita lebih menghargai negara sendiri setelah mendengar lagu ni. InsyaAllah.

Friday, June 18, 2010

Pediatrik dah habis

Akhirnya, posting pediatrik menutup tirainya semalam. Cepat betul 2 minggu ni berlalu. Mungkin disebabkan tempoh posting yang singkat, ditambah dengan tiadanya kelas teori, maka masa dirasakan sangat pantas bergerak.

Dulu, waktu mula-mula sampai di Mumbai, cuacanya sangatlah panas. Bahangnya cukup kuat. Waktu tu panasnya boleh dikatakan maksimum. Bila sampai di Karad pun panasnya sama saja. Tapi sekarang musim monsun dah sampai. Hujannya tak henti-henti siang malam. Baru-baru ni hujan turun 4 hari tanpa henti. Terkadang renyai-renyai, terkadang lebat. Karad ni kelihatannya hampir banjir.

Dan musim ni juga, ramai yang sudah memiliki payung masing-masing. Ke hulu ke hilir tetap setia dengan payungnya. Kalau musim panas dulu, payung mesti ada. Musim hujan apatah lagi. Kadang-kadang tak ada hujan pun. Tapi tetap kena sediakan payung. Bak kata pepatah, "Sediakan payung sebelum hujan." Hujan ni kalau dia nak turun, tak menentu langsung. Kita tengok cuacanya elok saja waktu pagi, tiba-tiba tengaharinya hujan. Jadi, lebih baik beringat sebelum kena.

Beralih ke posting yang baru saja selesai, banyak juga ilmu yang saya dapat. Sangat-sangat berguna masa yang diperuntukkan di wad pediatrik itu. Nak berdepan dengan kanak-kanak ni, kena ada kemahiran-kemahiran tambahan yang tertentu. Kalau tak, macam mana nak tau adik kecil itu sakit apa. Kalau kita kena check kanak-kanak yang masih belum bersekolah, kalau salah caranya sampai bila kita takkan dapat diagnose apa sakitnya. Orang dewasa dengan kanak-kanak lain perangainya. Kanak-kanak agak susah nak cakap apa yang dia rasa. Jadi, buat siapa-siapa yang nak jadi pediatrician tue, kenalah ada kemahiran dan kesabaran yang secukupnya. Dan yang penting sekali, ilmu kena mantap tak kira di bidang kepakaran apa pun. =)

Wednesday, June 16, 2010

Syuhada' Turki

Tumpuan dunia sekarang sudah berubah. Kalau dulu, semuanya begitu prihatin dengan nasib rakyat Palestin. Sebut saja pasal konvoi bantuan keamanan ke Gaza, masing-masing tahu dan sentiasa mengikuti perkembangannya. Bila saja konvoi Lifeline for Gaza diserang, semuanya menyuarakan rasa marah dan tak puas hati terhadap perbuatan itu. Israel dan tenteranya dikutuk habis-habisan. Tindakan mereka dikecam masyarakat dunia.

Tapi sekarang situasinya sudah berubah. Mereka semakin lupa dengan peristiwa 31 Mei yang lalu. Tumpuan dunia sekarang : Piala Dunia. Media-media semakin kerap mempromosikan perlawanan yang telah dan bakal berlangsung. Inilah propaganda halus yang mesti kita sedar. Peranan media yang sangat besar telah 'melupakan' masyarakat dunia akan tindakan mereka menyerang konvoi keamanan tersebut. Saya kira isu serangan kapal Flotilla Pembebasan tak sampai sebulan pun. Dan bila tiba musim bola sepak, isu yang patut kita tumpukan ini, langsung hilang terus dari sensitiviti masyarakat. Macam mana tu ?

Kali ini, saya nak kongsikan berkenaan 9 orang syuhada' Turki yang terkorban pada 31 Mei 2010 yang lalu, apabila kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel. Kita doakan semoga mereka ditempatkan dalam golongan yang beriman dan beramal soleh serta mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah s.a.w. InsyaAllah...

1. Ibrahim Bilgen, 61, an electrical engineer from Siirt.
Member of the Chamber of Electrical Engineers of Turkey. Married with 6 children.

2. Ali Haydar Bengi, 39, from Diyarbakir. Graduate of Al-Azhar University,
Cairo (Department of Arabic literature). Married with 4 children.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, a journalist from Kayseri.
Married with two children.

4. Çetin Topçuoglu, 54, from Adana. Former amateur soccer player and taekwondo champion,
who coached Turkey's national taekwondo team. Married with one son.

5. Necdet Yildirim, 32, from Malatya.
Married with a three-year-old daughter.
(Dogan News Agency)


6. Fahri Yaldiz, 43, a firefighter who worked for the Municipality of Adiyaman.
Married with four children.


7. Cengiz Songür, 47, from Izmir.
Married with seven children.


8. Cengiz Akyüz, 41, from Iskenderun.
Married with children aged 14, 12 and nine.


9. Furkan Dogan, 19, student at Kayseri High School. Son of Dr. Ahmet Dogan,
Assoc Prof at Erciyes University. A Turkish-American dual national,
with two siblings.


Saturday, June 12, 2010

Seuntai kata

Sekarang musim bola sepak..World Cup pun baru saja membuka tirainya semalam..mesti masing-masing tak sabar-sabar nak tengok pasukan pilihan bermain..

2 game dah pun habis. Keputusannya seri saja. Ingatkan kali nie pasukannya boleh bagi saingan antara satu sama lain. Takpa, mungkin game pertama. Pemain-pemain pun cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

Sekarang, tengah berlangsung game antara Korea Selatan dan Greece. Korea dah skor 2 gol pun. =) Ini menunjukkan wakil Asia semakin meningkat. Eropah tak boleh ambil mudah dah lepas ni. Bilalah agaknya pasukan negara kita nak jadi macam pasukan negara Asia yang lain. Semoga pasukan negara tingkatkan lagi mutu permainan. Permainan tradisional kita macam sepaktakraw itu pun patut kita tumpu betul-betul. Saya tengok negara-negara Asia lain pun dah menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Kita kena usaha lebih lagi.

Tengok bola, tengok la jugak. Tapi solat jangan lupa. Ibadah kita perlu konsisten. Janganlah kita disibukkan dengan benda-benda yang lalai, sampai menghalang kita beribadah sebaik mungkin. Nasihat untuk semua dan diri ini juga. Terkadang kita lalai tanpa sedar. Jadi perlunya ingat-mengingati supaya kita sedar yang mana satu prioriti kita.

Islam memerlukan islam...

'Islam' dan 'islam'. Dua kalimah yang mempunyai ejaan yang sama, namun berbeza pengertiannya. Cuba kita fikir, apa beza Islam dan islam ? Ada yang menjawab, Islam adalah kata nama khas, sedangkan islam pula adalah kata nama am.

Kemudian disoal lagi, di mana dijumpai Islam dan islam. Kalimah Islam seperti yang kita sedia maklum, menggambarkan agama Islam yang kita anuti. Sebab itu ia dimulakan dengan huruf besar. Manakala perkataan islam jarang kita jumpa, melainkan di www.iluvislam.com. Sebenarnya, perbezaan Islam dan islam tidak terhad kepada perbezaan dari segi bahasa sahaja bahkan lebih dari itu.

Kalimah 'Islam' bersifat kata nama khas. Ya, seperti yang tercatat dalam kad pengenalan kita. Ia menunjukkan Islam sebagai agama yang kita anuti. Saya percaya semua Muslim memiliki Islam ini. Islam ini boleh digambarkan sebagai topeng atau identiti kita sebagai Muslim. Kita semua memiliki 'Islam' yang satu ini. Islam yang diwariskan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya, tanpa perlukan sebarang pengorbanan.

Manakala kalimah 'islam' pula, kita boleh kelaskan ia di bawah kata kerja, yakni salah satu bentuk perbuatan. Maknanya, ia perlukan imbuhan sebagai sokongan. Maka kita boleh kaitkan islam dengan mengislamkan, iaitu perbuatan menyeru manusia mengesakan Allah dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kalimah islam ini pula memerlukan pengorbanan, yakni kita perlu berkorban masa, tenaga dan banyak lagi untuk menyebarkan deen yang suci ini. Bagaimana caranya ? Dengan cara berdakwah kepada orang ramai supaya masyarakat mempunyai kefahaman yang tinggi dalam agama. Agama bukan sekadar ikut-ikutan tanpa hujah yang kukuh. Lebih penting lagi, supaya kefahaman mengenai Islam itu tidak sekadar untuk lulus dalam peperiksaan sahaja tapi untuk keselamatan hidup di dunia dan di akhirat.

Kita dapat lihat hari ini, berapa ramai yang mempunyai Islam, tapi tak memiliki islam. Kenapa ? Kerana cara hidupnya juga tak berlandaskan Islam dalam erti kata yang sebenar. Islam sebagai cara hidup tak diamalkan secara menyeluruh. Apabila agama tak dipraktikkan dengan sebaiknya, bagaimana nak sebarkan kepada orang ramai ? Kalau dalam hidupnya sehari-hari, solat pun jarang buat, membaca Al-Quran dirasakan membuang masa, bagaimana hendak memberitahu mayarakat akan keindahan Islam itu sendiri.

Mereka yang merasai kemanisan agama Islam itu sendiri sahaja yang mampu menceritakan kepada orang lain, betapa indahnya Islam. Ibaratnya, hanya mereka yang pernah merasai satay kajang sahaja yang mampu memberitahu sahabat-sahabatnya, betapa satay kajang adalah satay yang paling sedap di Malaysia. Diceritakan pula segala kelebihan satay kajang, sehingga mengundang minat sahabatnya untuk mencuba. Begitulah juga dengan peranan kita sebagai umat Islam yang harus berusaha untuk merasai nikmatnya Islam dan iman yang kita punya sekarang.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 208 :
“Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan.”

Ayat ini memberitahu kita bahawa Islam itu harus diamalkan secara menyeluruh, bukan sedikit-sedikit. Dalam segala aspek kehidupan kita, jadikan Islam sebagai panduan yang harus kita ikut. Jangan kita gunakan agama untuk menghalalkan segala tindak tanduk kita yang bercanggah dengan agama. Kalau nak beramal, kita mestilah kenal dan faham agama kita sendiri. Barulah kita boleh beramal dengan ilmu yang kita ada, seterusnya menyampaikannya kepada orang lain.

Jadi, bagaimana dengan diri kita sekarang ? Adakah kita sekadar Islam sahaja tanpa islam, atau kita punya kedua-duanya sekali. Kalau kita masih kekurangan islam, marilah kita berusaha ke arah itu. Usahakan supaya ilmu-ilmu asas agama telah kita kuasai. Barulah kita punya keyakinan untuk menyampaikan dakwah kepada orang di sekeliling kita. Semoga apabila Allah menyoal kita akan tanggungjawab kita sebagai Muslim semasa dihisab nanti, kita sudah punya jawapan yang hendak diberikan tanpa ragu-ragu.Inagtlah, sekecil mana pun usaha kita, ia sangat dipandang tinggi di sisi Allah dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Bencana alam, adakah kita ambil pengajaran?

Salam w.b.t. Lama sungguh tak menulis di sini. Dek kekangan masa kononnya, idea yang sentiasa bersarang di minda tak dapat diterjemahkan da...